Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah institusi pendidikan menjadi pilihan utama bagi pelajar bercita-cita mencapai kecemerlangan akademik. Ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), MRSM berfungsi sebagai Sekolah Berasrama Penuh memberikan penekanan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Semakan Pusat PKSK Dan UKKM MRSM 2027
- Calon yang berdaftar di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM juga dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon yang lulus PKSK atau UKKM dan memilih Program Khas sebagai pilihan utama adalah wajib menghadiri Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.
- Bagi calon yang lulus PKSK dan memilih Program Premier sebagai pilihan utama, mereka juga diwajibkan menduduki UKKM.

Tarikh Semakan Pusat PKSK Dan UKKM MRSM 2027
Tarikh semakan Pusat PKSK permohonan dari murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Panggilan UKKM calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta tarikh semakan Ujian Khas Program Ulul Albab, IGCSE, Teknikal Tingkatan 1 dan Ujian Khas Bitara Tingkatan 4 dijadualkan seperti berikut:
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 | 11 September 2026 hingga 22 Oktober 2026 |
| Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4 | 11 September 2026 hingga 1 Oktober 2026 |
| Semakan Panggilan UKKM Tingkatan 1 | – |
| Semakan Panggilan UKKM Tingkatan 4 | – |
| Pautan Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 | |
| https://spskt1.moe.gov.my | |
| Pautan Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4 | |
| https://spskt4.moe.gov.my | |
| Pautan Semakan Panggilan UKKM Tingkatan 1 | |
| https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1 | |
| Pautan Semakan Panggilan UKKM Tingkatan 4 | |
| https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4 | |
Semakan Tawaran MRSM 2027 Tingkatan 1 Dan 4
Bagi calon-calon telah memohon kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2027 dan telah menduduki PKSK & UKKM, sistem Semakan keputusan tawaran MRSM akan dibuka bermula pada tarikh merangkumi hari dan masa sepertimana diumumkan kelak.
Tarikh Semakan Tawaran MRSM 2027
Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM 2027 murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 dijadualkan seperti berikut:
| Tawaran | Tarikh |
|---|---|
| Tingkatan 1 | akan dikemaskini |
| Tingkatan 4 | |
| Keputusan Rayuan Tawaran MRSM 2027 | |
| Tingkatan 1 | akan dikemaskini |
| Tingkatan 4 | |
Penting untuk calon-calon dan ibu bapa mengambil maklum tarikh-tarikh ini. Sebagai makluman tarikh yang tepat akan dinyatakan sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
Cara Semakan Tawaran MRSM 2027
Calon-calon boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi sistem semakan SPSKT dan MRSM.
Berikut adalah langkah-langkah mudah membuat semakan. Sila layari Laman Web Rasmi Sistem Semakan Kemasukan MRSM di pautan (link) berikut:
| Pautan |
|---|
| Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my |
| Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my |
| Murid Dari Sekolah Swasta Tidak Derdaftar Dengan KPM |
| Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1 |
| Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4 |
Panduan Semakan
- Ruangan Semakan
Sila masukkan No. Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta. - Tekan Butang Semak
Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, tekan butang Semak untuk mendapatkan keputusan.
Sebarang pertanyaan atau masalah semasa proses semakan, calon boleh menghubungi pihak MRSM melalui maklumat yang tersedia di laman web tersebut.
Permohonan Rayuan MRSM 2027
Calon-calon yang tidak ditawarkan ke MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan semakan tawaran MRSM yang sama.
| Tawaran | Tarikh |
|---|---|
| Tingkatan 1 | akan dikemaskini |
| Tingkatan 4 | |
| Tarikh Keputusan Rayuan MRSM | |
| Tingkatan 1 | akan dikemaskini |
| Tingkatan 4 | |
| Semakan keputusan rayuan boleh dibuat melalui pautan semakan di atas. | |
Sokongan Ibu Bapa
Sebagai ibu bapa, adalah penting memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak dalam perjalanan pendidikan mereka. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan semakan keputusan tawaran MRSM sama ada mereka diterima atau tidak dan bersedia membantu anak-anak merancang langkah seterusnya.
Sekiranya anak anda tidak berjaya mendapatkan tempat di MRSM, ingatlah bahawa ini bukanlah pengakhiran.
Terdapat banyak institusi pendidikan lain di luar sana juga menawarkan program berkualiti. Yang penting adalah terus memberi semangat dan sokongan kepada mereka agar tidak berputus asa demi mengejar cita-cita.



