Proses permohonan dan semakan keputusan kemasukan ke Universiti Awam (UA) semakin dipermudahkan melalui platform dalam talian (online). Bagi calon lepasan STPM atau setaraf yang telah mengemukakan permohonan rayuan melalui Portal Rasmi UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam sesi akademik 2025/2026, anda boleh menyemak keputusan permohonan rayuan tersebut secara online dengan mudah dan cepat.
Rayuan UPU Online 2025/26 Lepasan STPM
Keputusan rayuan ini merupakan peluang kedua dinanti-nantikan oleh ramai calon lepasan STPM / Setaraf setelah mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline. Ia memberi harapan baharu kepada mereka yang mungkin tidak berjaya dalam permohonan awal atas pelbagai faktor seperti persaingan, kekangan kuota atau tidak memenuhi syarat khusus program dipohon.
Melalui proses rayuan ini, calon berpeluang untuk dipertimbangkan semula berdasarkan kekosongan tempat yang masih ada. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan calon tidak memperoleh tawaran pengajian, antaranya termasuklah persaingan, kekurangan tempat, kriteria pemilihan ketat atau mungkin juga aspek lain seperti keputusan akademik kurang memuaskan.
Dasar Pemilihan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM
Ramai beranggapan bahawa mengemukakan rayuan adalah tiket automatik untuk diterima masuk, namun realitinya pemilihan rayuan adalah satu proses yang teliti dan berasaskan keadilan kepada semua calon.
Dasar utama digariskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi setiap sesi akademik adalah berlandaskan kepada ketersediaan tempat mengikut program pengajian di universiti awam yang dipohon. Ini bermakna, walaupun calon telah memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan, mereka tetap perlu bersaing berdasarkan kekosongan yang ada dan bukannya diberi tempat secara automatik.
Dengan kata lain, permohonan rayuan bukanlah satu jaminan kemasukan tetapi merupakan peluang kedua yang diberikan kepada calon-calon tidak berjaya dalam permohonan pertama.
Tarikh Hebahan Keputusan E-Rayuan UPUOnline
- Dibuka: 3 Oktober 2025 bermula jam 12 tengah hari.
- Ditutup: 7 Oktober jam 5 petang.
Semakan Keputusan Rayuan UPU Online 2025/26 Lepasan STPM
Sebelum membuat semakan keputusan rayuan, calon harus faham bahawa proses pemilihan ini berlandaskan kepada ketersediaan tempat di program pengajian yang dimohon. Ini bermaksud, tidak semua rayuan akan diterima kerana ia bergantung kepada kekosongan tempat yang ada di setiap program di universiti yang dipilih.
Penting untuk calon tidak terlepas pandang bahawa tiada jaminan tempat akan diberikan meskipun mereka mengemukakan rayuan. Oleh itu, calon perlu sentiasa bersedia dengan alternatif dan terus berusaha dalam merancang masa depan pendidikan mereka, termasuk mempertimbangkan pilihan lain seperti penerimaan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang juga menyediakan peluang pendidikan berkualiti.
Cara Semakan Keputusan Rayuan UPU Online Lepasan STPM
Calon-calon boleh menyemak keputusan rayuan secara online dengan melayari mana-mana pautan (link) portal rasmi sistem semakan keputusan rayuan UPU Online sesi akademik 2025/26 lepasan STPM / Setaraf seperti berikut:
- Portal Rasmi UPU
https://upu.mohe.gov.my - Saluran Selatan
https://jpt.utm.my - Saluran Utara
https://jpt.uum.edu.my - Saluran Sarawak
https://jpt.unimas.my - Saluran Sabah
https://jpt.ums.edu.my - Saluran Timur
https://jpt.umt.edu.my
Sama ada berjaya atau tidak, keputusan ini adalah sebahagian daripada perjalanan yang lebih besar dalam kehidupan akademik seseorang. Jangan biarkan satu keputusan menentu arah hidup anda. Teruskan berusaha, tetap positif dan manfaatkan segala peluang yang ada.