Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah membuka permohonan kepada calon-calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta lepasan Program Matrikulasi, Diploma Kolej Vokasional memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2026 di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Keputusan Tawaran PISMP: Proses Dan Pemilihan
Calon yang telah membuat permohonan PISMP perlu memahami bahawa proses pemilihan bukanlah semudah mengisi dan melengkapkan borang permohonan. Sebaliknya, mereka perlu melalui beberapa peringkat saringan. Proses ini bertujuan memastikan hanya calon yang benar-benar layak dan berkualiti akan diterima masuk ke dalam program pendidikan ini.
Antara langkah awal yang perlu diambil oleh calon adalah mengikuti kalendar aktiviti yang telah ditetapkan oleh KPM. Kalendar tersebut memaparkan tarikh penting dan aktiviti yang perlu dilalui oleh calon bermula dari permohonan hingga ke keputusan akhir (tawaran).
Peringkat Pemilihan Calon PISMP
- Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
Ujian ini bertujuan mengukur potensi dan kemampuan calon dalam bidang pendidikan. Calon yang berjaya ujian ini akan diteruskan ke peringkat seterusnya. - Temu Duga
Bagi calon yang lulus e-UKCG, mereka akan dipanggil untuk sesi temu duga. Temu duga ini adalah kesempatan bagi calon menunjukkan minat dan motivasi mereka dalam bidang perguruan serta kemampuan interpersonal. - Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
Selain daripada ujian akademik dan temu duga, calon juga perlu menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Ini adalah penting kerana seorang guru perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Semakan Keputusan Dan Tawaran PISMP 2026
Setelah melalui semua peringkat saringan, calon boleh membuat semakan status permohonan mereka. Semakan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal rasmi sistem permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sepertimana yang telah dibuat sebelum ini.
Berikut adalah peringkat-peringkat semakan sama ada pemohon layak mendapat tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi ambilan tahun 2026.
Penting!. Sebarang maklumat lengkap sila rujuk SOALAN LAZIM/ FAQ PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 2026.
Semakan Tarikh Layak Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG)
Semakan layak menduduki e-UKCG bagi permohonan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2026.
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Semakan Calon Layak e-UKCG | 9-13 April 2026 |
| Semakan Calon Layak e-UKCG bagi calon semakan semula keputusan SPM | 17 April 2026 |
Cara Membuat Semakan UKCG
- Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem (Semakan UKCG) yang terdapat di laman Sistem Permohonan PISMP di pautan: https://pismp.moe.gov.my
- Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Guru (UKCG) sebelum layak ke peringkat tapisan seterusnya iaitu Temuduga.
Pelaksanaan Ujian kelayakan Calon Guru (UKCG)
- 15 – 17 April 2026

Semakan Keputusan e-UKCG, Ujian Kecergasan Fizikal Dan Temu Duga
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Semakan Keputusan e-UKCG, Tarikh Calon Layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) Dan Temu Duga | 29 April 2026 selepas jam 5:30 petang |
Pautan Semakan: https://pismp.moe.gov.my
Cara Membuat Semakan Keputusan e-UKCG, UKF Dan Temu Duga
- Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Sistem Permohonan PISMP.
- Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal.
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat panggilan temu duga, borang butiran diri.
Semasa menghadiri temuduga pada tarikh ditetapkan, sila bawa bersama surat panggilan temu duga, borang butiran diri yang telah dilengkapkan dan sijil akademik / kokurikulum. (sekiranya dimaklumkan).
Pelaksanaan UKF Dan Temu Duga
- 3 – 8 Mei 2026

Semakan Keputusan Permohonan Dan Tawaran PISMP 2026
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Semakan Keputusan Calon Jaya (Lepasan SPM) | 5 Jun 2026 |
| Semakan Keputusan Calon Jaya (Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi Dan Diploma Kolej Vokasional) | 27 Julai 2026 |
Semakan tawaran bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh mula dibuat mulai pada tarikh sepertimana dinyatakan.
- Pautan Semakan: https://pismp.moe.gov.my
Cara Membuat Semakan Tawaran PISMP
- Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Sistem Permohonan PISMP.
- Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya.

Pendaftaran Calon Berjaya PISMP
Calon-calon yang ditawarkan mengikuti program akan mendaftar di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan).
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Pendaftaran Pelajar Baharu ke Institut Pendidikan Guru (IPG) | 10 Ogos 2026 |
Rujukan Kalendar Aktiviti PISMP
Bagi memastikan calon tidak terlepas pandang pada sebarang tarikh penting, adalah disarankan merujuk kepada kalendar aktiviti yang disediakan.

Tarikh dan aktiviti yang terdapat dalam kalendar ini mungkin tertakluk kepada pindaan semasa, jadi calon perlu sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini dari KPM.


