Sukan Komanwel 2026 Malaysia Pungutan Pingat & Keputusan

Sukan Komanwel Glasgow 2026 dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Glasgow, Scotland merupakan satu temasya sukan berprestij yang dinanti-nanti oleh peminat sukan seluruh dunia.

2026 Commonwealth Games

Sukan Komanwel Glasgow 2026 merupakan edisi ke-23 dalam siri kejohanan sukan berprestij ini. Scotland, sebagai tuan rumah memperlihatkan komitmen bagi memastikan penganjuran cemerlang meskipun menghadapi cabaran ekonomi dan logistik.

Penganjur mengambil langkah mengecilkan skala kejohanan daripada 19 sukan kepada hanya 10 sukan bertujuan mengurangkan kos dan memastikan penganjuran yang lebih fokus dan berkualiti.

Keputusan ini turut menimbulkan perbincangan di kalangan penganalisis sukan tentang impak terhadap peluang meraih pingat terutama bagi negara-negara yang bergantung kepada sukan seperti badminton dan hoki.

2026 commonwealth games

Info Sukan Komanwel XXIII
PerkaraButiran
Tuan RumahGlasgow, Scotland
Negara 74 pasukan Komanwel
Atlet3,000 orang
Acara215 acara dalam 10 jenis sukan
Majlis Pembukaan23 Julai 2026
Majlis Penutupan2 Ogos 2026
Laman Web Rasmiglasgow2026.com

Atlet Malaysia Sukan Komanwel 2026

Malaysia telah menetapkan sasaran 5 pingat emas, 2 perak dan 4 pingat gangsa pada edisi kejohanan kali ini. Jumlah keseluruhan 81 atlet termasuk 59 atlet elit dan 22 atlet para, kontinjen Malaysia akan bersaing dalam 8 daripada 10 sukan yang dipertandingkan.

Atlet-atlet ini dipilih selepas melalui pelbagai ujian dan latihan intensif dengan harapan mampu menampilkan persembahan terbaik dan mencipta kejayaan.

Walaupun jumlah kontinjen lebih kecil berbanding edisi sebelum ini, fokus utama Majlis Sukan Negara (MSN) tetap kepada kualiti dan sasaran pingat emas. Atlet-atlet negara akan berusaha keras dalam sukan-sukan yang mempunyai potensi besar meraih pingat.

jadual atlet malaysia sukan komanwel 2026

Sukan Dipertandingkan Sukan Komanwel Glasgow 2026

Sukan Komanwel Glasgow 2026 edisi ke-23 hanya mempertandingkan 10 jenis sukan iaitu olahraga, renang, gimnastik artistik, basikal trek, bola jaring, angkat berat, tinju, judo, boling dan bola keranjang 3×3.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 8 daripada sukan ini kecuali tinju dan bola jaring.

Pengurangan ini memberi cabaran tambahan kepada atlet dan jurulatih dalam menentukan strategi dan memanfaatkan peluang terbaik. Sukan seperti badminton, hoki dan skuasy yang pernah menjadi medan pingat utama Malaysia tidak dipertandingkan kali ini.

pingat malaysia sukan komanwel

Jumlah Pungutan Pingat Terkini Dan Keputusan Malaysia Sukan Komanwel 2026

Harapan utama Malaysia di Glasgow 2026 adalah mencapai objektif sasaran pingat ditetapkan. Kejayaan ini bukan sahaja memberi kebanggaan kepada negara tetapi juga meningkatkan profil sukan negara di pentas antarabangsa.

Berbekalkan persiapan rapi, semangat juang tinggi dan sokongan padu seluruh rakyat, impian meraih kejayaan besar di Glasgow tidak mustahil direalisasikan.

Marilah kita bersama-sama memberi sokongan penuh kepada kontinjen Malaysia dan berharap agar mereka mampu mempersembahkan yang terbaik demi maruah negara tercinta.

Senarai Sukan Atlet Malaysia Sukan Komanwel 2026

Berikut ialah senarai acara yang disertai oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.

8 Jenis Sukan Atlet Malaysia Sukan Komanwel XXIII
Sukan
Olahraga
Olahraga Para
Renang
Renang Para
Gimnastik ArtistikBasikal Trek
Angkat Berat
Powerlifting Para
Judo
Boling PadangBola keranjang 3×3

Carta Kutipan Pingat Malaysia Terkini

Jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara hanya melibatkan Atlet Malaysia di Commonwealth Games Glasgow, Scotland 2026 adalah seperti berikut:

Carta Pungutan Pingat Atlet Malaysia Sukan Komanwel XXIII
SukanEmasPerakGangsaJumlah
Angkat Berat5117
Olahraga Para1012
Basikal Trek1001
Judo1001
Boling Padang0224
Powerlifting Para0011
Renang0000
Gimnastik Artistik0000
Bola keranjang 3×30000
Jumlah Keseluruhan Pingat83516
Kedudukan Ranking Keseluruhan10/74
Sasaran Pingat Malaysia Sukan Komanwel 2026
EmasPerakGangsaJumlah
52411

Senarai Atlet Malaysia Menang Pingat Emas, Perak Dan Gangsa

Berikut adalah senarai pemenang pingat buat Malaysia di Sukan Komanwel 2026.

Keputusan Atlet Malaysia Menang Pingat Sukan Komanwel XXIII
AtletPingatSukanTarikh
Amirul Danial Abdul RahimGangsaBoling Padang
Men’s pairs
2 Ogos 2026
Soufi Rusli
Jariah ZakariaBoling Padang Para
Women’s pairs
Norazian Daud
Amir Daniel Abdul MajeedEmasJudo
Men’s 81kg
2 Ogos 2026
Dato’ Azizulhasni AwangEmasBerbasikal Trek
Men’s keirin
1 Ogos 2026
Siti Aqilah FarhanaPerakAngkat Berat
Women’s +86 kg
30 Julai 2026
Mohd Syahmi Nor GhazaliEmasAngkat Berat
Men’s 94kg
29 Julai 2026
Abdul Latif RomlyEmasOlahraga
Men’s long jump T20
29 Julai 2026
Eljoe GotuohGangsaOlahraga
Men’s long jump T20
29 Julai 2026
Syafiqa HaidarPerakBoling Padang
Women’s Pairs
29 Julai 2026
Aleena Nawawi
Izzat DzulkepleBoling Padang
Men’s Single
Hafizuddin RoslinEmasAngkat Berat
Men’s 88kg
29 Julai 2026
Erry HidayatAngkat Berat
Men’s 79kg
28 Julai 2026
Aznil BidinAngkat Berat
Men’s 65kg
27 Julai 2026
Aniq KasdanAngkat Berat
Men’s 60kg
26 Julai 2026
Irene Jane HenryGangsaAngkat Berat
Women’s 48kg
26 Julai 2026
Bonnie Bunyau GustinGangsaPowerlifting Para
Lelaki lightweight
24 Julai 2026

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."