Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2026 Aidiladha

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji (Aidiladha) bagi tahun 2026 ini akan diumumkan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja. Melalui pengumuman rasmi yang akan disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran radio dan televisyen RTM TV1.

Proses Penetapan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2026

Proses penetapan tarikh Hari Raya Haji di Malaysia melibatkan gabungan dua kaedah utama iaitu rukyah dan hisab. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa penetapan tarikh ini tidak hanya bergantung kepada satu kaedah semata-mata tetapi melalui gabungan yang diyakini tepat.

Rukyah

Rukyah adalah proses melihat anak bulan secara langsung di lokasi mencerap ditetapkan bagi memastikan sama ada bulan baru telah muncul dan mengesahkan awal bulan hijrah.

Hisab

Manakala Hisab pula melibatkan pengiraan matematik dan astronomi yang tepat bagi menentukan kedudukan bulan dan hari-hari penting dalam kalendar Islam.

proses mencerap anak bulan raya haji

Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Haji 2026

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan pengumuman tarikh hari raya berlangsung secara rasmi dan berintegriti. Selain itu, pengumuman rasmi ini juga menjadi penanda bahawa Malaysia berpegang kepada prinsip keadilan dan keberkatan dalam menentukan tarikh hari raya.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan tarikh rasmi Hari Raya Haji / Qurban bagi tahun 2026 yang akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat.

Laporan Tarikh Hari Raya Haji 2026

Seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Qurban, Hari Raya Haji) pada hari Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H, demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja iaitu Muhammad Affendi bin Jalaludin.

Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Muhammad Affendi bin Jalaludin telah memaklumkan bahawa 1 Zulhijjah 1447H adalah bersamaan dengan 18 Mei 2026 Masihi.

Oleh yang demikian, tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447 Hijrah menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidiladha 2026M-1447H Di Malaysia
PerkaraButiran
1 Zulhijjah 1447 Hijrah (Awal Zulhijjah)18 Mei 2026
10 Zulhijjah 1447 Hijrah (Hari Raya Aidiladha)27 Mei 2026

Video Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2026

perkara penting bulan zulhijjah 2026

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."