Siaran Langsung Pra Musim JDT Vs UD Castellonense 2026-2027

Pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan komitmen memastikan prestasi terbaik skuad Harimau Selatan bagi musim 2026-2027 apabila mengadakan latihan Pra Musim di Sepanyol.

Latihan Pramusim JDT Di Sepanyol

Pengumuman ini dibuat oleh pengendali utama JDT, Xisco Munoz yang menegaskan bahawa destinasi latihan di Alicante, Sepanyol kerana keberkesanannya musim lalu.

Sepanyol bukan sahaja terkenal dengan infrastruktur latihan berkualiti tinggi malah pengalaman dan pendedahan yang diperoleh di sana turut menyumbang kepada peningkatan prestasi pasukan.

Persediaan rapi ini akan diteruskan dengan aksi persahabatan berpotensi membantu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum menghadapi Liga Malaysia, Liga Juara-Juara AFC Elite dan Piala Shopee musim 2026/27.

jadual pramusim jdt 2026 2027 spain

Jadual Perlawanan Pramusim JDT 2026-2027

Objektif utama latihan ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan dan taktikal pasukan malah ia turut menjadi peluang terbaik menilai pemain import serta mengenal pasti pemain muda berbakat yang mampu menyumbang kepada misi kekal mendominasi saingan tempatan dan antarabangsa.

Dalam kempen pramusim ini, JDT akan berhadapan dengan sembilan pasukan dari pelbagai liga yang mempunyai tahap kompetitif berbeza. Berikut adalah jadual perlawanan sepertimana dirancang namun ia masih tertakluk kepada pindaan semasa.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Pramusim JDT 2026-2027 Di Spain
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
16 Julai 2026: Khamis
JDT22Rangers FC
19 Julai 2026: Ahad
JDT23Al Ettifaq
20 Julai 2026: Isnin
JDT80CD Contestano
24 Julai 2026: Jumaat
JDT00Elche CF
25 Julai 2026: Sabtu
JDTCastellonense
27 Julai 2026: Isnin
JDTCosta City
28 Julai 2026: Selasa
JDTAFE
30 Julai 2026: Khamis
JDTQatar SC
31 Julai 2026: Jumaat
JDTFC Cartagen

Pengaruh Prestasi JDT Latihan Di Spain

Pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa latihan di luar negara khususnya di Sepanyol memberi impak positif kepada pasukan JDT. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang lebih pantas, berdisiplin dan berstrategi.

Selain itu, latihan di sana turut membuka peluang kepada pemain tempatan bagi mendapatkan pendedahan berharga daripada jurulatih dan pemain profesional dari Eropah.

Selain aspek taktikal, latihan ini juga menjadi medan pengenalan pemain import berkualiti yang mampu memberikan impak besar dalam setiap perlawanan.

Selain itu, pengurusan kelab turut memberi tumpuan kepada pembangunan pemain muda dan pencarian bakat baharu yang mampu menyumbang dalam jangka masa panjang.

Gabungan pengalaman dan bakat baharu ini diharapkan mampu mengekalkan status JDT sebagai kuasa utama bola sepak Malaysia serta mengukuhkan kedudukan mereka dalam kancah bola sepak Asia.

Live Streaming JDT Vs UD Castellonense 25 Julai 2026

JDT meneruskan latihan pramusim mereka di Alicante, Sepanyol bagi aksi perlawanan persahabatan kelima dengan menentang pasukan UD Castellonense dari Spain.

Sekiranya perlawanan ini disiarkan secara siaran langsung atau live streaming untuk tontonan di internet, kami akan sertakan pautan (link) tersebut.

Keputusan JDT Vs UD Castellonense

Pasukan25 JulaiPasukan
JDTCastellonense
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."