Aksi kedua kumpulan B kempen AFF Hyundai Cup 2026 atau Piala AFF terus menjadi tumpuan apabila Malaysia melayani kunjungan pasukan Laos di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2026 (Selasa).
Cabaran Malaysia Vs Laos Piala AFF 2026
Setiap kali beraksi di laman sendiri, harapan meraih kemenangan pasti menjadi objektif utama. Namun, kali ini cabarannya jauh lebih getir. Pasukan Laos dahulu dianggap sebagai pasukan biasa-biasa sahaja tidak lagi mudah ditewaskan dan mampu memberi kejutan sekiranya pemain Malaysia leka atau memandang rendah keupayaan lawan.
Di bawah bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe, skuad Harimau Malaya harus berwaspada dan tidak terperangkap dengan taktik pihak lawan. Strategi permainan, disiplin serta fokus penuh dari setiap pemain adalah penentu kejayaan.
Mereka perlu memastikan setiap peluang digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak memberi ruang kepada lawan mengekang serangan atau mencipta kejutan.
Kemenangan di tempat sendiri merupakan misi wajib menang bagi skuad Harimau Malaya kerana ia adalah satu indikator kekuatan dan keyakinan pasukan dalam usaha memburu tempat ke peringkat seterusnya.

Fokus Skuad Harimau Malaya
Sekiranya Malaysia mampu meraih kemenangan dalam perlawanan ini, ia akan menjadi fokus utama bagi meningkatkan motivasi pemain sekali gus menambah semangat untuk mara dan meneruskan cabaran seterusnya.
Kemenangan pada perlawanan kedua ini perlu menjadi sasaran utama serta setiap barisan pemain yang diturunkan harus memahami pentingnya memberi tumpuan kepada setiap perlawanan selain memastikan persiapan dan fokus penuh memperoleh kemenangan tiga mata berharga.
Terdahulu, Skuad Harimau Malaya membuka kempen Piala AFF Hyundai 2026 dengan langkah kanan meskipun terpaksa berhempas pulas sebelum bangkit mencipta kemenangan ke atas Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna.
Live Streaming Malaysia Vs Laos 28 Julai 2026
Perlawanan kedua kumpulan B saingan AFF Hyundai Cup 2026 membabitkan Malaysia menentang Laos berlangsung di Stadium Kuala Lumpur pada hari Selasa, 28 Julai 2026 bermula jam 9 malam tidak disiarkan secara siaran langsung di saluran penyiaran RTM mahupun Astro.
Perincian Malaysia Lwn Laos
Meskipun begitu, penyokong skuad Harimau Malaya boleh menonton aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di saluran penyiaran luar negara.
- Perlawanan 2 Kumpulan B AFF Hyundai Cup 2026: Malaysia Vs Laos.
- Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa).
- Venue: Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur.
- Sepak Mula: 9 malam.
- Siaran Langsung TV Malaysia: tiada.
- Tontonan Secara Online: Live streaming Malaysia Vs Laos – saluran penyiaran Laos.
Keputusan Malaysia Vs Laos
| Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|
| Malaysia | 4 | 0 | Laos | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| 45′ Paulo Josue 57′ Endrick 66′ (OG) V. Sydavong 84′ Wan Kuzain | ||||



