Perjalanan menempuh peperiksaan SPM, setiap calon pastinya mengharapkan kejayaan cemerlang yang boleh membuka peluang dan kelebihan untuk membuat Permohonan UPU atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Salah satu acuan utama bagi memastikan persediaan sistematik dan terancang adalah penggunaan Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jadual Waktu Sijil Pelajaran Malaysia
Jadual waktu peperiksaan SPM memberi maklumat menyeluruh mengenai tarikh, masa dan subjek diduduki oleh calon-calon. Ia berperanan membantu pelajar menyusun jadual belajar menguruskan masa dengan efektif serta mengelakkan kekeliruan dan kecuaian yang boleh menjejaskan prestasi belajar mereka.
Selain itu, jadual ini juga memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan mental dan fizikal mencukupi sebelum hari peperiksaan. Mereka dapat mengenalpasti tempoh rehat dan ulangkaji sesuai serta mengelakkan jadual belajar terlalu padat sehingga menimbulkan tekanan.

Jadual SPM biasanya mengandungi beberapa maklumat utama yang perlu diambil perhatian oleh calon-calon, antaranya:
- Tarikh Peperiksaan
Menunjukkan hari dan tarikh rasmi setiap subjek akan diduduki. Ini penting agar pelajar dapat mempersiapkan diri dari awal dan tidak terlepas hari penting. - Waktu Peperiksaan
Memberikan maklumat mengenai masa mula dan tamat setiap kertas. Pelajar dapat mengatur masa mereka dengan lebih baik semasa menjawab soalan. - Tempoh Masa
Menunjukkan berapa lama setiap kertas peperiksaan berlangsung termasuk masa rehat jika ada. Ini membantu pelajar membahagikan masa dengan efisien. - Subjek dan Kertas Peperiksaan
Mengandungi maklumat lengkap mengenai subjek dan kertas perlu dihadapi termasuk kod dan nama kertas. - Panduan Persediaan
Beberapa jadual turut menyertakan catatan atau peringatan mengenai persediaan yang perlu dilakukan menjelang hari peperiksaan.
Jadual Waktu SPM 2026 Dan Tarikh Peperiksaan
Sebagai takwim peperiksaan rasmi oleh Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jadual ini menjadi panduan kepada pelajar mahupun kepada ibu bapa dan guru-guru bagi memastikan setiap langkah persediaan berjalan lancar dan teratur.
Nota Editor: Jadual waktu peperiksaan SPM bagi tahun 2026 akan disertakan sebaik sahaja dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Harap ambil maklum.
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Ujian Bertutur 1103/3 Bahasa Melayu Kertas 3 | |
| Ujian Bertutur 1119/3 Bahasa Inggeris Kertas 3 | |
| Ujian Amali Sains 4531/3 Fizik Kertas 3 | |
| Ujian Amali Sains 4541/3 Kimia Kertas 3 | |
| Ujian Amali Sains 4551/3 Biologi Kertas 3 | |
| Ujian Amali Sains 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3 | |
| Ujian Mendengar 1103/4 Bahasa Melayu Kertas 4 | |
| Ujian Mendengar 1119/4 Bahasa Inggeris Kertas 4 | |
| Peperiksaan Bertulis SPM 2026 |
- Sila dapatkan jadual SPM lengkap: Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2026 (Rasmi).
- Sebarang maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan.
Penggunaan jadual ini boleh dirumuskan sebagai motivasi dan pengurusan diri. Pelajar perlu berdisiplin mengikuti jadual yang telah disusun serta berusaha sedaya upaya untuk mengulang kaji setiap subjek secara berkala.
Persediaan Menghadapi SPM
Pelajar disarankan mula merancang jadual belajar mereka seawal mungkin. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti:
- Buat Jadual Belajar Mengikut Tarikh Peperiksaan
Susun masa belajar berdasarkan tarikh setiap subjek supaya tidak terlalu menumpukan perhatian kepada satu subjek sahaja. - Kenalpasti Subjek Utama dan Subjek Kecil
Fokus kepada subjek yang dianggap sukar atau memerlukan lebih banyak perhatian. - Susun Masa Rehat dan Ulangkaji
Jangan lupa memasukkan masa rehat agar minda tidak terlalu penat serta masa ulangkaji untuk memperkukuh ilmu. - Sentiasa Semak dan Kemaskini Jadual
Pastikan jadual belajar dan persediaan sentiasa relevan dan diikuti dengan konsisten. - Jaga Kesihatan dan Emosi
Selain persediaan akademik, pastikan pelajar menjaga kesihatan diri dan emosi bagi memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik semasa hari peperiksaan.
Doa Peperiksaan SPM




