Pengenalan kepada dunia pencen perkhidmatan merupakan satu langkah penting diambil oleh penjawat awam yang telah berkhidmat sekian lama. Apabila memasuki fasa berpencen, ramai merasakan beban kehidupan seharian menjadi lebih ringan dengan kehadiran pencen bulanan.
Pembayaran Pencen Pesara 2026
Jadual dan tarikh pembayaran pencen perkhidmatan bulanan bagi tahun 2026 adalah maklumat berguna kepada oleh semua anggota berpencen mahupun waris. Apabila mengetahui dan merujuk jadual ini, mereka dapat memastikan perbelanjaan bulanan diuruskan dengan baik. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui inisiatif ini telah menunjukkan komitmennya menjaga kebajikan anggota yang telah berkhidmat kepada negara.
Oleh itu, adalah amat penting bagi semua pihak untuk sentiasa peka dan mendapatkan maklumat terkini tentang pencen mereka melalui Portal Pencen JPA.
Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, JPA telah mengeluarkan jadual rasmi pembayaran pencen bulanan dan boleh dirujuk melalui Portal Pencen.

Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan 2026 Pesara
Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2026 sepertimana diterbitkan oleh JPA. Jadual pembayaran pencen disertakan ini adalah berdasarkan rujukan kami menerusi jadual rasmi oleh Portal Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam.
| Bulan | Tarikh | Hari |
|---|---|---|
| Januari | 21-1-2026 | Selasa |
| Februari | 11-2-2026 | Rabu |
| Mac | 12-3-2026 | Khamis |
| April | 16-4-2026 | Khamis |
| Mei | 19-5-2026 | Selasa |
| Jun | 19-6-2026 | Jumaat |
| Julai | 21-7-2026 | Selasa |
| Ogos | 20-8-2026 | Khamis |
| September | 22-9-2026 | Selasa |
| Oktober | 21-10-2026 | Rabu |
| November | 20-11-2026 | Jumaat |
| Disember | 18-12-2026 | Jumaat |
Waktu pembayaran pencen bulanan ini biasanya dilakukan lebih awal berbanding penjawat awam yang masih berkhidmat iaitu sebelum hujung bulan. Ini adalah satu inisiatif diambil oleh JPA bagi memastikan para pesara dapat menguruskan keperluan harian mereka tanpa sebarang tekanan kewangan.
Kelebihan Jadual Bayaran Pencen
Salah satu kelebihan utama jadual pembayaran pencen adalah ia membolehkan anggota berpencen merancang kewangan mereka dengan lebih baik. Mereka dapat mengatur perbelanjaan bulanan dan mengelakkan sebarang kesulitan kewangan.
Ini juga membolehkan mereka membuat persiapan awal kepada keperluan tertentu seperti pembayaran bil, perbelanjaan harian atau simpanan masa depan.



