Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) membuka permohonan kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui sistem UPU Online kepada calon-calon lepasan SPM dan STPM Setaraf bermula pada tarikh ditetapkan. Sila rujuk maklumat lengkap di bawah.
Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2026
UPU Online adalah platform dalam talian bagi permohonan kemasukan ke Institusi/Agensi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) Dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Permohonan UPU Online sesi akademik 2026/2027 merupakan peluang kepada calon-calon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pelbagai pilihan program ditawarkan, calon disaran merancang terlebih dahulu agar dapat memilih program pengajian benar-benar diminati dan bersesuaian.

Tarikh Permohonan UPU Online 2026 Dibuka
Tarikh fasa permohonan UPU Online dibuka adalah membabitkan kategori lepasan SPM dan kategori lepasan STPM/setaraf.
- Lepasan SPM
29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang). - Lepasan STPM
Fasa 1: 29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang).
Fasa 2: 13 April 2026 (12 Tengah Hari) hingga 5 Mei 2026 (5 Petang).
Kategori Permohonan

Syarat AM Lepasan SPM

Syarat AM Lepasan STPM-Setaraf

Cara Memohon UPU Online
Tindakan pertama sebelum permohonan adalah calon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor ini adalah syarat wajib mengakses sistem borang permohonan secara dalam talian. Berikut adalah rumusan langkah dan panduan membuat permohonan UPU Online:

- Beli Unik ID UPUOnline
Pastikan anda memilih kategori yang betul semasa pembelian. - Layari Portal Rasmi UPU
Akses portal rasmi UPU di: https://upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini. - Periksa Syarat Kelayakan
Rujuk e-panduan UPUOnline untuk memastikan anda memenuhi syarat kelayakan program yang dipilih. - Kira Merit
Gunakan aplikasi di portal UPU untuk mengira merit anda. Kalkulator Merit Lepasan SPM, Kalkulator Merit Lepasan SPM/Setaraf. - Semak Trend Permohonan dan Laluan Kerjaya
Ini dapat membantu anda memahami peluang kerjaya selepas tamat pengajian. - Isi Borang Permohonan
Pastikan semua maklumat bertanda (*) diisi dengan lengkap dan tepat. - Buat Pilihan Program
Pilih program mengikut keutamaan anda. - Simpan Borang Permohonan
Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi. - Cetak Slip Permohonan
Simpan slip sebagai bukti bahawa permohonan telah berjaya dihantar.
Sistem Permohonan UPU Online
Untuk membuat permohonan sila klik pada pautan berikut:
- Laman sistem permohonan: https://upu.mohe.gov.my
Video Panduan Cara Isi Permohonan UPU Online

Pembelian No. Unik ID BSN UPUOnline
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli No. Unik ID BSN perincian lanjut adalah seperti berikut:
- Tarikh: 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026
- Harga: RM10.60
- Kaedah Pembelian:
i. Kaunter BSN di seluruh negara
ii. Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
iii. Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)
Kategori Pembelian No Unik ID
Sila pastikan pemohon membeli nombor Unik ID di BSN dengan betul mengikut kategori masing-masing iaitu:
- Kategori Pemohonan Lepasan SPM: Sijil / Asasi / Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)
- Kategori A: SPM 2025 (Tahun Semasa)
- Kategori B: SPM 2024 & 2023 (Bukan Tahun Semasa)
- Kategori Pemohon Lepasan STPM/ Setaraf: STPM 2025, Matrikulasi/ Asasi, STAM 2025, 2024, Diploma/ Setaraf,
Rujuk: Jadual Penjualan Dan Tarikh Pembelian Dan Harga No Unik ID Di BSN

Maklumat Lanjut
Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon disarankan untuk melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah:
- Facebook Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Menerusi Facebook Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi pemohon boleh mendapatkan jawapan tepat bagi setiap pertanyaan yang akan dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU.
Sebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk terlebih dahulu dalam ruangan komen di FB rasmi UPU kerana setiap soalan yang sering ditanya oleh pemohon telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi UPU.



