Universiti Terbaik Malaysia 2026 Kedudukan Ranking Terkini

Pengiktirafan dan kedudukan universiti memainkan peranan penting menentukan reputasi di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, QS World University Rankings 2026 telah diumumkan, memperlihatkan perkembangan terkini bagi kedudukan universiti seluruh dunia. Lebih membanggakan, beberapa universiti tempatan dari Malaysia turut berjaya menduduki kelompok 200 universiti terbaik dunia, menandakan pencapaian terbaharu membuktikan kelangsungan dan peningkatan mutu pendidikan tinggi negara.

Senarai tersebut mencerminkan usaha berterusan universiti memperbaiki kualiti akademik, penyelidikan serta daya saing global mereka serta usaha Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperkukuhkan ekosistem pendidikan tinggi negara agar mampu bersaing di pentas global.

Ranking Universiti Tempatan

Mengikut laporan QS World University Rankings, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus menunjukkan peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya. Kedua-dua institusi ini telah memperlihatkan peningkatan dari segi reputasi akademik, hasil penyelidikan dan daya tarikan pelajar antarabangsa.

Peningkatan ini bukan sahaja membanggakan tetapi juga menambah baik imej Malaysia sebagai destinasi pendidikan berkualiti di mata dunia.

Selain UM dan UKM, universiti-universiti lain seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menunjukkan peningkatan, memperlihatkan bahawa usaha memperkukuhkan kualiti pendidikan dan penyelidikan sedang giat dijalankan di seluruh negara.

Kriteria Penilaian Ketat, Komprehensif

QS World University Rankings menggunakan metodologi penilaian sangat teliti dan menyeluruh, merangkumi beberapa aspek utama. Berikut adalah peratusan lima kriteria utama yang digunakan dalam penilaian:

  1. Reputasi Akademik (40%)
    Penilaian ini berdasarkan tinjauan terhadap lebih 100,000 ahli akademik di seluruh dunia. Mereka diminta menilai universiti yang mereka anggap mempunyai kecemerlangan berpandukan bidang masing-masing. Kriteria ini penting kerana ia mencerminkan pengiktirafan profesional terhadap kualiti akademik institusi.
  2. Reputasi Majikan (10%)
    Dapatan daripada tinjauan terhadap lebih 50,000 majikan di seluruh dunia. Ia menilai sejauh mana graduan universiti mampu memenuhi keperluan dunia pekerjaan, menunjukkan keberkesanan universiti melahirkan tenaga kerja berinovasi dan berdaya saing.
  3. Nisbah Fakulti/Pelajar (20%)
    Mengukur jumlah fakulti berbanding pelajar. Nisbah rendah menunjukkan sumber lebih banyak disediakan untuk setiap pelajar sekali gus meningkatkan kualiti pengajaran dan bimbingan akademik.
  4. Citations per Faculty (20%)
    Mengukur impak penyelidikan melalui jumlah sitasi per fakulti. Data ini diperoleh daripada Scopus, pangkalan data jurnal akademik terbesar di dunia dan menunjukkan sejauh mana hasil penyelidikan universiti memberi sumbangan kepada ilmu pengetahuan global.
  5. Nisbah Pelajar dan Fakulti Antarabangsa (5% dan 5%)
    Mencerminkan kepelbagaian dan daya tarikan universiti kepada pelajar dan tenaga pengajar dari seluruh dunia. Ia menunjukkan sejauh mana universiti mampu menarik dan mengekalkan komuniti akademik global.

Selain daripada lima kriteria utama, edisi 2026 memperkenalkan tiga ukuran baru yang memberi penekanan kepada aspek hubungan antarabangsa:

  1. Sustainability (5%)
    Mengukur usaha universiti menangani isu sosial dan alam sekitar. Aspek ini penting memandangkan universiti kini tidak hanya berperanan sebagai pusat ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai agen perubahan sosial dan alam sekitar.
  2. Employment Outcomes (5%)
    Menilai keberkesanan universiti menyediakan graduan yang mampu memenuhi keperluan pasaran kerja serta meningkatkan peluang pekerjaan mereka selepas tamat pengajian.
  3. International Research Network
    Menilai sejauh mana universiti terlibat dalam rangkaian penyelidikan antarabangsa sekali gus memperkukuhkan kedudukan mereka di ekosistem penyelidikan global.

Pencapaian Universiti Malaysia

Kejayaan universiti Malaysia tidak hanya menjadi bukti keberkesanan dasar pendidikan tinggi negara tetapi juga menandakan langkah ke arah memperkukuhkan ekosistem akademik tempatan. Ia memberi inspirasi kepada institusi lain untuk mempertingkatkan mutu pendidikan, penyelidikan dan daya tarikan antarabangsa.

Kedudukan yang semakin baik, universiti-universiti Malaysia mampu menarik lebih banyak pelajar dari luar negara, meningkatkan kolaborasi penyelidikan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Lebih penting lagi, ia menunjukkan bahawa usaha berterusan mempertingkatkan kualiti akademik dan inovasi adalah faktor kepada kejayaan jangka panjang.

Top Ranking Universiti Di Malaysia 2026

Senarai universiti terbaik oleh QS adalah panduan kepada institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia untuk memperbaiki dan menyesuaikan diri mengikut keperluan zaman. Kejayaan universiti Malaysia yang tersenarai membuktikan bahawa negara tidak ketinggalan dari persaingan global malah mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Komitmen berterusan terhadap inovasi dan kecemerlangan akademik, masa depan pendidikan tinggi Malaysia terus maju. Ia adalah satu pencapaian membanggakan, namun juga satu tanggungjawab besar untuk terus memperbaiki dan memperkasa institusi-institusi pendidikan demi manfaat generasi akan datang.

Ranking Kedudukan Universiti Terbaik Di Malaysia 2026
UniversitiRanking MalaysiaRanking Dunia
Universiti Malaya (UM)158
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)2126
Universiti Putra Malaysia (UPM)3134
Universiti Sains Malaysia (USM)4134
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)5153
Universiti Teknologi Petronas (UTP)6251
Taylor’s University7253
UCSI University8269
Sunway University9410
Universiti Utara Malaysia (UUM)10491
INTI International University12509
Universiti Teknologi MARA (UiTM)13542
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)14551
Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) Malaysia15597
Management and Science University (MSU)16597
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)17609
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)18613
Lincoln University College19638
SEGI University20731-740
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)21791-800
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)22801-850
Multimedia University (MMU)23851-900
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)24851-900
University Of Cyberjaya25951-1000
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)261001-1200
Universiti Malaysia Sabah (UMS)271001-1200
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)281001-1200
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)291001-1200
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)301201-1400
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)311201-1400
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)321201-1400
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)331400+

Rujukan: QS TOP UNIVERSITIES

Respon Dari Pelbagai Pihak

Ramai pihak berpendapat, naik turun ranking itu adalah perkara biasa dan kedudukan sesebuah universiti tidak seharusnya dilihat pada satu-satu masa tertentu sahaja.

Sebaliknya perlu dilihat dalam satu tempoh jangka masa sederhana dan panjang. Terdapat juga pelbagai persoalan apakah kaedah kaji selidik yang digunakan dan kesahan, kebolehpercayaan, ketulusan, tanggungjawab bagi menentukan kedudukan ranking setiap universiti.

ranking dunia universiti malaysia

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."