Aksi ketiga Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026-2027 menjadi tumpuan utama penyokong skuad Harimau Selatan apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan kelab dari Thailand, Port F.C di Stadium Sultan Ibrahim pada 27 Oktober 2026 (Selasa).
Cabaran JDT Vs Port F.C ACL Elite 2026-27
Port FC bukan calang-calang lawan berikutan pasukan ini dilihat lebih mantap dengan memiliki beberapa pemain yang terbaik berkelas dunia selain kini berada di tangga teratas Liga 1 Thailand (Thai 1 League).
Port FC menunjukkan perkembangan yang sukar diramal. Musim lalu, mereka bertanding di pentas ACL2, namun kini telah meningkat ke ACLE sekali gus menunjukkan kualiti dan potensi sebenar mereka.
Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai objektif dan mentaliti mahu mencipta kemenangan setelah mengalami dua kekalahan kepada Vissel Kobe dan Kashiwa Reysol dalam perlawanan sebelum ini.
JDT Boleh Menang Port F.C.
Kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri dapat membantu JDT menyesuaikan strategi bagi menghadapi pelbagai situasi permainan. Port FC mungkin mengambil pendekatan bertahan, tetapi jika JDT berjaya menjaringkan gol awal, momentum permainan mungkin akan berubah.
Di bawah kendalian jurulatih Xisco Munoz, Johor Darul Ta’zim harus tampil dengan pendekatan taktikal dan disiplin. Ia penting agar barisan pemain yang diturunkan dapat mengawal permainan dari awal hingga ke penghujung.
Oleh itu, JDT perlu elakkan kesilapan kecil seperti memberi peluang kepada lawan melakukan serangan balas atau kehilangan fokus di bahagian pertahanan boleh menjejaskan peluang melakar kemenangan di tempat sendiri.

Live Streaming JDT Vs Port FC ACLE 27 Oktober 2026
Aksi perlawanan ketiga Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) membabitkan JDT menentang Port FC berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Selasa, 27 Oktober 2026 bermula jam 6 petang turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena Bola 3 (803) bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian Perlawanan JDT Lwn Port FC
Penyokong skuad Harimau Selatan turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.
- Perlawanan 3 Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE): JDT Vs Port F.C.
- Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa).
- Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
- Sepak Mula: 6:00 petang.
- Siaran Langsung TV Malaysia: Astro Arena Bola 3 (803).
- Tontonan Secara Online: Sooka, AstroGO atau Saluran Penyiaran Thailand.
Keputusan JDT Vs Port FC
| Pasukan | 6:00PM | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|
| JDT | Port F.C. | |||
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||



