Siaran Langsung JDT Vs Chelsea Aksi Persahabatan 2026

Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC dalam satu perlawanan persahabatan yang pasti menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 9 Ogos 2026 (Ahad).

JDT Dan Chelsea FC

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah JDT berdepan kelab elit dari Liga Perdana Inggeris. Perlawanan ini bakal mempromosikan JDT sebagai salah satu kelab terkemuka di Asia.

Perlawanan persahabatan ini pastinya menarik perhatian di kalangan penyokong bola sepak di seluruh rantau ini. Kedatangan Chelsea ke Malaysia kali ini memberi peluang kepada pemain tempatan dan barisan muda JDT menimba pengalaman berharga berdepan kelab bertaraf dunia.

jdt vs chelsea friendly match 2026

Pengalaman Berharga Pemain JDT

Skuad kendalian Xisco Munoz amat bertuah kerana dapat menentang Chelsea FC sempena jelajah pramusim di Asia kerana tidak semua pasukan di Malaysia berpeluang menentang kelab EPL dan perlawanan ini adalah peluang terbaik buat pemain tempatan seperti Arif Aiman, Ahmad Syihan, Afiq Fazail dan lain-lain menimba pengalaman berharga.

Walaupun ada yang beranggapan perlawanan ini hanya sebagai pertunjukan namun semua pemain perlu bersedia dengan intensiti tinggi dan JDT perlu bersedia untuk mengimbangi kekuatan pasukan lawan.

Chelsea FC di jangka akan menurunkan skuad terkuat termasuk pemain bintang seperti Cole Palmer, Enzo Fernandez, Moises Caicedo dan Joao Pedro.

Live Streaming JDT Vs Chelsea FC 9 Ogos 2026

Perlawanan persahabatan antarabangsa kelab bola sepak membabitkan JDT menentang Chelsea F.C. akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Ahad, 9 Ogos 2026 bermula jam 8 malam turut disiarkan secara siaran langsung di saluran penyiaran RTM TV Okey dan Astro Arena (801).

Perincian Johor Darul Ta’zim Lwn Chelsea F.C.

Penyokong kedua-dua pasukan boleh menonton aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman RTMKlik, Astro Go atau Sooka serta di saluran penyiaran luar negara.

  • Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2026: JDT Vs Chelsea.
  • Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad).
  • Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
  • Sepak Mula: 8 malam.
  • Siaran Langsung TV Malaysia: RTM TV Okey Astro Arena 801.
  • Tontonan Secara Online: RTMklik, Astro Go, Sooka dan saluran penstriman luar negara – (Akan dikemaskini).

Keputusan JDT Vs Chelsea

Keputusan JDT Lwn Chelsea FC Friendly Match 2026
Tuan Rumah8:00PMPelawat
JDTChelsea FC
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."