Siaran Langsung JDT Vs Kuching FC Piala Sumbangsih 2026

Liga Malaysia (Liga-M) 2026-2027 bermula dengan perlawanan Sumbangsih 2026 atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah menjadi aksi pembuka tirai dinantikan oleh peminat bola sepak tempatan. Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC membawa satu matlamat iaitu perebutan kejuaraan di awal musim.

JDT Pilihan Juara Piala Sumbangsih 2026

Berdasarkan analisis awal, JDT dilihat memiliki kelebihan besar menjulang trofi kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali ke-11 selepas pencapaian cemerlang mereka musim lalu.

Pembentukan skuad terbaik dan persiapan rapi, Harimau Selatan tampil dengan keyakinan tinggi mengatasi cabaran daripada pasukan lawan. Melalui perlawanan pra musim di Sepanyol, pasukan kendalian Xisco Munoz dilihat sudah melakukan persiapan bagi memastikan mereka berada di tahap terbaik.

Menurut statistik dan analisis peluang, sekitar 70 peratus kemungkinan JDT memenangi aksi ini berbanding Kuching City FC hanya mendapat 30 peratus. Kelebihan di laman sendiri dan kekuatan skuad dimiliki menjadikan Johor Darul Ta’zim sebagai pilihan utama menambah koleksi trofi mereka kali ini.

piala sumbangsih trofi

Kuching City FC Mahu Cipta Kejutan Piala Sumbangsih 2026

Meskipun dilihat sebagai pasukan kurang unggul berbanding JDT, Kuching City FC tidak pernah melepaskan peluang mencipta kejutan. Pasukan ini harus tampil dengan corak permainan berani dan tidak bergantung kepada taktik defensif semata-mata seperti ‘parkir bas’.

Mereka perlu mempraktikkan corak permainan terbuka, menyerang dan mencipta peluang mengatasi kelebihan lawan.

Kuching FC harus berani mengubah strategi, mempercayai keupayaan pemain dan bermain penuh dengan disiplin. Berdasarkan rekod pertemuan, Kuching City FC pernah menyukarkan JDT meraih kemenangan, jadi peluang itu tetap terbuka sekiranya mereka mampu meningkatkan serta menampilkan mutu permainan terbaik.

Rekod Perlawanan JDT Dan Kuching FC

Dari segi rekod pertemuan, Johor Darul Ta’zim tidak pernah kalah kepada Kuching FC. Prestasi cemerlang ini menambah lagi keyakinan dan moral pasukan JDT bagi mempertahankan kejuaraan mereka.

Selain itu, JDT telah berjaya merangkul Piala Sumbangsih sebanyak sepuluh kali sejak pembabitan mereka dalam saingan Liga-Malaysia termasuk kejayaan berturut-turut.

live streaming jdt vs kuching city piala sumbangsih 2026

Live Streaming JDT Vs Kuching City FC Piala Sumbangsih 2026

Perlawanan Sumbangsih 2026 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah juga merupakan perlawanan pembuka tirai dalam musim Liga Malaysia membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim pada hari Jumaat, 21 Ogos 2026 bermula jam 9 malam turut disiarkan secara siaran langsung di Sukan RTM, TV Okey, Astro Arena 801, 803 serta secara live streaming di laman web penstriman rasmi Astro, Sooka.my, AstroGO dan RTMKlik.

Rumusan Perlawanan Sumbangsih 2026

  • Perlawanan Sumbangsih 2026/27: Johor Darul Ta’zim Vs Kuching City FC.
  • Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat).
  • Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
  • Sepak Mula: 9:00 Malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena 801, 803, AstroGo Sukan RTM, TV Okey.
  • Laman Web Penstriman Rasmi (Official): TV Okey, Sooka (Astro) & AstroGo.

Keputusan JDT Vs Kuching FC & Juara Piala Sumbangsih 2026

Kita nantikan bersama-sama perlawanan Sumbangsih 2026 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, kerana di sinilah akan terjawab siapa benar-benar layak membawa pulang kejuaraan pembuka tirai saingan Liga-Malaysia. Sama-sama kita saksikan, siapa menjulang trofi dan siapakah yang akan melakar sejarah baharu.

Dalam pada itu, ikuti keputusan perlawanan ini yang akan dikemaskini oleh kami bagi mengetahui pasukan manakah dinobatkan selaku Juara Piala Sumbangsih 2026/27.

Keputusan JDT Lwn Kuching City FC Piala Sumbangsih 2026
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT30Kuching FC
Penjaring GolPenjaring Gol
11′ Marcos Guilherme
55′ Óscar Arribas
86′ Shahab Zahedi

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."