Siaran Langsung Malaysia Vs Thailand AFF Hyundai Cup 2026

Aksi ketiga kumpulan B kempen AFF Hyundai Cup 2026 atau Piala ASEAN AFF sekali lagi menjadi tumpuan penyokong skuad Harimau Malaya apabila Malaysia berhadapan dengan pasukan Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 1 Ogos 2026 (Sabtu).

Cabaran Malaysia Vs Thailand Piala AFF 2026

Pertembungan ini menjadi medan penentuan skuad Harimau Malaya membuktikan kekuatan sebenar mereka di pentas Asia Tenggara terutama selepas mencatatkan dua kemenangan berharga ke atas Myanmar dan Laos dalam dua perlawanan sebelum ini.

Skuad Harimau Malaya perlu meningkatkan lagi prestasi mereka berbanding dua perlawanan awal. Thailand sebagai pencabar utama merupakan juara tujuh kali Piala AFF, berada di kelas tersendiri dan mempunyai barisan pemain yang berpengalaman serta berkualiti. Tambahan pula, bermain di laman sendiri menambah tekanan dan cabaran kepada Malaysia.

malaysia vs thailand piala aff 2026

Momentum Skuad Harimau Malaya

Seperti yang diketahui umum, kejayaan meraih dua kemenangan berturut-turut ini memberi kekuatan dan keyakinan kepada barisan pemain Malaysia. Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe nampaknya telah membina satu pasukan yang baik walaupun beliau sendiri akui bahawa perjalanan masih jauh dan perlawanan menentang Thailand merupakan ujian sebenar beliau.

Sekiranya skuad Harimau Malaya mampu meraih kemenangan pada perlawanan ini, ia akan menjadi pencapaian besar yang membuktikan keupayaan mereka bersaing dengan pasukan-pasukan utama di Asia Tenggara.

Lebih daripada itu, kemenangan ini akan meningkatkan moral dan semangat pasukan serta memberi peluang mengukuhkan kedudukan selain mencerahkan laluan peringkat separuh akhir.

Live Streaming Malaysia Vs Thailand 1 Ogos 2026

Perlawanan ketiga kumpulan B saingan Piala AFF AFF 2026 membabitkan Malaysia menentang Thailand berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada hari Sabtu, 1 Ogos 2026 bermula jam 9 malam waktu Malaysia tidak disiarkan secara siaran langsung di saluran penyiaran RTM mahupun Astro.

Perincian Malaysia Lwn Thailand

Walaupun demikian, penyokong skuad Harimau Malaya boleh menonton aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di saluran penyiaran luar negara.

  • Perlawanan 3 Kumpulan B AFF Hyundai Cup 2026: Malaysia Vs Thailand.
  • Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu).
  • Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok.
  • Sepak Mula: 9 malam (waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung TV Malaysia: tiada.
  • Tontonan Secara Online: Live streaming Malaysia Vs Thailand – saluran Youtube ASEAN United FC.

Keputusan Malaysia Vs Thailand

Keputusan Malaysia Lwn Thailand AFF Hyundai Cup 2026
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Thailand20Malaysia
Penjaring GolPenjaring Gol
38′(P) Yotsakorn
56′ Teerasak

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."