Aksi keempat Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026-2027 bagi kumpulan Zon Timur terus mendapat perhatian daripada penyokong skuad Harimau Selatan apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju pada 3 November 2026 (Selasa).
JDT Vs Jeonbuk Hyundai Motors FC ACL Elite 2026-27
Kepakaran Jeonbuk mengadaptasi corak permainan serta gaya serangan agresif adalah antara faktor yang boleh menguji ketahanan mental dan fizikal JDT. Oleh itu, setiap pemain JDT perlu mengekalkan momentum permainan dan beraksi secara matang meskipun berhadapan dengan situasi yang dianggap sukar.
Dari segi kedudukan kumpulan setelah mengharungi tiga perlawanan, JDT kini berada di tangga keempat dengan mengumpul tujuh mata manakala Jeonbuk pula berada di tangga ke-10 dengan empat mata.
Persaingan kumpulan ini amat sengit dan keputusan yang diambil di atas padang bakal menentukan hala tuju kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit musim ini.
Strategi JDT Hadapi Jeonbuk Hyundai Motors FC
Berdasarkan prestasi semasa, JDT sudah pasti dapat menyesuaikan strategi bagi menghadapi pelbagai situasi permainan. Jeonbuk Hyundai Motors FC mungkin mengambil pendekatan bertahan, tetapi jika JDT berjaya menjaringkan gol awal, momentum permainan mungkin akan berubah.
Di bawah kendalian jurulatih Xisco Munoz, Johor Darul Ta’zim harus tampil dengan pendekatan taktikal dan disiplin. Ia penting agar barisan pemain yang diturunkan dapat mengawal permainan dari awal hingga ke penghujung.
Oleh itu, JDT perlu elakkan kesilapan kecil seperti memberi peluang kepada Jeonbuk melakukan serangan balas atau kehilangan fokus di bahagian pertahanan boleh menjejaskan peluang melakar kemenangan di gelanggang lawan.

Live Streaming JDT Vs Jeonbuk Hyundai Motors FC 3 November 2026
Aksi perlawanan keempat Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) membabitkan JDT menentang Jeonbuk Hyundai Motors FC berlangsung di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan pada hari Selasa, 3 November 2026 bermula jam 6 petang waktu Malaysia turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena Bola 3 (803) bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Ringkasan Info Perlawanan JDT Lwn Jeonbuk Hyundai Motors FC
Penyokong skuad Harimau Selatan turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.
- Perlawanan 4 Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE): JDT Vs Jeonbuk Hyundai Motors FC
- Tarikh: 3 November 2026 (Selasa).
- Venue: Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan.
- Sepak Mula: 6:00 petang (waktu Malaysia).
- Siaran Langsung TV Malaysia: Astro Arena Bola 3 (803).
- Tontonan Secara Online: Sooka, AstroGO atau Saluran Penyiaran Korea Selatan.
Keputusan Johor Darul Ta’zim Vs Jeonbuk Hyundai Motors FC
| Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|
| Jeonbuk Hyundai | 2 | 0 | JDT | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| 22′ Bruno Mota 45+3′(P) Italo | ||||







