Semakan Keputusan Guru CoS 2026 Contract of Service myPDPP

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah membuka permohonan pengambilan sebanyak 20,000 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) bagi menyokong pelaksanaan dasar kerajaan yang memperkenalkan kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela bermula tahun 2027.

Guru Contract of Service

Pengambilan guru secara Contract of Service berobjektif memastikan setiap sekolah rendah di seluruh negara mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan berkualiti.

Meskipun pelaksanaan secara kontrak, ia memberi peluang kepada calon-calon yang berkelayakan menyertai sistem pendidikan negara secara langsung.

Taraf perjawatan mereka adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Contract of Service dengan menawarkan gaji permulaan sebanyak RM2,360 sebulan sekali gus memberikan insentif dan penghargaan yang sewajarnya terhadap peranan penting mereka.

KPM turut menegaskan komitmen memperkukuhkan sistem pendidikan bagi memastikan kekurangan tenaga pengajar tidak lagi menjadi halangan utama dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik serta pembangunan murid-murid di sekolah rendah.

tawaran guru cos

IPGM Modul myPDPP PERDANA

Permohonan dibuka melalui platform digital iaitu laman web rasmi IPGM Modul myPDPP PERDANA.

Selaras penggunaan teknologi moden, proses permohonan, ujian kelayakan, temu duga serta semakan keputusan tawaran dapat dilakukan dengan lebih efisien.

Pendekatan ini turut memudahkan calon yang memohon mengakses maklumat terkini dan mengikuti fasa saringan pengambilan.

Tarikh Penting Pengambilan Guru CoS 2026

Pengambilan ini telah menetapkan beberapa tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon:

Tarikh Penting Pengambilan Guru Contract of Service 2026
BilAktivitiTarikh
1Paparan iklan di portal rasmi KPM23 Februari 2026
2Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)02 – 20 Mac 2026
3Permohonan dalam talian ditutup20 Mac 2026 (Jam 11.59 malam)
4Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian30 Mac – 8 April 2026
5Semakan keputusan panggilan temu duga22 April 2026
6Pelaksanaan temu duga27 April – 22 Mei 2026
7Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS Sementara)30 Jun 2026
8Muat naik dokumen kesihatan30 Jun – 16 Julai 2026
9Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS)September 2026
9.Kemaskini maklumat calon berjaya dalam e-GraduanOktober 2026
10.Tawaran lantikan PPP DG9 COSNovember 2026
11.Tawaran mengikuti pengajian PDPP (KDC) di IPG KampusNovember 2026
10.Pendaftaran Guru DG9 COS ke sekolahJanuari 2027
11.Pendaftaran PDPP (KDC)-COS di IPG KampusJanuari 2027

Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, calon perlu membuat semakan berkala melalui laman sesawang rasmi https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26 bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai setiap peringkat aktiviti dan keputusan.

Keputusan Tawaran Guru Contract of Service 2026

Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan Guru Contract of Service 2026 dan telahpun melalui peringkat Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) serta Pelaksanaan temu duga boleh membuat semakan keputusan tawaran.

Berikut adalah ringkasan maklumat cara membuat semakan keputusan tawaran pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Guru Contract of Service (CoS):

  • Sila layari portal rasmi myPDPP di pautan: https://mypdpp.moe.gov.my/cos_26
  • Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang digunakan sewaktu mendaftar permohonan.
  • Setelah berjaya masuk ke dalam sistem, anda boleh menyemak keputusan tawaran.
  • Calon yang berjaya akan menerima maklumat lengkap berkaitan tindakan seterusnya yang perlu diambil.

Hebahan Maklumat Semasa

hebahan info semasa guru cos 2026

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."