Tarikh Gaji 2027 Jadual Bayaran Emolumen Penjawat Awam

Penjawat awam pasti mendapatkan jadual pembayaran gaji bulanan rasmi. Ia bukan sahaja menjadi panduan tetapi juga nota penting merancang kewangan peribadi dan pengurusan perbelanjaan isi rumah.

Pembayaran Gaji 2027 Kakitangan Awam

Sebagai penjawat awam atau kakitangan awam, anda mungkin sudah sedia maklum bahawa gaji bulanan adalah sumber pendapatan utama.

Oleh itu, adalah penting mengetahui tarikh pembayaran agar anda dapat merancang kewangan dengan lebih baik. Berpandukan jadual ini, anda boleh merancang perbelanjaan, membuat simpanan dan juga merancang untuk perayaan atau keperluan lain yang kemungkinan timbul.

tarikh gaji kerajaan 2027

Tarikh Penting Emolumen Bulanan 2027

Berdasarkan maklumat daripada JANM, Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji bulanan atau emolumen sektor awam bagi tahun 2027 sebagai rujukan serta semakan penjawat awam setiap Kementerian / Jabatan Persekutuan seluruh negeri di Malaysia.

Tarikh Gaji setiap bulan yang dinyatakan di bawah adalah sepertimana ditetapkan, berdasarkan arahan perbendaharaan.

Kebanyakan tarikh pembayaran gaji adalah pada hujung bulan kecuali bagi sesetengah bulan di mana musim perayaaan pada bulan tersebut, tarikh akan diawalkan berhampiran perayaan berkenaan.

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Penjawat Awam 2027
BulanTarikhHariCatatan
Januari25.01.2027Isnin
Februari25.02.2027KhamisTahun Baharu Cina
6 & 7 Februari 2027
(Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2027KhamisHari Raya Puasa
10 & 11 Mac 2027
(Rabu & Khamis)
April22.04.2027Khamis
Mei12.05.2027RabuHari Raya Haji
17 & 18 Mei 2027
(Isnin & Selasa)
Jun17.06.2027Khamis
Julai21.07.2027Rabu
Ogos25.08.2027Rabu
September23.09.2027Khamis
Oktober21.10.2027KhamisHari Deepavali
28 Oktober 2027
(Khamis)
November25.11.2027Khamis
Disember20.12.2027IsninHari Krismas
25 Disember 2027
(Sabtu)

Jadual bagi tahun 2027 disertakan ini adalah rasmi berdasarkan rujukan kami terhadap surat pekeliling tarikh dan peraturan pembayaran gaji terkini sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Sumber Rujukan: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM): Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2027

Nota Pembayaran Emolumen Bulanan

  • Gaji kakitangan awam kerajaan dibayar sebulan sekali.
  • Tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sekiranya terdapat perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera.
  • Paparan jadual pembayaran di atas adalah merangkumi satu tarikh gaji penjawat awam semua Kementerian/Jabatan Persekutuan untuk seluruh negeri.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."