Tarikh Pembentangan Bajet Malaysia 2026 Pada 10 Oktober 2025

Tarikh Pembentangan Bajet Malaysia 2026 Pada 10 Oktober 2025. Budget atau belanjawan Malaysia bagi tahun 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen.

Bajet 2026 adalah belanjawan sulung di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). RMK13 memberi gambaran tentang pendekatan jangka panjang kerajaan dalam membangunkan ekonomi berdaya tahan sambil memastikan manfaat ekonomi dinikmati seluruh rakyat. Belanjawan 2026 dijangka menjadi satu belanjawan seimbang antara pelaburan dalam infrastruktur, pemerkasaan modal insan dan langkah-langkah inisiatif pembaharuan fiskal yang berhemah.

Belanjawan Malaysia 2026 dilihat sebagai peluang untuk meletakkan asas bagi pemulihan ekonomi domestik yang berterusan terutamanya melalui sokongan pendapatan isi rumah dan peningkatan produktiviti perkhidmatan awam.

Bajet 2026: Kesejahteraan Rakyat Fokus Utama

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana tetap menjadi fokus utama dalam pembentangan yang dijangka membawa pelbagai inisiatif penyelaras dengan keperluan semasa. Diharapkan peruntukan program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dinaikkan bagi memastikan keluarga berpendapatan rendah dapat mengharungi tekanan kos sara hidup semakin meningkat.

Penambahbaikan sasaran bantuan tunai juga dijangka akan meliputi penambahbaikan mekanisme kelulusannya agar manfaat dapat disalurkan dengan lebih tepat kepada penerima yang layak.

ekonomi madani

Belanjawan 2026 Memacu Ekonomi MADANI

Belanjawan 2026 turut meneruskan tiga tonggak Ekonomi MADANI (Memperkasa Rakyat) yang telah ditetapkan sejak permulaan inisiatif ini.

  1. Pertama
    Menaikkan siling pertumbuhan negara. Dalam suasana pasaran global berpotensi melonjak atau merudum secara mendadak, belanjawan ini akan menitikberatkan inisiatif menyokong inovasi, produktiviti dan daya saing pelbagai sektor utama negara seperti teknologi, pembuatan berteknologi tinggi serta eksport berintensif nilai tambah.
  2. Kedua
    Meningkatkan lantai taraf hidup rakyat. Ini bermakna langkah-langkah pendanaan dan program perlindungan sosial lebih inklusif dengan fokus kepada golongan berpendapatan rendah, pekerja sektor informal dan golongan muda yang sedang meniti fasa awal kerjaya.
  3. Ketiga
    Memacu pembaharuan, terutamanya tatakelola baik. Tatakelola yang kukuh bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pelabur tetapi juga mempercepat pelaksanaan projek kerajaan, memperbaiki ketelusan perolehan awam dan mengurangkan pembaziran.

Cadangan Dan Harapan Rakyat Belanjawan Malaysia 2026

Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya pada aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta keperluan perkhidmatan kesihatan dan perubatan dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2026.

Pengawalan Harga Barangan

Rakyat mengharapkan kerajaan mempunyai rangka kerja kukuh untuk menghalang kenaikan mendadak terhadap barang keperluan asas. Ini tidak bermakna menghapuskan mekanisme pasaran sepenuhnya tetapi memberi kawalan selari dengan keadaan ekonomi semasa. Pelaksanaan langkah-langkah seperti pemantauan harga secara berkala, penyelarasan subsidi bersasar dan penggunaan instrumen fiskal tepat boleh menjadi penstabil bagi pasaran.

Menangani Kos Sara Hidup Secara Menyeluruh

Kos sara hidup tidak terhad kepada harga barang tetapi merangkumi kos tempat tinggal, perkhidmatan awam, pengangkutan, perubatan dan pemakanan. Rakyat menuntut pendekatan holistik, bukan hanya mengurangkan harga barang tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta kadar gaji selari dengan inflasi.

Keadilan Sosio-Ekonomi Semua Lapisan

Golongan M40 sebagai kelas pendapatan sederhana juga merasakan beban kos sara hidup semakin berat. Kenaikan kos perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan memberi impak nyata terhadap kemampuan mereka untuk menabung dan melabur.

Langkah Diharapkan Daripada Kerajaan

  • Memperkenalkan mekanisme harga kawalan atau penstabilan harga untuk barang keperluan asas ketika inflasi melanda dengan mekanisme pelaporan dan semakan berkala.
  • Melaksanakan kajian semula mekanisme subsidi bagi memastikan pembiayaan disalurkan kepada golongan benar-benar memerlukan tanpa menambah beban fiskal negara.
  • Meningkatkan perkhidmatan awam, terutamanya dalam bidang perubatan, pendidikan dan pengangkutan bagi mengurangkan kos tambahan yang perlu ditanggung rakyat.
  • Menguatkan rangka kerja hak pekerja, memantau indeks gaji minima secara berkala untuk memastikan ia seiring dengan kadar inflasi.
  • Menggalakkan koperasi, sektor SMEs dan inisiatif komuniti untuk memperkasa peluang pendapatan, keusahawanan dan pilihan pekerjaan lebih luas.

bajet 2026 malaysia

Tarikh Pembentangan Belanjawan Malaysia 2026

Bajet 2026 “BELANJAWAN RAKYAT” adalah cukup penting buat rakyat, pelaksanaannya perlu berlaku da­lam keadaan yang cekap dan berkesan agar setiap rakyat dapat merasainya.

  • Tarikh Dan Masa: 10 Oktober 2025, (Jumaat) bermula jam 4 petang.
  • Tempat: Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
  • Siaran Langsung: Live Streaming Bajet 2026.
  • Bersiaran Secara Langsung Di Semua Stesen Penyiaran Awam Dan Derbayar Di Malaysia.

Kongsi Artikel