Siaran Langsung Malaysia Vs Vietnam FIFA ASEAN Cup 2026

Aksi penentuan tempat ketiga Divisyen 1 kempen Piala ASEAN FIFA 2026 atau 2026 FIFA ASEAN Cup menjadi tumpuan utama penyokong skuad Harimau Malaya apabila Malaysia menentang pasukan Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 Oktober 2026 (Isnin).

Rekod Pertemuan Malaysia Vs Vietnam

Sejarah mencatatkan bahawa kali terakhir skuad negara meraih kemenangan ke atas Vietnam adalah pada aksi Piala AFF 2014. Sejak itu, rekod menunjukkan sepuluh kekalahan dan hanya satu seri dalam sebelas pertemuan termasuk lima perlawanan di Hanoi.

Walaupun usaha Malaysia bagi mendapatkan kemenangan penuh dengan cabaran, semangat dan tekad skuad Harimau Malaya tidak pernah luntur apabila misi utama tidak hanya fokus kepada kemenangan tetapi mahu menamatkan kemarau panjang yang sudah berlangsung selama 12 tahun. Rekod pertemuan ini memberi gambaran betapa sukarnya menewaskan Vietnam.

malaysia vs vietnam 2026 fifa asean cup

Cabaran Malaysia Vs Vietnam Piala ASEAN FIFA 2026

Perlawanan ini dilihat sebagai medan terbaik buat skuad Harimau Malaya membuktikan kemampuan. Ia juga dilihat peluang menebus kekalahan dan menulis sejarah baharu.

Kelebihan semasa dimiliki oleh pasukan Vietnam menjadikan mereka pasukan sukar ditewaskan dan Malaysia perlu mengatasi cabaran ini dengan memanfaatkan aspek kepantasan dan strategi corak permainan terbaik.

Kepantasan pemain Malaysia boleh menjadi senjata utama menyaingi tempo permainan Vietnam yang cenderung mengutamakan kekuatan fizikal dan serangan balas pantas.

Live Streaming Malaysia Vs Vietnam 5 Oktober 2026

Perlawanan penentuan tempat ke-3 Divisyen 1 saingan Piala ASEAN FIFA 2026 membabitkan Malaysia menentang Vietnam berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia pada hari Isnin, 1 Oktober 2026 bermula jam 5 petang waktu Malaysia turut disiarkan secara siaran langsung di saluran RTM Sukan+ bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

live rtm malaysia vs vietnam fifa asean cup 2026

Perincian Malaysia Lwn Vietnam

Penyokong skuad Harimau Malaya turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.

  • Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 Divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026: Malaysia Vs Vietnam.
  • Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin).
  • Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
  • Sepak Mula: 5 petang (waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung TV Malaysia: RTM.
  • Tontonan Secara Online: RTMKlik Sukan+ atau Saluran Penyiaran Indonesia.

Keputusan Malaysia Vs Vietnam

Keputusan Malaysia Lwn Vietnam 2026 FIFA ASEAN Cup
Pasukan5:00PMPasukan
MalaysiaVietnam
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel

Sarah Hakim

Sarah Hakim

Penulis kedua laman web mysumber berpengalaman lebih 4 tahun ditugaskan mengemas kini artikel berdasarkan maklumat sahih, relevan dan terkini supaya pembaca terus mendapat info yang tepat.

"Hobi termasuk menulis, edit ayat yang sama 20 kali dan akhirnya guna ayat pertama."