Pengundian pasukan Piala FA Malaysia 2026-2027 telahpun diadakan sambil memperlihat gambaran awal tentang percaturan menarik bakal berlaku pada edisi ke-36 apabila menyaksikan setiap 16 pasukan sudahpun mencongak rapi strategi mereka.
Senarai Pasukan Piala FA Malaysia 2026-2027
Sebanyak 16 pasukan secara keseluruhannya dengan membabitkan 8 pasukan dari Liga Super 2025-2026 telah mengesahkan tempat mereka secara automatik berdasarkan kedudukan liga akhir musim lepas.
Pasukan tersebut adalah JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC dan Penang FC sebagai pasukan pilihan.
Empat pasukan lagi dari Liga A1 Semi Pro iaitu Kedah FA, Perak FA, UM Damansara United dan Kelantan City FC turut layak bersaing pada kejohanan ini.
Manakala, tiga pasukan terbawah Liga Super musim lalu iaitu Sabah FC, DPMM FC, Melaka FC diikuti satu pasukan terbaharu musim ini, Kelantan Red Warrior FC melengkapkan jumlah keseluruhan 16 pasukan pada saingan Piala FA musim 2026/27.

Format Piala FA 2026-27 Perlawanan Timbal Balik
Saingan Piala FA Malaysia edisi ke-36 menyaksikan Pusingan 16 akan dimainkan secara timbal balik. Format ini akan memberi ruang kepada setiap pasukan mengatur strategi masing-masing apabila kedua-dua pasukan akan bertemu di tempat masing-masing.
Peraturan aksi timbal balik turut dilaksanakan pada peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir kecuali perlawanan akhir (Final).
Sorotan Awal 16 Pasukan Piala FA 2026-2027
Antara aksi perlawanan awal bakal mendapat perhatian adalah pertembungan antara Kedah FA menerima kunjungan Star City FC. Kedua-dua pasukan ini menunjukkan persiapan rapi bagi menghadapi cabaran. Begitu juga, pertembungan Perak FA dan KL City FC turut mencuri tumpuan.
Manakala juara bertahan JDT akan berdepan dengan UM-Damansara United. Sementara itu, perlawanan lain membabitkan Sabah FC menentang Selangor FC dijangka turut mendapat tumpuan daripada penyokong masing-masing.
Selain itu, pertembungan antara Melaka FC menentang Penang FC turut menarik perhatian, begitu juga aksi antara Terengganu FC menentang DPMM FC. Kelantan The Real Warriors FC pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melangkah ke suku akhir apabila diundi menentang Kuching City FC.

Sejarah Pasukan Juara Piala FA
Sepanjang kejohanan Piala FA berlangsung pada setiap edisi, ia menunjukkan dominasi beberapa pasukan utama iaitu Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC kekal sebagai juara terbanyak dengan lima kali kemenangan. JDT, selaku juara bertahan telah merangkul gelaran sebanyak lima kali dalam kejohanan ini.
Selain itu, pasukan seperti Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur City FC tiga kali. Perak FC, Kelantan FC, Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC pernah menjulang piala ini sebanyak dua kali. Manakala, Sabah FC, Sarawak FC, Penang FC, Johor dan LionsXII masing-masing pernah muncul juara sekali.

Tarikh Penting Dan Jadual Piala FA Malaysia 2026-2027
Perlawanan pusingan 16 akan bermula pada 1 September 2026 dengan aksi-aksi menarik dijadualkan berlangsung sehingga November 2026. Final Piala FA dijangka berlangsung pada Januari 2027 sekali gus menutup tirai edisi ke-36.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting saingan Piala FA Malaysia bagi musim 2026/27 yang masih tertakluk kepada pindaan semasa.
| Format | Peringkat | Perlawanan 1 | Perlawanan 2 |
|---|---|---|---|
| Kalah Mati | Pusingan 16 | 1 & 2 September 2026 | 8 & 9 September 2026 |
| Suku Akhir | 19 & 20 September 2026 | 10 – 11 Oktober 2026 | |
| Separuh Akhir | 24 – 23 Oktober 2026 | 7 – 8 November 2026 | |
| Final | 16 Januari 2027 | ||

Jadual & Keputusan Piala FA 2026-27 Suku Akhir
| Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 19 & 20 September: Sabtu/Ahad | |||||
| TBD | Kelantan CT | Kuching FC | |||
| TBD | Penang FC | JDT | |||
| TBD | Star City FC | Selangor FC | |||
| TBD | KL City FC | ||||

Jadual & Keputusan Piala FA 2026-27 Pusingan 16
| Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 8 September: Selasa | |||||
| 4:45PM | N.Sembilan | 3 | 2 | Kelantan CT | |
| Kelantan City FC mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 4-3 | |||||
| 8:15PM | Kuching FC | 5 | 1 | Kelantan RW | |
| Kuching City FC mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 5-1 | |||||
| 8:30PM | JDT | 10 | 0 | UMD | |
| JDT mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 14-1 | |||||
| 9:00PM | Star City FC | 2 | 0 | Kedah FA | |
| Star City FC mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 4-2 | |||||
| 9 September: Rabu | |||||
| 4:30PM | Penang FC | 2 | 1 | Melaka FC | |
| Penang FC mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 3-1 | |||||
| 8:15PM | KL City FC | 0 | 0 | Perak FA | |
| KL City FC mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 1-0 | |||||
| 9:00PM | Selangor FC | 2 | 1 | Sabah FC | |
| Selangor FC mara ke suku akhir dengan kemenangan aggregate 4-3 | |||||
| 8:15PM | DPMM FC | 2 | 3 | Terengganu | |
| Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 1 September: Selasa | |||||
| 5:00PM | UMD | 1 | 4 | JDT | |
| 5:00PM | Perak FA | 0 | 1 | KL City FC | |
| 9:00PM | Kelantan RW | 0 | 0 | Kuching FC | |
| 2 September: Rabu | |||||
| 7:30PM | Sabah FC | 2 | 2 | Selangor FC | |
| 8:00PM | Melaka FC | 0 | 1 | Penang FC | |
| 9:00PM | Kelantan CT | 2 | 0 | N.Sembilan | |
| 9:00PM | Kedah FA | 2 | 2 | Star City FC | |
| 16 September: Rabu | |||||
| 9:00PM | Terengganu | DPMM FC | |||



