Siaran Langsung Malaysia Vs Vietnam AFF Hyundai Cup 2026

Aksi peringkat separuh akhir kedua kempen AFF Hyundai Cup 2026 atau Piala ASEAN AFF menjadi tumpuan utama penyokong skuad Harimau Malaya apabila Malaysia menentang pasukan Vietnam di Mỹ Đình National Stadium, Hanoi pada 19 Ogos 2026 (Rabu).

Malaysia Vs Vietnam Rekod Pertemuan

Sejarah mencatatkan bahawa kali terakhir skuad negara meraih kemenangan ke atas Vietnam adalah pada aksi Piala AFF 2014. Sejak itu, rekod menunjukkan sembilan kekalahan dan hanya satu seri dalam sepuluh pertemuan termasuk lima perlawanan di Hanoi.

Walaupun usaha Malaysia bagi mendapatkan kemenangan penuh dengan cabaran, semangat dan tekad skuad Harimau Malaya tidak pernah luntur apabila misi utama tidak hanya fokus kepada kemenangan tetapi mahu menamatkan kemarau panjang yang sudah berlangsung selama 12 tahun.

Rekod pertemuan memberi gambaran betapa sukarnya menewaskan Vietnam. Lebih menyedihkan apabila kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jun tahun lalu dibatalkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas isu melibatkan tujuh pemain sekali gus menyaksikan kemenangan 3-0 secara percuma diberikan kepada Vietnam.

Cabaran Malaysia Vs Vietnam Piala AFF 2026

Perlawanan ini dilihat sebagai medan terbaik buat skuad Harimau Malaya membuktikan kemampuan meskipun beraksi di hadapan penyokong lawan. Ia juga dilihat peluang menebus kekalahan dan menulis sejarah baharu selain mengatasi kelebihan aggregate semasa yang dimiliki oleh Vietnam

Kelebihan semasa dimiliki oleh pasukan Vietnam menjadikan mereka pasukan sukar ditewaskan dan Malaysia perlu mengatasi cabaran ini dengan memanfaatkan aspek kepantasan dan strategi corak permainan terbaik.

Kepantasan pemain Malaysia boleh menjadi senjata utama menyaingi tempo permainan Vietnam yang cenderung mengutamakan kekuatan fizikal dan serangan balas pantas.

Live Streaming Malaysia Vs Vietnam 19 Ogos 2026

Perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala ASEAN 2026 membabitkan Malaysia menentang Vietnam berlangsung di Mỹ Đình National Stadium, Hanoi pada hari Rabu, 19 Ogos 2026 bermula jam 9 malam tidak disiarkan secara siaran langsung di saluran penyiaran RTM mahupun Astro.

Perincian Malaysia Lwn Vietnam

Walaupun demikian, penyokong skuad Harimau Malaya boleh menonton aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di saluran penyiaran luar negara.

Keputusan Malaysia Vs Vietnam

Keputusan Malaysia Lwn Vietnam AFF Hyundai Cup 2026
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Vietnam20Malaysia
Penjaring GolPenjaring Gol
62′,89′ Xuan Son
Aggregate
Vietnam40Malaysia

Kongsi Artikel

Sarah Hakim

Sarah Hakim

Penulis kedua laman web mysumber berpengalaman lebih 4 tahun ditugaskan mengemas kini artikel berdasarkan maklumat sahih, relevan dan terkini supaya pembaca terus mendapat info yang tepat.

"Hobi termasuk menulis, edit ayat yang sama 20 kali dan akhirnya guna ayat pertama."