Permohonan IPG 2026 Calon Guru PISMP SPM, STPM Setaraf

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal mengumumkan permohonan bagi calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Program Matrikulasi yang berkelayakan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pengambilan tahun 2026.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Program ini dikhususkan melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG ditetapkan oleh KPM.

Pemohon lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Kriteria Kelayakan PISMP

Terdapat syarat dan kriteria kelayakan asas perlu dipenuhi untuk memohon. Calon dikehendaki memenuhi kelayakan akademik tertentu serta keperluan lain sepertimana ditetapkan oleh KPM.

Ini termasuk kelulusan SPM, STPM, STAM dan program Matrikulasi dengan keputusan memuaskan dalam mata pelajaran tertentu serta keupayaan menunjukkan minat dan komitmen terhadap profesion perguruan.

KPM menekankan bahawa calon-calon mempunyai dedikasi dan kesungguhan mengajar adalah sangat digalakkan memohon. Proses pemilihan akan mengambil kira bukan sahaja kelayakan akademik tetapi juga sikap dan motivasi calon dalam bidang pendidikan.

Permohonan PISMP IPG 2026 Calon Guru Lulusan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2026 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal rasmi PISMP.

Pemohonan PISMP 2026 Terbuka Kepada

Calon Permohonan PISMP 2026
Butiran
Lepasan SPM tahun 2025, 2024 dan 2023;
Lepasan STPM tahun 2025 dan 2024;
Lepasan STAM tahun 2025 dan 2024;
Lepasan Program Matrikulasi sesi 2025-2026 dan sesi 2024-2025.
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional Sesi 2024-2023

Sila Rujuk: FAQ  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Tahun 2026

Syarat Kelayakan Asas PISMP

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2026 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2006. Sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 2006 anda tidak layak memohon.
    (Anda akan ketahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online).
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:
  1. Bahasa Melayu
  2. Sejarah
  3. Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Sila Rujuk: Maklumat Lanjut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (akan dikemaskini sebaik sahaja permohonan dibuka)

Tarikh Permohonan PISMP 2026

Bagi membantu calon dalam proses permohonan, KPM telah menyediakan kalendar aktiviti yang lengkap dengan tarikh-tarikh penting berkaitan. Ini termasuk tarikh pembukaan dan penutupan permohonan serta sesi temuduga dan pengumuman keputusan.

Tarikh permohonan PISMP 2026
PerkaraButiran
Dibuka12 Mac 2026
Ditutup2 April 2026

permohonan pismp 2026

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Cara Mohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

  1. Pemohon hanya boleh membuat permohonan secara online dengan melayari pautan seperti disediakan di atas.
  2. Permohonan akan ditapis mengikut syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Mereka yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman portal PISMP bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),  ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  5. Permohonan mestilah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan tersebut ditolak.

Info Berkaitan PISMP

  • Maktab-maktab perguruan telah dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • IPG dikawal selia secara langsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Perubahan daripada maktab perguruan kepada IPG bukanlah dari segi nama sahaja tetapi pengisiannya bagi melahirkan guru cemerlang dan seterusnya pelajar cemerlang.
  • Calon guru mesti mempunyai personaliti dan keyakinan diri yang baik serta ada rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat.

Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru sepertimana ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon mestilah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Kalendar Aktiviti PISMP 2026

Berikut adalah kalendar aktiviti dan tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2026:

Tarikh Penting: Kalendar Aktiviti Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
BilAktivitiTarikh
1.Permohonan Dalam Talian12 Mac – 2 April 2026
2.Kemaskini Bidang Permohonan PISMP31 Mac – 2 April 2026
3.Semakan Tarikh Calon Layak e-UKCG9 April 2026
4.Pelaksanaan Ujian kelayakan Calon Guru (e-UKCG) Secara Online15 – 17 April 2026
5.Semakan Keputusan e-UKCG, Calon Layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) Dan Temu Duga26 April 2026
6.Pelaksanaan UKF Dan Temu Duga3 – 8 Mei 2026
7.Semakan Keputusan Calon Jaya (Lepasan SPM)5 Jun 2026
8.Semakan Keputusan Calon Jaya (Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi & Diploma Kolej Vokasional)27 Julai 2026
9.Pendaftaran Pelajar Baharu Ke IPG10 Ogos 2026

Tarikh penting dan aktiviti dinyatakan seperti yang tertera diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."