Tarikh & Semakan Keputusan SPM 2025-2026 Online, SMS

Calon-calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2025, anda boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan (result) masing-masing pada satu tarikh yang akan diumum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2025

Keputusan SPM 2025 dijangka dikeluarkan pada bulan Mac atau April 2026. Walaupun tarikh khusus belum diumumkan, maklumat sebelum ini menunjukkan bahawa KPM biasanya memilih satu tarikh dalam bulan tersebut mengeluarkan keputusan peperiksaan ini.

Oleh itu, calon disarankan sentiasa mengikuti pengumuman rasmi dari KPM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh penting tersebut. Sebagai makluman, kami akan mengemaskini tarikh berkenaan seperti berikut:

Keputusan SPM 2025 Dikeluarkan – Rasmi
PerkaraButiran
Tarikh31 Mac 2026
HariSelasa
Masa10 pagi

Kenyataan Media Rasmi Keputusan SPM 2025 Diumumkan

kenyataan media keputusan spm 2026

Rekod Tarikh Keputusan SPM Diumumkan

Berikut adalah tarikh-tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pada 5 tahun terakhir:

Senarai Tarikh Keputusan SPM Diumumkan
ButiranTarikh
SPM 202424 April 2025
SPM 202327 Mei 2024
SPM 20228 Jun 2023
SPM 202116 Jun 2022
SPM 202010 Jun 2021

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia adalah peperiksaan utama ditadbir secara berpusat dan diambil oleh pelajar di akhir pendidikan menengah. Keputusan SPM adalah kriteria penting bagi menentukan kelayakan pelajar melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) melalui Permohonan UPU ataupun Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Mulai tahun 2013, calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai syarat dianugerahkan sijil SPM.

Cara Semakan Keputusan SPM 2025

Bagi memudahkan calon membuat semakan keputusan SPM, terdapat dua cara utama boleh digunakan iaitu secara online dan melalui SMS. Berikut adalah maklumat lengkap mengenai kedua-dua kaedah tersebut:

cara semakan result spm

Semakan Secara Online

Calon boleh menyemak keputusan SPM 2025 secara online melalui laman web rasmi KPM. Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan:

  • Layari laman web rasmi sistem semakan Keputusan SPM, KPM di pautan: https://myresultspm.moe.gov.my
  • Nota: Sistem semakan keputusan SPM 2025 secara online akan diaktifkan bermula pada 31 Mac 2026 jam 10 pagi dan akan ditamatkan pada 6 April 2026 jam 6 petang. Sebaik sahaja ia ditamatkan laman web sistem semakan tersebut tidak lagi dapat diakses. Harap ambil maklum.

Semakan Melalui SMS

Keputusan SPM 2025 boleh juga di semak melalui SMS. Berikut adalah format penghantaran SMS:

  • Taip: SPM (jarak) No.KP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPM 080527031234 WY001A040 sms hantar ke 15888
  • Nota: Semakan keputusan SPM 2025 melalui mySMS 15888 akan diaktifkan bermula pada 31 Mac 2026 jam 10 pagi dan ditamatkan pada 6 April 2026 jam 6 petang. Harap maklum.

Semakan Melalui Sekolah

  • Calon-calon boleh hadir ke sekolah dan keputusan akan dikeluarkan bermula jam 10 pagi.

Takrifan Gred Keputusan Peperiksaan SPM

result spm gred

Halatuju Selepas SPM

Ada calon terus bekerja selepas SPM. Ini kerana keputusan kurang memberangsangkan ataupun keperluan mendesak untuk bekerja. Apapun pilihan dibuat, setiap orang ada kisah perjalanan mereka masing-masing.

Terdapat beberapa pilihan boleh dibuat oleh pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran. Berikut adalah infografik halatuju pendidikan selepas SPM.

pendidikan selepas spm

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."