Tarikh & Semakan Keputusan PSPM 2025 Matrikulasi Terkini

Tarikh & Semakan Keputusan PSPM 2025 Matrikulasi Terkini. Check result peperiksaan semester program Matrikulasi (PSPM) Semester II & III sesi 2024/2025 online.

Dalam usaha memastikan para pelajar Program Matrikulasi sentiasa mendapat maklumat terkini berkenaan keputusan peperiksaan mereka, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan maklumat penting berkaitan semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Semester II dan III Sesi 2024/2025.

KPM menegaskan bahawa penggunaan teknologi digital bagi pengurusan maklumat peperiksaan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan Dasar Pendidikan Digital dan meningkatkan kecekapan pengurusan data pelajar. Ia juga memudahkan calon-calon untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, tepat dan selamat.

keputusan pspm 2024 2025

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi

Keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester II dan III Sesi 2024/2025 yang akan diperoleh itu mencerminkan usaha, pencapaian akademik dan komitmen pelajar sepanjang sesi peperiksaan berlangsung. Oleh itu, KPM menyediakan beberapa kaedah yang mudah dan efisien untuk calon menyemak keputusan mereka demi memastikan maklumat sampai kepada semua secara tepat dan cepat.

Pastikan anda bersedia dengan nombor matrik dan maklumat peribadi yang diperlukan untuk menyemak keputusan. Selain itu, manfaatkan peluang semakan semula jika anda merasakan keputusan yang diperoleh tersebut tidak memuaskan.

Tarikh Semakan Keputusan PSPM

  • Tarikh: 1 Julai 2025
  • Hari: Selasa
  • Masa: Bermula jam 10 pagi

Kaedah Semakan Keputusan PSPM

Calon-calon PSPM boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui pelbagai kaedah yang disediakan oleh pihak KPM, antaranya;

  1. Melalui Laman Web Rasmi Matrikulasi KPM
    Calon boleh melayari laman rasmi Bahagian Matrikulasi KPM di pautan: https://matrikulasi.moe.gov.my. Setelah masuk ke laman tersebut, ikuti langkah berikut:
    i) Pilih Menu ‘Semakan‘.
    ii) Masukkan nombor matrik yang tertera di kad pelajar dan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan pelajar.
    iii) Calon juga boleh memuat turun slip keputusan peperiksaan mereka secara digital untuk rujukan yang lebih mudah dan cepat.
  2. Hubungi Kolej dan Bahagian Matrikulasi KPM
    Selain dari semakan secara dalam talian (online), calon-calon juga boleh mendapatkan keputusan secara langsung melalui:
    i) Kolej masing-masing.
    ii) Menghubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020 untuk maklumat lanjut dan bantuan.

Permohonan Semakan Semula Keputusan PSPM

KPM turut menyediakan peluang kepada calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan mereka. Ini adalah satu proses yang memberi peluang kedua bagi pelajar yang merasakan keputusan diperoleh itu tidak memuaskan. Berikut adalah maklumat penting berkenaan permohonan semakan semula;

Kongsi Artikel