Calon-calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2025, anda boleh membuat semakan dan mendapatkan keputusan masing-masing pada satu tarikh yang akan diumum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sijil Tinggi Agama Malaysia
STAM adalah peperiksaan awam dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan khusus kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama. Ia bertujuan menyediakan pelajar pengajian Islam, syariah dan bahasa Arab.
Melalui sijil ini, pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat universiti baik di dalam mahupun luar negara terutama di institusi berkepakaran pengajian Islam seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Jordan dan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di Malaysia.
Ciri-Ciri Utama STAM
- Tujuan
Objektif utama STAM adalah menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran diperlukan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti sama ada di Malaysia atau di luar negara seperti Mesir dan Jordan. - Piawaian
STAM diiktiraf setaraf dengan STPM sekali gus membolehkan pemegangnya memohon ke universiti tempatan dan luar negara yang menerima kelayakan ini sebagai syarat kemasukan. - Kurikulum
Kurikulum STAM berasaskan kepada kurikulum Maahad al-Bu’uth al-Islamiah al-Azhar dengan penekanan terhadap Bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi dan ilmu. Selain itu, ia merangkumi aspek agama seperti fiqh, tauhid, hadis, tafsir dan sejarah Islam. - Peluang Pekerjaan
Pemegang sijil STAM berpeluang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam, setaraf dengan diploma khususnya dalam bidang agama, pendidikan dan pengurusan hal ehwal Islam.
Kenyataan Media Keputusan STAM 2025

Tarikh Pengumuman Keputusan STAM 2025
Berdasarkan rujukan kami terhadap tarikh pengumuman keputusan STAM bagi tahun sebelumnya, KPM dijangka akan memilih satu tarikh tertentu pada bulan Februari mengeluarkan keputusan peperiksaan ini. Oleh itu, calon-calon digalakkan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi KPM atau saluran media sosial mereka.
Dikemaskini Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan STAM 2025
- Tarikh: 5 Februari 2026
- Hari: Khamis
- Masa: 10 pagi
Cara Semakan Keputusan STAM 2025
Calon-calon boleh hadir ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan. Namun, calon boleh membuat semakan keputusan STAM dengan cara berikut:
- Semakan Secara Online
Calon boleh melayari laman web sistem semakan dalam talian KPM bagi mendapatkan keputusan. - Semakan Melalui SMS
KPM juga menyediakan kemudahan semakan melalui mySMS 15888.
Semakan Keputusan STAM Secara Online
Sistem semakan bagi keputusan STAM 2025 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi dan boleh disemak di pautan berikut:
- Pautan: https://myresultstam.moe.gov.my
- Nota: Sistem semakan keputusan STAM 2025 akan diaktifkan bermula pada 5 Februari 2026 dan akan ditamatkan pada 11 Februari 2026 jam 6 petang. Sebaik sahaja ia ditamatkan laman web sistem semakan tersebut tidak lagi dapat diakses. Harap ambil maklum.
Semakan Keputusan STAM Secara SMS
- Taip: STAM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
- Contoh: STAM 0010237898 MQ027S025 hantar ke 15888
- Nota: Semakan keputusan STAM 2025 melalui mySMS 15888 akan diaktifkan bermula pada 5 Februari 2026 dan ditamatkan pada 11 Februari 2026 jam 6 petang. Harap maklum.
Keputusan STAM Secara Fizikal-Manual
- Calon Sekolah: Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
- Calon Persendirian: Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar peperiksaan STAM.


