Niat Puasa Ramadhan 2026 Rumi: Lafaz Sebulan-Harian (JAKIM)

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadan penuh keberkatan ini. Bulan dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam merupakan bulan penuh rahmat, maghfirah dan mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan. Oleh itu, bagi menunaikan ibadah puasa sah adalah penting untuk melafazkan niat puasa dengan betul.

Niat Puasa Ramadan

Niat adalah asas utama ketika menjalani ibadah terutamanya berpuasa di bulan Ramadhan. Tanpa niat, ibadah tersebut dianggap tidak sah selain niat juga sebagai tanda bahawa kita berpuasa kerana Allah semata-mata bukan kerana apa-apa tujuan lain seperti ingin menunjukkan kehebatan atau mendapat pujian.

Pengertian Dan Dalil Kewajipan Puasa Di Bulan Ramadhan

Puasa dari segi istilah adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan telah dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Rujukan: Surah Al-Baqarah, ayat 183

Dalam hadis, Nabi Muhammad SAW juga menekankan tentang kepentingan puasa:

“Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa pada bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan Hadis: Riwayat Bukhari dan Muslim

Kedua-dua sumber ini menegaskan bahawa puasa adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang memenuhi syarat.

Lafaz Rumi Niat Harian, Sebulan Puasa Bulan Ramadhan

Berikut merupakan lafaz niat puasa bulan ramadan harian dan sebulan berdasarkan sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bacaan doa berbuka puasa serta informasi lain yang berkaitan sebagai panduan.

Niat adalah di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan dengan suara. Namun, melafazkan niat dengan lisan dapat membantu kita untuk lebih fokus dan mengingatkan diri tentang ibadah yang akan dilakukan.

Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian

Lafaz niat ini dibaca setiap malam sebelum tidur bagi puasa esok hari.

  • نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
  • Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan

Untuk puasa sebulan penuh, niat ini boleh dilakukan pada malam pertama Ramadhan.

  • نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
  • Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan/keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

niat puasa ramadan jakim

Bacaan Doa Berbuka Puasa

  • اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
  • Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin.

Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Perkara-Perkara Membatalkan Puasa

perkara batal puasa ramadan jakim

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."