Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2025-2026 GV12 Minggu 12

Gegar Vaganza (GV) telah lama menjadi program realiti nyanyian nombor satu tanah air kembali menghangatkan suasana malam minggu penonton setia dan peminat muzik tempatan. Musim ke-12 memperkenalkan satu konsep baharu dinamakan GV-Verse iaitu sebuah dimensi eksklusif diinspirasikan daripada keunikan dan aura setiap bintang menyertai pertandingan ini.

GV12 Dimensi Baharu GV-Verse

Konsep GV-Verse bertujuan meraikan kepelbagaian muzik dari era 80-an hingga ke 2000-an. Melalui konsep ini, peserta bukan sahaja dinilai dari segi vokal semata-mata tetapi juga dari segi keunikan persembahan dan aura mereka bawa, mencipta satu dimensi baharu memperlihatkan kehebatan setiap peserta di pentas GV.

Sejak diperkenalkan, Gegar Vaganza kekal sebagai platform pertandingan nyanyian nombor satu di Malaysia selain menjadi platform meraikan legasi dan perjalanan muzik artis-artis lagenda serta mereka yang telah lama menghilang dari perhatian umum.

Melalui GV-Verse, setiap peserta diberi peluang untuk menampilkan identiti dan keunikan mereka sekali gus bakal menjadikan persembahan penuh dengan kejutan.

barisan peserta gegar vaganza 2025

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2025-26

Gegar Vaganza 12 menampilkan barisan peserta legenda yang telah memberi sumbangan besar kepada industri muzik tanah air dan serantau, setiap peserta membawa keunikan masing-masing.

Antara peserta Malaysia bakal mencuri tumpuan ialah Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam, Nubhan serta duo popular, Ejie dan Shima dari kumpulan Freshies. Kehadiran mereka sudah cukup untuk menghidupkan suasana kompetitif di pentas GV12.

Selain itu, kehadiran peserta dari Indonesia seperti Shae, Ruri Repvblik, Pungky, Sasha dan Diana dari kumpulan Mendua serta peserta dari Singapura seperti Iskandar Ismail turut menambah kepelbagaian dalam persaingan. Peserta wildcard merupakan kelainan musim ini turut mencuri perhatian apabila SHY8 membawa kejutan dan peluang mencipta fenomena baharu GV-Verse.

pengacara juri

Pengacara Dan Juri GV12

Duo pengacara yang cukup serasi, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sekali lagi mengemudi pentas GV12. Mereka tidak hanya mampu menghidupkan suasana tetapi juga membawa kreativiti dalam mengendalikan setiap konsert mingguan.

Kehadiran figura terkenal seperti Dato’ Ramli MS selaku ketua juri tetap, disokong oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang. Setiap minggu, juri jemputan dari pelbagai latar belakang termasuk penggiat seni, penyanyi terkenal dan profesional muzik akan diundang untuk memberi perspektif dan penilaian yang berbeza-beza.

Sistem Pemarkahan Dan Hadiah Gegar Vaganza 12

Seperti musim-musim sebelumnya, GV12 mengekalkan format penilaian kompetitif dan adil. Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri berdasarkan kriteria ditetapkan. Peserta yang mendapat peratus markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.

Juara GV12 bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM50,000. Tempat ketiga tidak kurang hebatnya dengan RM30,000, diikuti tempat keempat hingga keenam masing-masing menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

saluran gegar vaganza 12

Siaran Dan Saluran Tontonan Gegar Vaganza 12

Konsert mingguan Gegar Vaganza musim ke-12 akan berlangsung secara langsung selama 12 minggu bermula 2 November 2025, setiap hari Ahad jam 9 malam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Penonton di rumah juga boleh menonton siaran langsung di saluran Astro Ria (104) serta melalui platform penstriman rasmi AstroGo dan Sooka.my.

ada lagu ada lagi gv

Senarai Lagu Dan Keputusan Gegar Vaganza 2025-26

Berikut adalah senarai lagu tugasan mingguan dari minggu 1 hingga peringkat akhir untuk para peserta Gegar Vaganza 12 beserta tema dan juga keputusan penyingkiran pada konsert yang berlangsung setiap minggu.

Peserta yang memperoleh markah terendah akan berdepan penyingkiran dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi, memberi peluang kepada yang lain untuk terus bersaing bagi merebut gelaran juara.

Lagu Final Gegar Vaganza 12

Pusingan 1: Solo
PesertaLagu
Iskandar IsmailMadah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain
MenduaJika Kalau Kau Cinta nyanyian asal Judika
Mark AdamFeeling Good nyanyian asal Cy Grant
Mell SakuraStill Into You nyanyian asal Paramore
NubhanCuba nyanyian asal Faizal Tahir
Ruri RepvblikHapus Aku nyanyian asal Nidji
Pusingan 2: Duet
PesertaPasangan DuetLagu
Iskandar IsmailJaclyn VictorSenja Nan Merah nyanyian asal Dato’ Awie & Ziana Zain
MenduaMarsha MilanBillie Jean nyanyian asal Michael Jackson
Mark AdamRossaSalahkah nyanyian asal Hafiz Suip & Rossa
Mell SakuraFadly PadiKasih Tak Sampai nyanyian asal Padi
NubhanAina AbdulSeluruh Cinta nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Ruri RepvblikSunu Matta BandKetahuan nyanyian asal Matta Band
Pusingan 3: Battle
Pasangan BattleLagu
Mark AdamEvo nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne
Mendua
Ruri Repvblik
Iskandar IsmailCerita Kedai Kopi nyanyian asal DJ Fuzz & Malique feat. Salam
Mell Sakura
Nubhan

Kedudukan Pemenang & Juara Final Gegar Vaganza 12

Kedudukan Pemenang Dan Hadiah
KedudukanPemenangHadiah
JuaraIskandar IsmailRM100,000
Naib JuaraMenduaRM50,000
Tempat Ke-3NubhanRM30,000
Tempat Ke-4Mark AdamRM20,000
Tempat Ke-5Mell SakuraRM15,000
Tempat Ke-6Ruri RepvblikRM10,000
Pemenang Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi: Mark Adam
Pemenang Anugerah Adabi, Ada Beats: Iskandar Ismail

konsert gegar vaganza 2025 minggu 11

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 11 Separuh Akhir

  • Tarikh Disiarkan: 11 Januari 2026
  • Tema: Medley
  • Tonton: Video Highlights Penuh Gegar Vaganza 12: Minggu 11
  • Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi: Mark Adam
  • Anugerah Adabi Ada Beats Baru Rancak: Iskandar Ismail
  • Peserta layak final: Iskandar Ismail | Mendua | Mark Adam | Mell Sakura | Nubhan | Ruri Repvblik
  • Peserta Tersingkir: Shae

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 11

  1. Iskandar Ismail: 77.75%
    Lagu 1: Iris nyanyian asal Dato’ Awie
    Lagu 2: Despacito nyanyian asal Luis Fonsi feat. Daddy Yankee
  2. Mendua: 70.00%
    Lagu 1: Rembulan nyanyian asal Krisdayanti
    Lagu 2: Beautiful nyanyian asal Crush
  3. Mark Adam: 68.25%
    Lagu 1: Singkong dan Keju nyanyian asal Bill & Brod
    Lagu 2: Anak nyanyian asal Freddie Aguilar
  4. Mell Sakura: 66.75%
    Lagu 1: Dunia Belum Berakhir nyanyian asal Sha-den
    Lagu 2: Pangako Sa’yo nyanyian asal Vina Morales
  5. Nubhan: 66.00%
    Lagu 1: Sumpah & Cinta Matiku nyanyian asal Nidji
    Lagu 2: Fantastic Baby nyanyian asal Big Bang
  6. Ruri Repvblik: 65.50%
    Lagu 1: Munajat Cinta nyanyian asal The Rock
    Lagu 2: La Bamba nyanyian asal Ritchie Valens
  7. Shae: 65.00%
    Lagu 1: Toyol nyanyian asal Dato’ Sudirman Haji Arshad
    Lagu 2: Rosalinda nyanyian asal Thalía

konsert gegar vaganza 2026 suku akhir

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 10 Suku Akhir

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 10

  1. Mendua: 70.50%
    (Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor)
  2. Nubhan: 70.00%
    (Masih Aku Terasa nyanyian asal Gersang)
  3. Mark Adam: 67.75%
    (Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Flybaits)
  4. Iskandar Ismail: 67.50%
    (Destinasi Cinta nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  5. Mell Sakura: 66.75%
    (Cinta & Benci nyanyian asal Geisha)
  6. Ruri Repvblik: 65.00%
    (Isabella nyanyian asal Search)
  7. Shae: 63.25%
    (Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw)
  8. Freshies: 56.75%
    (Teman Tapi Mesra nyanyian asal Ratu)

konsert gegar vaganza 2025 minggu 9

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 9

  • Tarikh Disiarkan: 28 Disember 2025
  • Tema: Lagu Pilihan Vaganzers Let’s Go
  • Tonton: Video Highlights Penuh Gegar Vaganza 12: Minggu 9
  • Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi: Mark Adam
  • Anugerah Adabi Ada Beats Baru Rancak: Nubhan
  • Peserta Tersingkir: Krisya

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 9

  1. Nubhan: 74.50%
    (Bukan Lagi Kita nyanyian asal Nadeera Zaini)
  2. Mark Adam: 73.50%
    (Rindu Serindu Rindunya nyanyian asal Spoon)
  3. Iskandar Ismail: 67.50%
    (Luka Seribu Rindu nyanyian asal Fotograf)
  4. Ruri Repvblik: 66.00%
    (Better Man nyanyian asal Robbie Williams)
  5. Freshies: 61.00%
    (Kitalah Bintang nyanyian asal Ella)
  6. Mendua: 60.75%
    (Koi Mil Gaya nyanyian asal Udit Narayan, Alka Yagnik & Kavita Krishnamurti)
  7. Mell Sakura: 60.75%
    (Rolling In The Deep nyanyian asal Adele)
  8. Shae: 56.25%
    (Toxic nyanyian asal Britney Spears)
  9. Krisya: 54.50%
    (Hening Rindu nyanyian asal Marsha Milan)

konsert gegar vaganza 2025 minggu 8

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 8

  • Tarikh Disiarkan: 21 Disember 2025
  • Tema: Fun Fair Tok Ram
  • Tonton: Video Highlights Penuh Gegar Vaganza 12: Minggu 8
  • Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi: Mark Adam
  • Anugerah Adabi Ada Beats Baru Rancak: Iskandar Ismail
  • Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 8

  1. Iskandar Ismail: 74.50%
    (Golimar nyanyian asal P.S. Balasubrahmanyam)
  2. Mendua: 72.25%
    (Nessun Dorma nyanyian asal Luciano Pavarotti)
  3. Nubhan: 71.50%
    (Cicak nyanyian asal Cikgu Naim)
  4. Freshies: 66.00%
    (Anak Tupai nyanyian asal Halim Yazid)
  5. Mell Sakura: 65.00%
    (Calcutta (Taxi, Taxi, Taxi) nyanyian asal Dr. Bombay)
  6. Mark Adam: 64.75%
    (Cari Tapak nyanyian asal Senario)
  7. Ruri Repvblik: 62.25%
    (La Obe nyanyian asal Kassim Selamat & The Swallows)
  8. Shae: 56.50%
    (Stecu Stecu nyanyian asal Faris Adam)
  9. Krisya: 56.50%
    (Makan nyanyian asal Jalil Hamid)

konsert gegar vaganza minggu 7

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 7

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 7

  1. Mendua: 74.00%
    (Bila Resah nyanyian asal Anuar Zain)
  2. Mark Adam: 69.50%
    (Mambo No. 5 (A Little Bit of…) nyanyian asal Lou Bega)
  3. Nubhan: 69.00%
    (Niat Hati Tak Nak Berpisah nyanyian asal Arrow)
  4. Iskandar Ismail: 66.50%
    (Hanya Segenggam Setia nyanyian asal Rahmat Ekamatra)
  5. Shae: 65.50%
    (Uninvited nyanyian asal Alanis Morissette)
  6. Krisya: 64.25%
    (Sembilu nyanyian asal Ella)
  7. Ruri Repvblik: 63.75%
    (Jangan Ada Dusta Antara Kita nyanyian asal Broery Marantika & Dewi Yull)
  8. Mell Sakura: 60.75%
    (Satu Detik nyanyian asal Ziana Zain)
  9. Freshies: 59.75%
    (Because You Loved Me nyanyian asal Celine Dion)
  10. Rahmat Ekamatra: 59.50%
    (Hakikat Sebuah Cinta nyanyian asal Iklim)

konsert gegar vaganza 2025 minggu 6

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 6

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 6

  1. Nubhan: 74.00%
    (Aladin nyanyian asal Spider)
  2. Krisya: 73.00%
    (How Could An Angel Break My Heart nyanyian asal Toni Braxton)
  3. Mendua: 72.50%
    (Seindah Biasa nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  4. Ruri Repvblik: 65.50%
    (Di Sana Menanti Di Sini Menunggu nyanyian asal Ukays)
  5. Freshies: 65.25%
    (Pelitaku nyanyian asal Zur Eda)
  6. Mark Adam: 65.25%
    (Putri Iklan nyanyian asal ST12)
  7. Iskandar Ismail: 64.75%
    (Ajari Aku nyanyian asal Anuar Zain)
  8. Shae: 63.75%
    (Melompat Lebih Tinggi nyanyian asal Sheila on 7)
  9. Mell Sakura: 62.50%
    (Lagu Rindu nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  10. Rahmat Ekamatra: 60.00%
    (Untukmu Sayang nyanyian asal Febians)
  11. Korie: 58.50%
    (Belum Siap Kehilangan nyanyian asal Stevan Pasaribu)

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 5

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 5

  1. Iskandar Ismail: 74.50%
    (Kelentang Kelentong nyanyian asal Hael Husaini)
  2. Mendua: 67.25%
    (P.U.S.P.A nyanyian asal ST12)
  3. Nubhan: 67.25%
    (It’s Gonna Be Me nyanyian asal NSYNC)
  4. Korie: 66.25%
    (Malam Pesta Muda Mudi nyanyian asal Puan Sri Saloma)
  5. Ruri Repvblik: 65.25%
    (Madu Tiga nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee)
  6. Freshies: 65.00%
    (Joget Toleh Menoleh nyanyian asal Senario)
  7. Mark Adam: 64.50%
    (Awallah Dondang nyanyian asal Noraniza Idris)
  8. Krisya: 63.75%
    (Dag Dig Dug nyanyian asal Haiza)
  9. Mell Sakura: 63.50%
    (Robek Hatiku nyanyian asal Mas Idayu)
  10. Shae: 59.50%
    (Sakitnya Tuh Di Sini nyanyian asal Cita Citata)
  11. Rahmat Ekamatra: 56.00%
    (Semuanya Sudah Terlambat nyanyian asal Shidee)

konsert gegar vaganza 2025 minggu 4

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 4

  • Tarikh Disiarkan: 23 November 2025
  • Tema: Kolaboranza
  • Tonton: Video Highlights Penuh Gegar Vaganza 12: Minggu 4
  • Anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi: Mark Adam
  • Anugerah Adabi Ada Beats Baru Rancak: Iskandar Ismail
  • Peserta Tersingkir: Shy8 & Dato’ Elaine Kang

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 4

  1. Iskandar Ismail: 84.25%
    (I Want To Spend My Lifetime Loving You nyanyian asal Marc Anthony & Tina Arena / Pasangan duet (Liza Aziz))
  2. Nubhan: 78.25%
    (Kian nyanyian asal Mawi / Pasangan duet (Mawi))
  3. Krisya: 69.00%
    (Fantasia Bulan Madu nyanyian asal Search / Pasangan duet (Azmi Saat))
  4. Mendua: 68.25%
    (Izinkan Ku Pergi nyanyian asal Kaer Azami / Pasangan duet (Kaer Azami))
  5. Mark Adam: 66.25%
    (Jangan Kau Mimpi nyanyian asal Siti Sarah / Pasangan duet (Mimi Fly))
  6. Shae: 65.75%
    (Cari Jodoh nyanyian asal Wali / Pasangan duet (Tomok))
  7. Mell Sakura: 65.50%
    (Dua Insan Bercinta nyanyian asal Ella / Pasangan duet (Naqiu Boboy))
  8. Ruri Repvblik: 64.25%
    (Suara (Ku Berharap) nyanyian asal Hijau Daun / Pasangan duet (Dide Hijau Daun))
  9. Freshies: 63.25%
    (Rahsia Pohon Cemara nyanyian asal Exists / Pasangan duet (Mamat Exists & Ina Freshies))
  10. Rahmat Ekamatra: 61.50%
    (Tiara nyanyian asal Kris / Pasangan duet (Ayai Illusi))
  11. Korie: 57.00%
    (Hanya Nyanyian Dalam Sepi nyanyian asal Chris Vadham / Pasangan duet (Saiful Apek))
  12. Shy8: 52.00%
    (Siapa Dia Sebelum Daku nyanyian asal Francissca Peter & Royston Sta Maria / Pasangan duet (Farahdhiya))
  13. Dato’ Elaine Kang: 46.75%
    (Yesterday Once More nyanyian asal Carpenters / Pasangan duet (Dia Fadila))

konsert gegar vaganza 2025 minggu 3

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 3

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 3

  1. Nubhan: 71.50%
    (Bintang nyanyian asal Budak Kacamata)
  2. Iskandar Ismail: 71.00 %
    (Bourgenvilla nyanyian asal Spring)
  3. Mendua: 67.00%
    (Aku Cinta Padamu nyanyian asal Dato Shiela Majid)
  4. Mark Adam: 64.00%
    (Seribu Tahun Lagi nyanyian asal Imran Ajmain)
  5. Korie: 63.00%
    (Kemarin nyanyian asal Seventeen)
  6. Krisya: 61.75%
    (Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah)
  7. Rahmat Ekamatra: 61.50%
    (Kerana nyanyian asal Alleycats)
  8. Mell Sakura: 60.50%
    (Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah)
  9. Freshies: 60.00%
    (Hanya Memuji nyanyian asal Shanty & Marcell)
  10. Ruri Repvblik: 60.00%
    (Aku Cinta Kau Dan Dia nyanyian asal Ahmad Band)
  11. Dato’ Elaine Kang: 57.75%
    (Shang Hai Tan nyanyian asal Frances Yip)
  12. Shae: 57.00%
    (Risalah Hati nyanyian asal Dewa 19)
  13. Shy8: 54.25%
    (Camelia II nyanyian asal Ebiet G. Ade)

konsert gegar vaganza 2025 minggu 2

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 2

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 2

  1. Iskandar Ismail: 71.50%
    (Warisan Wanita Terakhir nyanyian asal Teacher’s Pet)
  2. Nubhan: 67.75%
    (Dambaan Pilu nyanyian asal Khai Wahi)
  3. Mendua: 67.50%
    (My Heart nyanyian asal Acha Septriasa & Irwansyah)
  4. Shae: 65.25%
    (Lelaki nyanyian asal Yuna)
  5. Freshies: 65.00%
    (Untukmu nyanyian asal Feminin)
  6. Mark Adam: 63.25%
    (Harus Terpisah nyanyian asal Cakra Khan)
  7. Krisya: 63.25%
    (Jawapan Kasih nyanyian asal Amy Mastura)
  8. Rahmat Ekamatra: 62.75%
    (Siapa Di Hatimu nyanyian asal Rahmat Ekamatra)
  9. Ruri Repvblik: 62.75%
    (Selimut Tetangga nyanyian asal Repvblik)
  10. Korie: 59.50%
    (Jangan Ada Benci nyanyian asal Casey)
  11. Shy8: 59.50%
    (Sesaat Kau Hadir nyanyian asal Utha Likumahuwa)
  12. Mell Sakura: 56.00%
    (Aku, Dia & Kamu nyanyian asal D-Va)
  13. Dato’ Elaine Kang: 52.00%
    (Angan-Angan nyanyian asal Raja Ema)

konsert gegar vaganza 2025 minggu 1

Keputusan Penyingkiran Peserta GV12 Minggu 1

Kedudukan Dan Jumlah Markah Peserta (Lagu Tugasan) Minggu 1

  1. Mendua: 69.50%
    (Hampir Ke Situ)
  2. Mark Adam: 67.75%
    (Pencuri)
  3. Nubhan: 62.50%
    (Ada Untukmu)
  4. Rahmat Ekamatra: 62.00%
    (Pusara Di Lebuhraya)
  5. Krisya: 61.50%
    (Gemersik)
  6. Freshies: 58.75%
    (Sakitnya Rindu)
  7. Ruri Repvblik: 58.50%
    (Sandiwara Cinta)
  8. Mell Sakura: 57.00%
    (Polaroid)
  9. Iskandar Ismail: 56.75%
    (Gurindam Jiwa)
  10. Korie: 56.00%
    (Pergilah Sayang)
  11. Shae: 48.50%
    (Rindu)
  12. Dato’ Elaine Kang: 48.00%
    (Maafkan Diriku)
  13. Shy8: 47.25%
    (Terasing Di Bumi Sendiri)

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."