Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2026-2027

Tingkatan 6 merupakan peringkat pendidikan pra-universiti yang berlangsung selama 1.5 tahun, terbagi kepada tiga semester. Pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian ke Tingkatan 6 perlu memenuhi syarat kelayakan termasuk syarat am dan syarat khas. Syarat am utama adalah lulus SPM dengan sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan Pelajar Tingkatan 6

Pelajar yang memenuhi syarat kemasukan tidak perlu mengemukakan permohonan secara manual, baik secara dalam talian mahupun secara fizikal. KPM telah menetapkan bahawa pelajar lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dan memenuhi syarat sepertimana ditetapkan secara automatik ditawarkan tempat di Sekolah Menengah Tingkatan Enam.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6, sila rujuk: Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6

Kelebihan Tingkatan 6

kelebihan tingkatan 6

Salah satu kelebihan utama pengajian Tingkatan 6 adalah sijil keputusan STPM. Sijil ini setaraf dengan A-Level dan diiktiraf secara meluas, tidak hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara. Di bawah pengiktirafan daripada Cambridge Assessment International Education, United Kingdom, STPM membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian ke universiti tempatan mahupun luar negara.

Selain itu, sijil STPM juga diiktiraf sebagai setaraf dengan diploma oleh beberapa institusi pendidikan tinggi, memberikan kelebihan kepada pelajar semasa proses permohonan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Sijil ini turut diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), membolehkan lepasan STPM diterima perjawatan perkhidmatan awam.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Bagi kemasukan sesi akademik tahun ini, sistem semakan tawaran secara online akan dibuka kepada calon-calon sama ada terpilih ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026.

Melalui sistem ini, calon-calon hanya perlu mengakses sistem Aplikasi Dalam Talian Tingkatan 6, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dengan memasukkan maklumat kad pengenalan untuk mengetahui sama ada mereka menerima tawaran ataupun tidak.

Panduan Semakan Tawaran Tingkatan 6 Dan Pendaftaran

Bagi calon yang ingin mengetahui status tawaran mereka, berikut adalah rumusan langkah-langkah mudah perlu diikuti:

  1. Akses Sistem Aplikasi Dalam Talian Tingkatan 6
    Semakan boleh dibuat melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/semakanT6 atau mendapatkan maklumat lain yang berkaitan di laman utama Sistem Pengurusan Tawaran Dan Permohonan Tingkatan 6 (EduT6) di pautan: https://sst6.moe.gov.my
  2. Masukkan Maklumat Peribadi
    Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dalam ruangan yang diperlukan.
  3. Semak Status Tawaran
    Maklumat mengenai sama ada berjaya atau tidak akan dipaparkan.
  4. Cetak Surat Tawaran
    Sekiranya berjaya, pelajar boleh mencetak surat tawaran untuk digunakan semasa pendaftaran di sekolah.
  5. Langkah Seterusnya
    Pelajar perlu mengikuti arahan pendaftaran yang diberikan oleh sekolah Tingkatan Enam masing-masing termasuk penyediaan dokumen dan tarikh pendaftaran sepertimana ditetapkan.

Tarikh Penting Dan Maklumat Tambahan

  • Tarikh Pengumuman Semakan
    Tarikh rasmi akan diumumkan oleh KPM melalui Laman Web Rasmi dan Media Sosial Rasmi mereka. Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
  • Jangka Masa Semakan
    Sistem semakan dijangka akan dibuka sekitar bulan Mei 2026. Oleh itu, pelajar perlu bersedia dan melayari laman web secara berkala.
  • Kemudahan SMS 15888
    Selain semakan dalam talian, pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui perkhidmatan SMS dengan menaip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran atau Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888. Sekiranya perkhidmatan ini diaktifkan.

Permohonan Rayuan Tingkatan 6

Mana-mana calon pelajar yang tidak mendapat tawaran ambilan pertama tingkatan 6 boleh membuat rayuan dari tarikh semakan dibuka dengan mengisi borang rayuan kemasukan secara online melalui aplikasi semakan SST6 berkenaan.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."