Permohonan Guru Contract of Service (CoS) 2026 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan satu inisiatif pengambilan sebanyak 20,000 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) dan dilaksanakan sepenuhnya melalui laman web rasmi IPGM Modul myPDPP PERDANA.

Pengambilan Guru Contract of Service

Pengambilan guru Contract of Service merupakan langkah proaktif KPM bagi memastikan keperluan tenaga pengajar mencukupi di semua sekolah seluruh negeri. Ia juga bertujuan menyokong pelaksanaan dasar kerajaan yang memperkenalkan kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke tahun satu secara sukarela bermula tahun 2027.

Selain itu, inisiatif ini adalah sebahagian usaha kerajaan meningkatkan sistem pendidikan negara. Calon yang terpilih akan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. Taraf perjawatan mereka adalah secara Contract of Service (CoS).

kenyataan media kpm jawatan guru kontrak

Syarat Kelayakan Guru CoS 2026

Pengambilan baharu ini merujuk kepada pelantikan guru-guru baharu yang akan berkhidmat secara kontrak selama satu tahun. Ia melibatkan graduan selain daripada ijazah pendidikan yang dilantik secara kontrak dan akan mengikuti program pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Calon yang dilantik akan mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah. Pautan permohonan boleh diakses melalui https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26 bermula 2 Mac 2026.

Syarat-syarat Utama Mohon Guru CoS

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan aktif kokurikulum di universiti.
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • BMI tidak melebihi 32.5.

Syarat Akademik

  • Memiliki ijazah sarjana muda dari universiti awam, swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh MQA
    PNGK sekurang-kurangnya 2.50.
  • Kepujian (Gred C ke atas) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan setaraf yang diiktiraf kerajaan.

ipgm modul mypdpp perdana cos

Semakan keputusan panggilan temuduga akan diumumkan pada 22 April 2026. Calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga secara bersemuka di IPG yang ditetapkan. Selain itu, calon juga perlu memuat naik sijil saringan kesihatan sebelum 30 Mei 2026 sebagai salah satu syarat kelulusan.

Tempoh Dan Mod Pengajian

Pengajian di IPG akan berlangsung selama satu tahun dengan mod pengajaran menggabungkan pembelajaran dalam talian dan interaksi bersemuka. Interaksi bersemuka dilaksanakan pada hujung minggu dan cuti sekolah manakala sesi dalam talian dilaksanakan sepanjang minggu pengajian.

Gaji Guru Guru Contract of Service

Guru baharu yang dilantik secara CoS akan menikmati gaji permulaan sebanyak RM2,360 sebulan. Pengambilan ini tidak terbuka kepada semua.

Antara kategori yang tidak layak memohon termasuk:

  • Graduan pendidikan termasuk mereka yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau DPP.
  • Guru lantikan kontrak interim dan guru kontrak lantikan SPP.
  • Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam.
  • Individu yang sedang atau pernah menjadi bankrap dan belum dilepaskan.
  1. Sumber: Facebook Rasmi Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek
  2. Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Sila rujuk maklumat penting: Iklan Pengambilan Guru (COS)

info guru cos

Tarikh Penting Permohonan Guru CoS 2027

Tarikh Penting Pengambilan Guru Contract of Service
TarikhButiran
23 Februari 2026Hebahan Panggilan Guru
2 Mac 2026Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
20 Mac 2026Permohonan dalam talian ditutup
30 Mac – 8 April 2026Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian
22 April 2026Semakan keputusan panggilan temu duga
27 April – 22 Mei 2026Pelaksanaan temu duga
30 Jun 2026Semakan permohonan yang berjaya
Januari 2027Penempatan

Kalendar Aktiviti

Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa serta calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusan bagi saringan e-UKCG, temu duga dan keputusan berjaya di laman sesawang sistem permohonan yang sama.

kalendar aktiviti guru cos kpm 2027

Garis Masa Pengambilan

tarikh penting permohonan guru kontrak kpm 2026

Permohonan Guru Contract of Service Di myPDPP PERDANA

Proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui IPGM Modul myPDPP PERDANA. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

  1. Layari laman web rasmi IPGM Modul myPDPP PERDANA di pautan: https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26 bermula pada tempoh permohonan dibuka.
  2. Daftar Permohonan Baharu dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Log masuk permohonan.
  4. Semakan kelayakan.
  5. Permohonan.
  6. Pengesahan permohonan.
  7. Pengesahan e-UKCG.
  8. Tamat / Log keluar.

Contoh Paparan Langkah Permohonan

langkah permohonan guru cos kpm 2026

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."