Senarai Kadar Bayaran Harga Zakat Fitrah 2026 Seluruh Negeri

Zakat Fitrah pada bulan Ramadan merupakan tanggungjawab wajib dilaksanakan oleh setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan berdasarkan syarat-syarat ditetapkan. Ia bertujuan membersihkan jiwa dan harta serta membantu golongan memerlukan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran Zakat Fitrah

Umat Islam disarankan menunaikan zakat fitrah di awal bulan Ramadan bagi memastikan agihan kepada golongan yang layak dapat disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, umat Islam hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan juga memastikan resit bayaran dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ia penting bagi memastikan bahawa bayaran dibuat adalah sah.

Pembayaran zakat Fitrah secara online turut disediakan untuk memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih cepat dan mudah.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

waktu membayar zakat fitrah

Kadar Harga Bayaran Zakat Fitrah 2026 Seluruh Negeri

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 1447H-2026M ini adalah berdasarkan pengumuman oleh Majlis Agama Islam setiap negeri dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga dilengkapkan. Oleh itu, adalah penting merujuk kepada ruangan di bawah bagi mendapatkan maklumat terkini.

Kadar Harga Zakat Fitrah Tahun 2026M-1447H
Zakat Fitrah NegeriTahun 2026 (Terkini)Tahun 2025
PerlisRM9RM9
KedahRM9 / RM15 / RM23RM7 / RM14
Pulau PinangRM10 / RM15 / RM25RM7 / RM10 / RM15 / RM25
PerakRM10 / RM16 / RM25RM10 / RM16 / RM27
SelangorRM8 / RM16 / RM25RM7 / RM15 / RM22
Negeri SembilanRM7.50 / RM12 / RM20RM7.50 / RM12 / RM22
MelakaRM8 / RM15 / RM22RM7 / RM15 / RM22
JohorRM8 / RM10 / RM20RM7 / RM12 / RM20
PahangRM8 / RM14 / RM21RM7 / RM14 / RM21
TerengganuRM10 / RM20RM10 / RM21
KelantanRM10 / RM22RM8 / RM14 / RM21
SarawakRM7.50RM7.50
SabahRM7.50 / RM15RM7.50
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM8 / RM15 / RM25RM7 / RM15 / RM22

harga zakat fitrah beras 2026

Negeri Lebih Satu Kadar

Setiap pembayar hendaklah memilih kadar zakat fitrah yang sepadan dengan harga beras menjadi makanan mereka.

Semoga ibadah puasa dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lalu. Rebutlah keberkatan Ramadhan, memperbanyak amal-amal kebaikan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Lafaz Niat Bayar Zakat Fitrah

lafaz niat zakat fitrah

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."