Tarikh Hari Raya Puasa 2026 Aidilfitri Di Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada tarikh 21 Mac 2026 bersamaan dengan 1 Syawal 1447 Hijrah. Maklumat tarikh ini adalah berdasarkan rujukan terhadap Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Terkini. Tarikh ini bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan tetapi juga merupakan waktu bagi umat Islam meraikan kejayaan setelah sebulan berusaha menahan diri dari pelbagai godaan dan memperbanyakkan ibadah.

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026

Keputusan menetapkan Hari Raya Puasa 2026 adalah berdasarkan kepada kaedah Imkanur-rukyah yang merujuk kepada kebolehnampakan bulan. Kriteria ini penting bagi memastikan kesahihan tarikh tersebut.

Selain itu, hitungan falak juga digunakan untuk menentukan ijtimak atau bulan baharu bagi Syawal. Proses penetapan ini dilakukan dengan teliti oleh pakar-pakar falak diiktiraf bagi memastikan ketepatan dan kesahihan tarikh bakal diumumkan.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 sebagai hari mengeratkan hubungan sesama insan. Diharapkan sambutan Aidilfitri tahun ini dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua umat Islam di Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tarikh rasmi dan perayaan ini, sila rujuk kepada sumber-sumber rasmi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Tarikh rasmi bagi Hari Raya Puasa 2026 akan diumumkan secara langsung oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Pengumuman ini dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 20 Mac 2026 bersamaan 30 Ramadan 1447H sekitar jam 8 malam.

Saat ini pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam kerana ia menjadi penentu bagi perancangan sambutan Aidilfitri di setiap rumah. Penetapan tarikh ini akan disiarkan melalui stesen radio dan televisyen bagi memastikan maklumat dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.

Untuk maklumat kemaskini terkini, sila rujuk atau klik kepada judul pautan berikut:

Tarikh-Tarikh Penting Islam 2026 1447-1448H

Tarikh Penting Islam 1447-1448 Hijrah
Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan
Kebesaran Islam
27 Rejab 144717 Januari 2026Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1447 *19 Februari 2026Awal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadan 14477 Mac 2026Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1447 *21 Mac 2026Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 144718 Mei 2026Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1447 *27 Mei 2026Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144817 Jun 2026Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144825 Ogos 2026Maulidur Rasul
Tarikh bertanda * akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."