Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dan Aplikasi Telefon Bimbit

Membayar zakat termasuk dalam rukun Islam yang keempat dan merupakan Fardhu Ain ke atas setiap umat Islam yang memenuhi segala syarat wajib yang ditetapkan. Seseorang individu beragama Islam yang sengaja mengingkari suruhan Allah SWT untuk menunaikan zakat adalah berdosa besar. Bayaran zakat boleh dibuat secara manual di kaunter pungutan zakat dan kini secara online atau dalam talian.

Pembayaran Zakat Fitrah Online

Di zaman yang serba moden ini, selain pelbagai urusan lain seperti pindahan wang, urusan pembayaran zakat juga dapat dilakukan secara atas talian. Malah, bayaran zakat secara online ini merupakan cara yang lebih mudah dan selamat kerana pembayar zakat boleh berhubung terus dengan agensi kutipan zakat online mengikut negeri masing-masing atau menerusi perbankan internet dan aplikasi.

Pembayaran zakat secara online ini turut membantu mereka yang mempunyai kekangan masa terhad agar dapat melakukan kewajipan atau suruhan agama ini. Kemudahan ini telah diperkenalkan dan semakin diperluaskan kepada setiap negeri bagi memudahkan orang ramai. Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat.

Panduan Cara Bayar Zakat Fitrah Online

Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Antara hikmah Allah mensyariatkan zakat adalah untuk mengagihkan sebahagian kecil harta golongan berada kepada mereka yang kurang bernasib baik selain memberi peluang kepada pembayar zakat untuk membersihkan diri serta menyuburkan harta mereka.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online mengikut negeri pada bulan Ramadan dengan menggunakan perbankan internet serta aplikasi telefon mudah alih.

Disertakan juga maklumat hukum membayar zakat fitrah secara online serta maklumat lain berkaitan bagi kefahaman dan rujukan orang ramai.

Hukum Bayar Zakat Online

Zakat bagi seseorang adalah sah dari segi syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Setiap Negeri

Berikut adalah pautan untuk membayar zakat secara online bagi setiap negeri:

Pembayaran Zakat Fitrah Online
NegeriPautan
PerlisMAIPS
KedahZakat Kedah
Pulau PinangZakat Penang
PerakeZakat MAIAMP
SelangorZakat Selangor
Negeri SembilanZakat NS9
MelakaZakat Melaka
JohorMAIJ
PahangZakat Pahang
TerengganuMAIDAM
Kelantane-MAIK
SarawakTabung Baitulmal Sarawak
SabahMUIS
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
PPZ MAIWP

Syarat Wajib Zakat

Mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah wajib untuk membayar zakat:

  1. Beragama Islam: Tidak wajib untuk orang kafir menunaikan zakat.
  2. Merdeka/Bukan Hamba: Mempunyai kebebasan untuk mencari rezeki halal tanpa halangan daripada sesiapa.
  3. Milik Sempurna: Harta hendaklah dimiliki sepenuhnya serta dapat digunakan bila-bila masa yang dimahukan tanpa memerlukan sebarang kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi Hak Hizayah (pemilikan) dan Hak Tasarruf (keupayaan mengurus).
  4. Cukup Nisab: Nisab merupakan kadar minimum harta yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat.
  5. Cukup Haul: Haul bermaksud tempoh harta dimiliki selama 12 bulan atau setahun telah berlalu. Zakat diwajibkan setelah genap setahun harta dilmiliki.
  6. Berkembang: Harta yang dikenakan zakat hendaklah harta yang berkembang atau mempunyai potensi untuk berkembang (Contoh: haiwan ternakan berkaki empat, hasil tanaman, barang perniagaan, emas, perak, mata wang).

Jenis Jenis Zakat

  • Zakat Fitrah:Zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
  • Zakat Harta: Zakat harta dapat dibayar pada bila-bila masa dengan kadar 2.5% dari jumlah harta. Daripada semua harta benda yang seseorang miliki, 2.5% dari harta itu adalah bukan hak sendiri tetapi hak golongan asnaf yang layak menerima zakat.

Golongan Asnaf (Penerima Zakat)

Terdapat lapan golongan Asnaf atau penerima zakat iaitu:

  1. Fakir: Golongan yang tiada harta.
  2. Miskin: Mempunyai pekerjaan atau hasil yang tidak mencukupi.
  3. Riqab: Hamba sahaya atau budak.
  4. Gharim: Orang yang mempunyai banyak hutang.
  5. Muallaf: Orang yang baru memeluk agama Islam.
  6. Fisabilillah: Orang yang berjuang di jalan Allah.
  7. Ibnu Sabil: Musafir dan para pelajar perantauan.
  8. Amil: Golongan yang menguruskan penerimaan dan pengumpulan zakat.

Kongsi Artikel

Sarah Hakim

Sarah Hakim

Penulis kedua laman web mysumber berpengalaman lebih 4 tahun ditugaskan mengemas kini artikel berdasarkan maklumat sahih, relevan dan terkini supaya pembaca terus mendapat info yang tepat.

"Hobi termasuk menulis, edit ayat yang sama 20 kali dan akhirnya guna ayat pertama."