Harga Terkini Kos Tunai Haji 2027 Bayaran Kekal Atau Naik?

Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim berkemampuan selain merupakan impian bagi jutaan umat Islam di seluruh dunia. Namun, persoalan sering berlegar di kalangan bakal jemaah Haji Malaysia adalah mengenai kos yang perlu ditanggung bagi menunaikan haji.

Bayaran Harga Terkini Kos Buat Haji 2027

Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kos keseluruhan untuk menunaikan haji bagi tahun 1448H/2027M dikekalkan pada kadar RM33,300 seorang jemaah Muassasah.

Pengumuman ini pastinya memberi kelegaan kepada ribuan bakal jemaah haji yang menunggu peluang serta giliran menunaikan ibadah suci ini.

Pengumuman ini bukan sahaja mencerminkan kestabilan ekonomi dan pengurusan kewangan berhemah malah menunjukkan keprihatinan kerajaan Malaysia MADANI terhadap golongan sasaran yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima ini.

Pengekalan harga pada jumlah yang sama seperti tahun sebelum ini memberi gambaran bahawa pihak pengurusan tabung haji mampu mengekalkan kestabilan kewangan serta menguruskan perbelanjaan secara berhemah tanpa membebankan jemaah dengan kenaikan kos yang tidak dijangka.

senarai harga buat haji 2027

Senarai Bayaran Menunaikan Haji 2027

Pada 9 September 2026, Tabung Haji telah mengumumkan harga bayaran mengerjakan haji bagi musim 1448H/2027M. Kadar bayaran tersebut adalah seperti berikut:

Kadar Bayaran Haji 1448H-2027 Mengikut Kategori
KategoriBayaran
Jemaah Haji Kumpulan B40RM15,000
Jemaah Haji Kumpulan M40RM23,500
Jemaah Haji Kumpulan T20RM33,300

Selain mengekalkan kos umum, TH turut memastikan keadilan dalam pengagihan kos mengikut kategori pendapatan jemaah.

Kumpulan B40 (berpendapatan rendah) dikenakan bayaran sebanyak RM15,000 manakala M40 (pendapatan sederhana) pula RM23,500. Bagi kumpulan T20 (pendapatan tinggi), jumlah tetap RM33,300 kekal sebagai bayaran penuh.

Langkah ini memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terbeban secara kewangan malah diberikan peluang dan kemudahan untuk menunaikan ibadah ini tanpa tekanan ekonomi yang berlebihan.

bantuan tunai haji 2027

Bantuan Kewangan Haji Bersasar

Kerajaan Malaysia MADANI melalui Tabung Haji tetap memberikan bantuan kewangan kepada jemaah haji terutamanya bagi kumpulan B40.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ditanggung oleh bakal jemaah terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Sebagai contoh, jemaah dari kumpulan B40 akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 menjadikan kos keseluruhan mereka hanya RM15,000. Ini menunjukkan komitmen kerajaan bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menunaikan ibadah haji tanpa tertekan dengan kos yang tinggi.

info kos haji 2027

tarikh penting perjalanan haji 2027

Bayaran Haji Bagi Musim Haji 1448H-2027M

Kadar Harga Bayaran Haji 2027M-1448H
Jenis Jemaah
Muassasah
Kos SebenarTanggungan Kos THBayaran Haji
Kumpulan B40RM33,300RM18,300RM15,000
Kumpulan M40RM9,800RM23,500
Kumpulan T20TiadaRM33,300

semakan bayaran haji 2027

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."