Musim Liga bola sepak Malaysia 2025-2026 (Liga-M) bakal mencipta sejarah tersendiri apabila edisi ke-99 Piala Malaysia menyaksikan pertembungan akhir dua pasukan finalis tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC (KCFC) akan berdepan dalam perlawanan penentu siapa yang akan menjuarai kejohanan berprestij di Malaysia ini.
Kejayaan Pasukan JDT Vs Kuching City FC
Johor Darul Ta’zim sebuah pasukan yang telah menjadi kuasa dominan bola sepak Malaysia. Sejak penubuhannya, JDT telah memenangi pelbagai kejuaraan domestik termasuk Liga Super dan Piala FA.
Keinginan mereka menambah koleksi trofi kejuaraan domestik semakin membara apabila mereka menatap peluang menambah satu lagi kejayaan besar dalam sejarah kelab ini.
Kuching City FC membawa misi bersemangat dan tidak gentar menghadapi cabaran besar ini. Mereka percaya bahawa peluang melakar sejarah baharu di arena bola sepak Malaysia adalah sesuatu sangat berharga dan tidak boleh disia-siakan.
Berbekalkan taktikal dan semangat juang yang tinggi, pasukan ini berpotensi memberi kejutan besar kepada pasukan lawan untuk mengukir nama mereka sebagai juara.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025-2026
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2026 adalah puncak segala-galanya kerana ia adalah medan membuktikan kekuatan, strategi dan semangat juang kedua-dua pasukan.
JDT terkenal dengan corak permainan berkelas dunia dan serangan pantas akan berusaha keras mempertahankan kehebatan dan menambah koleksi kejuaraan mereka.
Sementara Kuching City FC mempunyai sejarah tersendiri dalam kancah bola sepak tanah air akan tampil dengan strategi tersusun dan keazaman untuk menulis lembaran baharu sejarah bola sepak mereka.
Motivasi Dan Aspirasi Finalis
Bagi JDT, kemenangan pada perlawanan ini memperkukuh kedudukan sebagai kuasa utama bola sepak Malaysia. Mereka ingin menambah koleksi trofi kejuaraan yang akan menjadi inspirasi untuk generasi akan datang.
Kuching City FC melihat perlawanan ini sebagai peluang yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuktikan bahawa mereka mampu bersaing di peringkat tertinggi Liga-Malaysia. Pengorbanan, latihan keras dan semangat juang tinggi adalah faktor utama untuk menggapai impian tersebut.
Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Kuching FC Final Piala Malaysia 2026
Perlawanan akhir kejohanan bola sepak paling berprestij final Piala Malaysia 2026 membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kuching City FC pada hari Sabtu, 23 Mei 2026 bertempat di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9 malam turut disiarkan secara siaran langsung di Sukan RTM dan TV Okey serta di saluran sukan Astro Arena.
Penyokong kedua-dua pasukan boleh menonton aksi final ini di mana-mana sahaja secara live streaming di internet dengan melayari laman web penstriman rasmi RTMklik dan Sooka (Astro).
Rumusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2026
- Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2025/26: JDT Vs Kuching City FC.
- Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu).
- Venue: TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.
- Sepak Mula: 9:00 malam.
- Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803), TV Okey dan Sukan RTM.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO atau Sukan RTM.
Juara Piala Malaysia 2026 Milik Siapa?
Menjelang perlawanan akhir ini, persoalan yang bermain di fikiran ramai adalah pasukan manakah yang akan merangkul dan menjulang trofi Piala Malaysia 2026?
Adakah JDT akan melangkah ke puncak sekali lagi sebagai juara bertahan atau Kuching City FC akan bangkit dan melakar sejarah baharu sebagai juara dalam edisi ke-99 ini?

Keputusan JDT Vs Kuching City FC
Kita nantikan bersama-sama keputusan perlawanan akhir ini kerana di sinilah akan terjawab siapa yang benar-benar layak membawa pulang mahkota kejuaraan tertinggi dalam arena bola sepak Malaysia.
Sama-sama kita saksikan, siapa bakal menjulang trofi dan siapakah yang akan melakar sejarah baharu dalam edisi ke-99 Piala Malaysia.
| Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|
| JDT | 3 | 0 | Kuching FC | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| 80′ Marcos Guilherme 90+1′ Arif Aiman 90+5′ Stuart Wilkin | ||||
Pasukan Juara Piala Malaysia Edisi Ke-99
- Juara Piala Malaysia 2025/26: Johor Darul Ta’zim



