Adakah Johor Cuti Piala Malaysia 2026 Jika JDT Juara

Sempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia, satu perkara atau berita yang pasti dinantikan oleh seluruh penyokong adalah kejayaan pasukan mereka terutamanya apabila pasukan tersebut berjaya meraih kejuaraan.

Hari Perlawanan Final Piala Malaysia 2026

Memandangkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 edisi ke-99 berlangsung pada 23 Mei 2026 iaitu pada hari Sabtu dan keesokan harinya Ahad, sememangnya merupakan hari cuti sedia ada bagi negeri Johor. Ia berkemungkinan bahawa kerajaan negeri dijangka tidak mengumumkan cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2026.

Hari Sabtu dan Ahad merupakan cuti hujung minggu bagi negeri Johor. Justeru, penyokong yang hadir ke TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari perlawanan untuk menyaksikan aksi final Piala Malaysia 2026 masih berpeluang berehat pada hari Ahad.

jdt vs kuching fc final piala malaysia 2026

Adakah Johor Cuti Peristiwa JDT Menjuarai Piala Malaysia

Salah satu persoalan yang pasti timbul adalah selepas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala Malaysia, adakah kerajaan negeri Johor akan mengisytiharkan cuti peristiwa sebagai penghargaan atas pencapaian tersebut?

Namun, setakat maklumat yang terkini dan sahih sehingga Sabtu, 23 Mei 2026 belum ada pengumuman rasmi dari pihak kerajaan negeri Johor berkenaan cuti peristiwa sekiranya JDT menjuarai Piala Malaysia 2026. Kami akan mengemaskini semula artikel ini sekiranya terdapat maklumat rasmi berkenaan dengan perkara ini.

Rakyat negeri Johor diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan sentiasa mengikuti maklumat rasmi daripada sumber yang sah.

Dikemaskini Johor Umum Cuti Peristiwa 25 Mei 2026

Sebagai makluman terkini, kerajaan negeri Johor menerusi Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pengisytiharan cuti peristiwa bersempena kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia 2025/26.

Sila rujuk maklumat rasmi: Johor Umum Cuti Peristiwa Hari Isnin 25 Mei 2026

Penerangan Cuti Peristiwa

Seksyen 9(1) Akta 369 secara jelas memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan hari tertentu sebagai cuti umum tambahan atau cuti peristiwa.

Ini bermakna, selain dari cuti umum yang telah ditetapkan secara tetap, kerajaan mempunyai hak untuk menambah hari cuti berdasarkan keperluan semasa dan peristiwa tertentu.

Pengisytiharan ini biasanya dilakukan bagi mengiktiraf hari-hari istimewa yang mempunyai kepentingan sosial, budaya atau politik seperti perayaan keagamaan, hari pengundian, kejohanan sukan utama atau peristiwa penting lain yang memberi impak besar kepada masyarakat.

Rujukan: Akta 369 Akta Hari Kelepasan 1951 

Kejayaan JDT Juara Piala Malaysia

Johor Darul Ta’zim tidak asing lagi dengan kejayaan cemerlang dalam saingan Piala Malaysia dan liga domestik. Mereka terus mendominasi dari musim ke musim, memenangi pelbagai trofi utama dan mengekalkan rekod kecemerlangan.

Kejayaan mereka pada edisi ke-99 ini bukan sahaja menambahkan lagi koleksi kejuaraan, bahkan turut memberi impak positif kepada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

jdt juara piala malaysia 2026

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."