Budi MADANI RON95 RM1.99 Seliter Beli Guna IC & Aplikasi

Budi MADANI RON95 RM1.99 Seliter Beli Guna IC & Aplikasi. Perincian info penyasaran subsidi RON95 RM1.99 seliter untuk semua warganegara Malaysia dan panduan.

Kerajaan Malaysia MADANI telah mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter. Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) iaitu satu program dirancang khas bagi memastikan manfaat subsidi minyak dinikmati secara menyeluruh oleh warganegara tanpa mengira tahap pendapatan dan latar belakang ekonomi.

Berbeza dengan pendekatan sebelum ini lebih bersifat umum, pelaksanaan ini menunjukkan keazaman kerajaan memastikan rakyat mendapat keadilan dan manfaat sewajarnya.

harga ron95 rm1.99 liter terkini

BUDI95: Penyasaran Subsidi Petrol RON95

Program BUDI95 adalah satu langkah transformasi pengurusan subsidi di Malaysia. Ia tidak terhad dengan tujuan mengurangkan beban kos hidup rakyat secara langsung malah berfungsi sebagai satu mekanisme penyaluran subsidi lebih adil dan berkesan.

Warganegara Malaysia

Penetapan harga RM1.99 seliter untuk rakyat tempatan (warganegara), kerajaan menegaskan bahawa subsidi ini adalah hak mereka tanpa mengira pendapatan, latar belakang sosial atau kedudukan ekonomi. Ini selaras dengan prinsip keadilan sosial bagi memastikan manfaat subsidi Petrol RON95 sampai kepada mereka benar-benar memerlukan.

Bukan Warganegara Malaysia

Selain itu, bagi bukan warganegara pula harga RON95 akan ditetapkan pada RM2.60 seliter bermula tarikh sama. Langkah ini menunjukkan keberanian kerajaan untuk memisahkan manfaat subsidi kepada warga tempatan daripada warga asing, sekali gus menegaskan komitmen kerajaan menjaga kepentingan rakyat sendiri terlebih dahulu. Ia juga merupakan satu isyarat bahawa subsidi ini adalah satu bentuk sokongan khas hanya diperuntukkan kepada rakyat Malaysia sahaja.

ringkasan info petrol budi madani ron95

Polis, Tentera Dan Penerima STR Diutamakan Lebih Awal BUDI RON95

Sebelum pelaksanaan berkuatkuasa mulai 30 September 2025, warga polis dan tentera terlebih dahulu menikmati harga RM1.99 seliter bermula hari Sabtu, 27 September 2025 sebagai penghargaan atas jasa mereka. Seterusnya golongan B40, merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga boleh mula menikmati harga subsidi ini bermula Ahad, 28 September 2025.

Langkah ini dirancang secara berperingkat agar rakyat dapat membiasakan diri dengan mekanisme baharu ini sekali gus mengurangkan kejutan ekonomi dan memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Melalui pendekatan ini, kerajaan berharap rakyat dapat memahami dan mengaplikasikan mekanisme subsidi dengan lebih efektif tanpa berlaku sebarang kekeliruan di stesen minyak.

polis tentera penerima str budi madani ron95

Kelayakan Dan Cara Beli RON95 Harga Subsidi BUDI95

Kerajaan menegaskan bahawa semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah, layak untuk menikmati subsidi RON95 ini. Rakyat Malaysia boleh menggunakan sehingga 300 liter petrol RON95 sebulan di bawah program BUDI95.

Pengecualian diberikan kepada pemandu e-hailing dimana boleh memohon had penggunaan lebih tinggi berdasarkan keperluan mereka. Ini menunjukkan bahawa kerajaan memberi perhatian khusus kepada golongan yang bergantung kepada kenderaan untuk kehidupan sehari-hari dan pekerjaan.

Tiada pendaftaran diperlukan untuk menikmati subsidi ini. Pengguna hanya perlu menggunakan MyKad mereka untuk proses pengesahan di stesen minyak. Bagi mereka yang celik digital, terdapat pilihan transaksi secara digital melalui aplikasi TouchNGo dan Setel bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran melalui kaunter pembayaran.

Ringkasan Subsidi BUDI95

  • Kelayakan automatik semua warganegara Malaysia (Mykad).
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif.
  • Tiada kira tahap pendapatan.
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.
  • Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan.

Ringkasan Cara Beli RON95 Harga Subsidi

  • Tiada pendaftaran diperlukan.
  • Hanya perlu sahkan MyKad di kaunter stesen minyak untuk urusan pembelian.
  • Terminal MyKad disediakan di semua stesen minyak.
  • Pilihan digital: e-dompet TNG dan aplikasi minyak seperti Setel (Petronas) dan CaltexGo.

Kaedah Pembelian RON95 Harga Subsidi

  • Urus niaga di kaunter stesen minyak
    Proses mudah dengan MyKad
    Pelanggan hanya perlu membawa MyKad untuk disahkan sebagai langkah pengesahan identiti dan kelayakan.
    Pengesahan MyKad dibuat melalui terminal pembaca MyKad di kaunter stesen minyak.
  • Langkah ringkas (ringkasan)
    Tunjukkan MyKad kepada kaunter.
    Pengesahan dilakukan melalui terminal pembaca MyKad.
    Pembelian RON95 pada harga RM1.99 boleh dilaksanakan segera selepas pengesahan berjaya.
  • Urus niaga di pam minyak
    Pembelian seperti biasa menggunakan kad debit/kredit.
    Pelanggan yang menggunakan pam minyak boleh meneruskan pembelian seperti transaksi biasa dengan kad debit atau kad kredit.
    Sistem pembayaran di pam disepadukan untuk memastikan kelancaran aliran transaksi tanpa gangguan.
  • Pengesahan MyKad di terminal pam minyak
    Untuk memastikan pembelian RON95 pada harga RM1.99, pelanggan perlu menambah langkah pengesahan MyKad di terminal pam minyak.
  • Proses praktikal
    Pilih jumlah liter/ nilai pembelian seperti biasa.
    Masukkan kad dan ikuti arahan di skrin pam.
    Apabila diminta, sediakan MyKad untuk pengesahan lanjut melalui terminal pengesahan yang tersedia di pam.
    Transaksi selesai dengan harga RM1.99 bagi RON95 jika kelayakan disahkan.
  • Urus niaga Menggunakan Aplikasi
    Pembayaran melalui aplikasi seperti e-dompet
    Pelanggan boleh menggunakan aplikasi stesen minyak yang menyokong pembayaran, contohnya e-dompet TNG, Setel atau CaltexGo.
    Aplikasi ini membolehkan penyesuaian bayaran secara digital dengan rekod transaksi yang jelas.
    Pengesahan MyKad untuk sekali sahaja.
    Bagi pengguna aplikasi, pengesahan MyKad diperlukan satu kali sahaja untuk melengkapkan proses pembelian pada harga RM1.99.
    Selepas pengesahan pertama, transaksi berikutnya melalui aplikasi boleh dilakukan tanpa pengesahan MyKad berulang, selagi akaun pengguna masih aktif dan kelayakan .
  • Langkah mudah melalui aplikasi
    Pilih pembelian RON95 pada harga RM1.99 dalam aplikasi.
    Lakukan pembayaran menggunakan e-dompet pilihan.
    Sahkan identiti menggunakan MyKad satu kali sahaja.

Fasa pertama: Anggota Tentera Dan Polis

  • Tarikh: 27 September
    Anggota tentera dan polis berkhidmat di negara ini.
    Tujuan: Memperkukuh kesejahteraan golongan berkenaan dengan akses awal ke harga RM1.99 bagi RON95.

Fasa kedua: Penerima STR

  • Tarikh: 28 September
    Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    Tujuan: Memastikan kumpulan berpendapatan rendah turut mendapat manfaat langsung daripada program tersebut.

Fasa ketiga: Warganegara Malaysia Secara Umum

  • Tarikh: 30 September
    Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95)

Malaysia menjadi satu-satunya negara yang berani mengambil langkah menurunkan harga minyak bagi rakyatnya dan tidak untuk warga asing menerusi Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Ia menunjukkan kerajaan menguruskan sumber negara secara bijaksana malah memperlihatkan kesungguhan memperkasakan rakyat sendiri. Di tengah-tengah beban hutang negara yang masih belum reda, inisiatif ini membuktikan bahawa kerajaan mampu melakukan perubahan positif dengan pengurusan cekap dan berkesan.

Pelaksanaan ini juga memberi isyarat bahawa kerajaan tidak akan berkompromi demi memastikan rakyat merasai manfaat negara walaupun keadaan ekonomi mencabar. Ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk lebih menghargai sumber tenaga dan mengamalkan penggunaan petrol secara berhemah dan bertanggungjawab.

Intipati Pengumuman BUDI95

intipati pengumuman budi95

Masa Depan Subsidi Minyak RON95 Lebih Adil

Pelaksanaan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program BUDI95 adalah satu langkah berani dan bersifat transformasi yang memperlihatkan keazaman kerajaan membela rakyat dan memajukan negara.

Melalui mekanisme mudah, adil dan berintegriti, rakyat Malaysia berpeluang menikmati manfaat subsidi secara langsung tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka. Langkah ini juga memberi isyarat bahawa masa depan pengurusan sumber tenaga di Malaysia akan lebih lestari dan berorientasikan keadilan sosial.

Menerusi program ini, rakyat Malaysia dapat menaruh harapan bahawa kerajaan sentiasa komited demi memastikan negara terus berkembang dan rakyatnya sejahtera. Ia juga menjadi satu pengiktirafan terhadap kecekapan pengurusan negara yang mampu melaksanakan dasar-dasar memberi manfaat besar kepada rakyat walaupun keadaan kewangan mencabar.

Kenyataan Rasmi Mengenai Subsidi BUDI95

berita rasmi budi95 subsidi petrol

Kongsi Artikel