Guna Setel Tak Perlu Scan Mykad Beli Petrol Harga Subsidi

Guna Setel Tak Perlu Scan Mykad Beli Petrol Harga Subsidi. Tidak mahu buang masa scan Mykad di kaunter stesen minyak Petronas? guna aplikasi setel semua settle.

Sistem pembayaran mudah alih, pantas dan selamat melalui aplikasi adalah pilihan utama bagi mana-mana pengguna perkhidmatan terutamanya apabila mahu mengisi minyak kenderaan. Di stesen Petronas anda boleh membuat pembelian petrol secara eksklusif melalui aplikasi e-dompet (e-wallet). Setel memudahkan serta menjimatkan masa pengguna selain memberi peluang untuk menikmati pelbagai manfaat menarik termasuk harga subsidi petrol dibawah inisiatif atau program BUDI MADANI RON95 (Budi95).

Aplikasi Setel BUDI MADANI RON95

Aplikasi Setel merupakan sistem pembayaran digital membolehkan pengguna melakukan transaksi pembelian petrol tanpa perlu beratur di kaunter atau menggunakan kad kredit/debit di pam.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Play Store, App Store atau Huawei App Gallery. Ia direka khas untuk memastikan proses pengisian minyak di stesen PETRONAS menjadi lebih pantas, mudah dan selamat. Kini, pengguna tidak perlu lagi bergantung kepada kaedah pembayaran fizikal kadang kala menyusahkan dan mengambil masa.

setel budi ron95

Guna Aplikasi Setel Beli Petrol Subsidi BUDI MADANI RON95

Pengguna Setel kini boleh membuat pembelian petrol berharga subsidi bermula 30 September 2025. Caranya mudah sahaja. Bagi pengguna pertama kali, anda perlu muat turun aplikasi (apps), daftar dan sahkan akaun Setel anda sekali sahaja melalui proses pengesahan identiti dengan mengimbas MyKad dan mengambil swafoto.

Selepas itu, anda boleh menikmati subsidi tersebut setiap kali isi minyak di stesen PETRONAS yang menyokong program BUDI MADANI RON95 tanpa perlu mengimbas MyKad (IC) setiap kali isi minyak kenderaan.

Panduan Mudah Menggunakan Setel

  1. Muat Turun Aplikasi Setel (Official)
    Pilih platform peranti masing-masing: Google Play, App Store atau Huawei App Gallery. Muat turun secara percuma.
  2. Daftar dan Sahkan Akaun
    Masukkan nombor telefon bimbit, ikuti arahan pendaftaran dan sahkan akaun dengan imbasan MyKad serta swafoto.
  3. Buat Pembayaran di Stesen PETRONAS
    Apabila sampai di stesen, buka aplikasi, biarkan GPS mengenal pasti lokasi stesen PETRONAS terdekat. Pilih pam dan tetapkan jumlah minyak.
  4. Aktifkan Pam dan Isi Minyak
    Masukkan PIN atau gunakan pengesahan cap jari untuk sahkan pembayaran. Pam akan diaktifkan dan anda boleh mula mengisi minyak tanpa beratur.
  5. Kumpul Mata Ganjaran
    Setiap pembelian akan secara automatik menambah mata Mesra yang boleh digunakan untuk mendapatkan hadiah menarik.

setel budi95 ic

Kelebihan Utama Menggunakan Setel

  • Mudah
    Dengan Setel, pengguna boleh membuat pembayaran dari dalam kenderaan mereka sendiri. Selepas sampai di stesen PETRONAS, cukup buka aplikasi, pilih nombor pam dan tetapkan jumlah minyak yang diingini. Pembayaran dilakukan secara digital dan pam akan diaktifkan selepas transaksi selesai. Ia memendekkan masa menunggu dan mengelakkan kesesakan di kaunter.
  • Keselamatan Terjamin
    Maklumat pembayaran dan data peribadi dilindungi dengan sistem keselamatan yang kukuh. Pengguna tidak perlu risau tentang risiko kehilangan maklumat atau penipuan. Tambahan pula, Setel tidak memerlukan transaksi pra-kelulusan seperti kad kredit.
  • Integrasi dengan Program Ganjaran Mesra
    Setel turut membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata ganjaran Mesra secara digital, tanpa perlu membawa kad fizikal. Setiap pembelian melalui aplikasi akan secara automatik menambah mata ganjaran yang boleh ditebus untuk pelbagai hadiah menarik dan diskaun eksklusif.
  • Navigasi Ke Stesen PETRONAS Terdekat
    Aplikasi ini dilengkapi fungsi lokasi yang memaparkan stesen PETRONAS berhampiran pengguna dan menyediakan navigasi melalui Waze atau Google Maps. Hal ini memudahkan perancangan perjalanan dan memastikan pengguna sentiasa berada di stesen yang paling dekat dan sesuai.
  • Rekod Perbelanjaan Dan Resit Digital
    Setel menyediakan rekod transaksi yang lengkap dan boleh dimuat turun sebagai bukti pembayaran. Pengguna boleh memantau perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih mudah dan mengurus kewangan dengan lebih berkesan.

setel petrol tanpa mykad

Penggunaan aplikasi Setel bukan sahaja memudahkan tetapi juga memberi banyak manfaat tambahan yang pastinya menjimatkan masa dan wang. Promosi dan diskaun eksklusif terutamanya bagi membuat pembelian Petrol subsidi BUDI MADANI RON95. Melalui kemudahan penggunaan, ciri keselamatan dan integrasi program ganjaran, Setel membuktikan bahawa pengisian minyak kini lebih mudah, selamat dan memberi nilai tambah kepada pengguna.

Sebarang maklumat lanjut sila layari: Facebook Rasmi Setel atau Laman Web Rasmi Setel.

Kongsi Artikel