Check BUDI95: Semakan Kelayakan & Baki Kuota RON95 Online

Check BUDI95: Semakan Kelayakan & Baki Kuota RON95 Online. Panduan membuat semakan status kelayakan beli petrol dan semak kuota minyak subsidi secara online.

Rakyat Malaysia kini boleh mula membuat semakan status kelayakan bagi pembelian petrol RON95 bersubsidi melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pengguna memperoleh akses subsidi secara lebih tepat sasaran sambil mengurangkan pembaziran. Semakan kelayakan dan baki penggunaan setiap liter daripada jumlah ditetapkan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal rasmi BUDI MADANI RON95 dengan hanya menggunakan mekanisme mudah iaitu nombor kad pengenalan (Mykad) tanpa perlu membuat sebarang pendaftaran atau permohonan.

Program Bantuan Subsidi BUDI MADANI RON95

Program BUDI95 merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bertujuan menyalurkan bantuan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia pada kadar harga RM1.99 seliter. Langkah ini digariskan sebagai komitmen kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

budi 95 ron 95

Melalui pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan berhasrat memastikan akses lebih berpatutan kepada bahan api bagi penggunaan harian, seterusnya menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi. Selain itu, pendekatan ini diharapkan dapat meningkatkan kestabilan harga hidup, memberi rangsangan kepada ekonomi domestik serta memperkuat sistem keselamatan sosial dengan menumpukan perhatian kepada kesejahteraan golongan paling terkesan oleh perubahan kos sara hidup.

Secara keseluruhan, BUDI MADANI RON95 adalah langkah proaktif kerajaan MADANI yang menyelaraskan dasar subsidi dengan matlamat memperkukuh pendapatan boleh guna rakyat sambil memastikan ekonomi negara terus berkembang secara inklusif dan mampan.

check status petrol ron95

Semakan BUDI 95 Kelayakan Dan Kouta Liter Petrol RON95

Program ini menggabungkan penggunaan teknologi semakan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan atau Mykad rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu aktif (sah). Tiada permohonan atau pendaftaran tambahan diperlukan bagi mereka yang layak serta baki kouta penggunaan setiap liter petrol RON95 bersubsidi boleh dipantau secara real-time.

Syarat Kelayakan Utama

  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif (sah).
  • Had kelayakan subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan bagi setiap pengguna (individu) manakala pemandu e-hailing boleh memohon kouta lebih tinggi.
  • Harga subsidi RM1.99 seliter berkuat kuasa untuk seluruh rakyat Malaysia mulai 30 September 2025.

Tarikh Penting

  • Semakan kelayakan dan baki penggunaan secara online melalui portal rasmi BUDI95 mulai pada 25 September 2025.

info budi95 subsidi petrol ron95

Harga Subsidi Petrol RON95 Dan Kuota

  • Harga subsidi bagi RON95 ialah RM1.99 seliter. Harga ini berbeza dengan harga pasaran tanpa subsidi yang diramalkan sekitar RM2.60 seliter.
  • Kuota asas untuk setiap pengguna ialah 300 liter sebulan. Penggunaan melebihi kuota bulanan akan dikenakan harga pasaran semasa bagi jumlah yang melebihi had 300 liter.
  • Tempoh dan tarikh pelaksanaan bagi harga subsidi RM1.99 seliter bermula pada 30 September 2025. Sebagai makluman, tarikh ini menandakan tempoh rasmi penetapan harga subsidi di bawah inisiatif ini.

Cara Semakan Status Dan Baki Penggunaan BUDI95

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk membuat semakan secara online:

  1. Layari portal rasmi semakan kelayakan BUDI95 melalui pautan: https://www.budi95.gov.my
  2. Klik butang pautan BUDI95 Individu untuk semakan kelayakan program BUDI95. atau;
  3. Terus ke halaman semakan di pautan: https://www.budi95.gov.my/eligibility-check?type=individual
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda pada ruangan yang disediakan untuk proses pengesahan kelayakan.
  5. Sistem akan memaparkan status kelayakan anda sama ada layak atau tidak layak untuk mendapatkan manfaat BUDI95 serta baki penggunaan subsidi bulanan secara harian. Setiap penggunaan subsidi akan direkodkan dan dipaparkan mengikut tarikh penggunaan.

result check budi95

Tips Pengguna BUDI95

  • Pastikan Mykad anda dalam keadaan baik.
  • Semak baki penggunaan setiap liter petrol RON95 bersubsidi secara berkala melalui portal BUDI MADANI RON95 atau aplikasi stesen minyak seperti Setel, CaltexGo, Petron dan e-dompet (Touch ‘n Go eWallet) untuk merancang penggunaan harian anda.
  • Jika anda memandu untuk perkhidmatan e-hailing, pertimbangkan keperluan kuota tambahan sebelum tarikh bulan berlalu untuk mengelakkan kekurangan subsidi.
  • Simpan resit transaksi sebagai bukti pembelian dan peruntukan subsidi bagi rujukan jika diperlukan di masa hadapan.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh melayari halaman utama portal rasmi Program Bantuan Subsidi BUDI MADANI di pautan: https://www.budimadani.gov.my.

info budi madani ron95 mof

Kongsi Artikel