Tidak semua rakyat Malaysia sedar bahawa terdapat beberapa halangan yang boleh menyebabkan mereka disenarai hitam (blacklist) oleh pelbagai agensi kerajaan sekali gus menghalang mereka daripada melakukan perjalanan ke luar negara. Jangan ambil mudah akan hal ini kerana anda mungkin di senarai hitamkan yang menghalang anda dari melakukan perjalanan ke luar negara atau ingin membuat atau memperbaharui pasport antarabangsa Malaysia.
Sekatan Keluar Negara
Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mungkin telah disenarai hitam tanpa pengetahuan awal sama ada disebabkan oleh isu cukai, hutang tertunggak, kesalahan di mahkamah atau kerana tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan lain. Jika status ini tidak disemak dan didapati positif anda berisiko menghadapi sekatan perjalanan termasuk keperluan membayar denda, menyelesaikan hutang atau menjalani proses tertentu sebelum dibenarkan keluar negara.
Oleh itu, memastikan status dokumen perjalanan dan kawalan imigresen adalah sangat penting demi mengelakkan sebarang kejutan yang tidak diingini di saat akhir.
Agensi Kerajaan Menyenarai Hitamkan
Antara agensi utama yang mempunyai kuasa menyenarai hitam termasuk:
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Mengawal dan menyemak status kawalan imigresen. - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Berkaitan isu cukai dan hutang tertunggak. - PDRM
Berkaitan kesalahan jenayah dan keselamatan. - SPRM
Berkaitan kesalahan rasuah dan jenayah komersil. - Bank Negara Malaysia
Berkaitan isu berkaitan bank dan kewangan. - KWSP, PTPTN
Berkaitan dengan penyelarasan hutang dan pinjaman pendidikan. - Jabatan Penjara dan Mahkamah
Berkaitan dengan kesalahan jenayah dan perintah mahkamah.

Panduan Semakan Status BlackList Imigresen Secara Online
Semakan status ini boleh dilakukan dengan mudah dan pantas melalui sistem dalam talian. Berikut adalah panduan membuat semakan secara online:
Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan di bawah:
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat semakan.
- Sila masukkan No Kad Pengenalan 12 Digit.
- Tekan Butang Semak.
- Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).
- Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri.

Semakan Online PTPTN
Bagi menyemak senarai hitam ptptn sila layari laman berikut:
Ikuti cara melakukan semakan senarai hitam PTPTN seperti di bawah:
- Masukkan No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-mel
- Tekan Butang Hantar
- Sila pastikan maklumat adalah terkini bagi memudahkan penyampaian maklumat pinjaman dibuat
Perkara Penting Perlu Diketahui
- Kesan Disenarai Hitam
Individu yang disenarai hitam tidak akan dibenarkan keluar negara, membuat pasport baru atau memperbaharui pasport sedia ada sehingga halangan tersebut diselesaikan. - Peraturan Negeri
Bagi perjalanan ke Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada undang-undang negeri tertentu. - Kemasukan ke Luar Negara
Pastikan status kawalan imigresen adalah Tiada Sekatan sebelum merancang perjalanan.
Punca Disenarai Hitam
Diantara punca-punca individu disenarai hitam yang menyebabkan di halang ke luar negara adalah seperti berikut:
- Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM.
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN.
- Gagal membayar levi pekerja asing.
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara.
- Seseorang yang diisytiharkan bankrap.
- Peniaga yang tidak membayar cukai.
- Majikan yang gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja.
- Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti.


