Pemilihan/ Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 Siri 205 Lelaki. Setiap tahun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada tiga cabang iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan merekrut perajurit muda. Orang ramai yang berusia 18 hingga 25 tahun berpeluang untuk menjadi anggota barisan pertahanan negara dalam menghadapi ancaman keselamatan.
Untuk makluman, perajurit muda adalah gelaran kepada pelatih/ rekrut muda dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ia bukan pangkat sebenar dalam perkhidmatan ATM dan taraf perajurit muda adalah di bawah Prebet, Laskar Muda dan Laskar Udara.
Selain itu, skim gaji askar Angkatan Tentera Malaysia mengguna pakai kelayakan akademik masing-masing. Contohnya, anggota yang mempunyai kelulusan Diploma yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan menerima gaji yang lebih tinggi berbanding anggota yang hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kepada yang berminat untuk menyertai Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah membuat permohonan secara atas talian. Jasa dan pengorbanan untuk menjadi seorang anggota tentera adalah besar dan akan dihormati oleh masyarakat.
Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 Siri 205 (Lelaki)
Di bawah adalah perkongsian berkaitan Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 serta maklumat seperti tarikh permohonan, syarat-syarat dan cara untuk memohon sebagai panduan untuk semua.
Tarikh Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2025
Berikut adalah tarikh yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi pemilihan awal Perajurit Muda Tentera Darat ambilan tahun 2025 siri 205 :
- Mula : 10 Julai 2025
- Tamat : 31 Julai 2025
Syarat – Syarat Pemilihan
Untuk menapis individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang tentera darat, di bawah adalah syarat-syarat yang wajib dipenuhi oleh pemohon:
Syarat Am
- Calon serta Ibu atau Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA
- Ketinggian Minima: Lelaki – 162 cm
- BMI – 18.0 hingga 24.9
- Umur – Mestilah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun dan 30 tahun bagi calon KAGAT pada 20 November 25
- Taraf Kesihatan : Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tiada sejarah kecederaan serius dan penyakit lelah, penyakit kronik dan penglihatan baik & tidak rabun warna
- Tiada rekod jenayah dan rekod penyalahgunaan dadah
Syarat Fizikal
- Tinggi:
- Ukuran tinggi minima bagi lelaki : 1.62 m
- Ukuran tinggi minima bagi wanita : 1.57 m
- Berat:
- Berat badan minima lelaki : 47.5 kg
- Berat badan minima wanita : 40.5 kg
- Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 24.9
Syarat Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Lulus BM dan Sejarah.
- SPVM – PNGK Akademik 2.0 ke atas
Cara Mohon Pemilihan Perajurit Muda
Permohonan awal lelaki Perajurit Muda Tentera Darat akan dilakukan secara “online”.
SUMBER : Facebook Tentera Darat Malaysia
Permohonan Awal Perajurit Muda Secara Atas Talian, adalah digalakkan untuk menggunakan browser chrome atau firefox. Sekiranya terdapat paparan menunjukkan ‘Your connection is not private’ klik sahaja teruskan sehingga berjaya masuk ke laman permohonan.
- Pemohon boleh mendaftar dahulu sebagai pengguna kali pertama
- Masukkan nombor kad pengenalan dan emel yang aktif dengan tepat
- Buat pengesahan melalui emel yang diterima
- Log masuk ke bahagian pemohon
- Masukkan maklumat peribadi pemohon seperti pencapaian SPM/ SVM/ Sijil/ Diploma dan sukan yang diceburi
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran
NOTA : Pemohon digalakkan menggunakan Komputer atau Laptop untuk pendaftaran atas talian. Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf dan png/jpeg. Sila pastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik (upload) terang dan jelas. Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan.
Sistem Permohonan Perajurit Muda
Aplikasi permohonan tersebut boleh dibuka melalui pautan di bawah:
PERINGATAN : Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan di dalam sistem. Bagi pemohon yang gagal, akan dimaklumkan melalui emel.
Tarikh Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat (PM TD) Siri 205 Tahun 2025
Tentera Darat Malaysia telah mengumumkan bahawa pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 205 tahun 2025 secara walk-in akan bermula dari tarikh 20 September 2025 sehingga 5 Oktober 2025 bergantung kepada lokasi.
Sebanyak 16 Lokasi Pemilihan Akhir PM TD seluruh Malaysia akan dibuka, senarai lokasi Pemilihan Akhir PM TD seperti berikut:
a. Zon Utara
- (1) MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah: 24-25 & 27-28 Sep 25.
- (2) 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah: 20-22 Sep 25.
- (3) 2 RRD, Kem Syed Putra, Ipoh, Perak: 1-2 & 4-5 Okt 25.
b. Zon Timur
- (1) MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan: 20-24 Sep 25 .
- (2) 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus, Terengganu: 27-28 Sep 25.
- (3) 12 RAMD (Mek), Kem Daralockwood, Kuantan, Pahang: 30 Sep-2 Okt 25.
c. Zon Selatan
- (1) MSS Kluang, Kem Mahkota, Kluang, Johor: 20-22 Sep 25.
- (2) 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka: 24-25 Sep 25.
- (3) 15 RAMD, Kem Senawang, Senawang, N.Sembilan : 1-2 & 4 Okt 25.
d. Zon Sarawak
- (1) 20 RAMD, Kem Sri Miri,Miri, Sarawak: 20-21 Sep 25.
- (2) MK 9 Bgd, Kem RASCOM Batu 10, Sibu, Sarawak: 24-25 & 27-28 Sep 25.
- (3) MK 3 Bgd, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak: 1-2 & 4-5 Okt 25.
e. Zon Sabah
- (1) 7 RAMD, Kem Kabota, Tawau, Sabah: 20-21 Sep 25.
- (2) 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah: 24-25 Sep 25.
- (3) MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah: 28 Sep-1 Okt 25.
f. Zon Tengah
- (1) MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur: 27-29 Sep 25.
Syarat Fizikal
- a. Ketinggian Minima: Lelaki – 162 cm
- b. BMI: 18.0 hingga 24.9 Kg/M²
- c. Umur: Tidak Kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 20 Nov 2025
3. Syarat Akademik (Minima)
- a. SPM – Lulus BM dan Sejarah
- b. SPVM – PNGK Akademik 2.0 ke atas
- c. Tambahan Kelulusan Akademik Calon KAGAT:
- (1) STAM – Minima Maqbul (Lulus)
- (2) STPM (Pengajian Usuluddin & Syariah) – Minima Kepujian
- (3) Diploma Pengajian Islam/Tahfiz/Usuluddin/Syariah/Dakwah dan Al-Quran & Sunnah – Minima PNGKA 2.0
Dokumen yg perlu bawa semasa temuduga:
- a. Kad Pengenalan Calon – asal dan 1 salinan
- b. Sijil Daftar Kelahiran – asal dan 1 salinan
- c. Sijil SPM/SPVM – asal dan 1 salinan
- d. Sijil Berhenti Sekolah Terakhir – asal dan 1 salinan
- e. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu
- f. 1 Salinan Kad Pengenalan Bapa
- g. 1 Salinan Kad Pengenalan 2 orang Waris Tambahan (abang/kakak/bapa Saudara)
- h. 1 batang Ball Pen Hitam
- i. Filem X-Ray dan Laporan X-Ray yang disahkan oleh Pakar Radiologi (Tempoh 5 bulan dari tarikh pemilihan akhir)
Pakaian semasa melapor adalah seperti berikut:
- a. Baju T-shirt putih berkolar lengan pendek
- b. Seluar Track Suit warna gelap
- c. Kasut sukan warna bebas dan stokin putih
Untuk maklumat juga, Proses Pemilihan Akhir tidak akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Sekian, terima kasih.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari Portal Rasmi Sel Pengambilan TD di pautan berikut
Jika pemohon menghadapi masalah berkaitan Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat 2025, sila hubungi :
- Sel Pengambilan Perajurit Muda, Tentera Darat Malaysia
No. Tel: 03-40140470
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Rel : taraf kesihatan sihat tidak cacat anggota badan tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang tidak menghidap penyakit lelah tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan, perajurit muda td, pemilihan awal perajurit muda tentera darat, maklumat lanjut, dokumen yang diperlukan, https jmt.mod.gov.my, kelebihan mempunyai sijil kemahiran dalam pelbagai bidang sains teknologi,