Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2025 (Siri 47/2025)

Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2022 JMF (Siri 47/2025). Iklan jawatan kosong rekrut TSNJ beserta syarat kelayakan & tarikh penting.

Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2025 (Siri 47/2025) Lelaki. Berita Baik kepada rakyat negeri Johor yang berminat untuk menyertai pasukan tentera dan berbakti kepada kerabat diraja dan negeri Johor. Bangsa Johor yang berusia 18 hingga 24 tahun berpeluang untuk berkhidmat sebagai anggota tentera yang dikenali sebagai Johor Military Force (JMF)

Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah ditubuhkan pada tahun 1886 dan terlibat Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ia merupakan pasukan tentera yang tertua di Malaysia serta dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal sehingga hari ini

Peranan utama Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah untuk melindungi Sultan Johor, kerabat diraja dan harta benda baginda. Selain itu, peranan tambahan mereka adalah untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia semasa kecemasan atau konflik bersenjata

Negeri Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang memiliki pasukan tentera moden yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Baginda merupakan seorang yang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan negeri Johor serta menjalinkan hubungan yang baik dengan Ratu Kerajaan Great Britain bagi mengelakkan penjajahan di negeri Johor

Jawatan Kosong Pengambilan Rekrut Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2025 (Siri 47/2025)

Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Perajurit Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Tarikh Dan Cara Permohonan

Permohonan adalah secara temuduga terbuka di Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 3 dan 4 Mei 2025 jam 0800 hingga 1700.

Isi pautan di bawah bagi pendaftaran awal.

NOTA: Hadir dengan pakaian sukan dan membawa kad pengenalan diri SERTA satu salinan dokumen seperti berikut :-

  1. Sijil SPM/SPMV/Lain-lain Sijil yang berkaitan
  2. ⁠Sijil Darjah Khas Johor/Sijil sekolah agama Negeri Johor
  3. ⁠Kad Pengenalan Diri
  4. ⁠Kad Pengenalan Ibu Bapa
  5. ⁠Sijil Lahir
  6. ⁠Sijil-Sijil Penghargaan/Penyertaan

Untuk maklumat dan kemaskini terkini boleh sertai chanel telegram Johor Military Forces dengan Scan QR Kod atau tekan link https://t.me/Johormilitaryforces

Syarat Kelayakan

Sebelum menghadirkan diri ke pemilihan awal, pastikan calon menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Syarat-syarat kelayakan wajib adalah seperti berikut:

  1. Lelaki Islam sahaja berumur 18-24 tahun
  2. Minimum Tinggi 168 CM
  3. Kepujian dalam Matapelajaran Bahasa Melayu dan Lulus 4 mata pelajaran bagi lain-lain matapelajaran

Elaun dan kemudahan 

Berdasarkan kepada pengambilan tahun 2022, sekiranya calon berjaya dalam pengambilan rekrut, gaji permulaan sebagai seorang anggota adalah sebanyak RM1,360.00 (Gaji Pokok). Selain itu, calon juga akan menikmati elaun dan kemudahan seperti di bawah:

  • Elaun sara hidup (COLA)
  • Elaun Khidmat Awam
  • Elaun Intensif Khas
  • Elaun kepakaran
  • Elaun imbuhan tetap perumahan
  • Pinjaman perumahan/ kenderaan
  • Rawatan perubatan percuma
  • Insuran Kelompok Angkatan Tentera
  • Uniform percuma
  • Kemudahan kediaman

Pemohon yang mempunyai sebarang masalah berkenaan Pengambilan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 2025 (Siri 47/2025), sila hubungi atau layari:

Kongsi Artikel