MyDigital ID Malaysia: Kelebihan, Keselamatan & Cara Daftar

Keperluan sistem pengenalan diri yang selamat, mudah dan dipercayai menjadi satu keutamaan di era transformasi digital. Kerajaan Malaysia memperkenalkan MyDigital ID satu inisiatif inovatif bertujuan menyediakan penyelesaian identiti digital yang mampu memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan dalam dunia digital masa kini.

Apakah MyDigital ID

MyDigital ID adalah satu sistem pengenalan diri digital membolehkan pengguna mengesahkan identiti mereka secara selamat ke dalam pelbagai aplikasi dan portal kerajaan mahupun swasta. Ia berfungsi sebagai satu titik akses tunggal, membolehkan pengguna log masuk ke pelbagai perkhidmatan dalam talian menggunakan satu kata laluan sahaja.

Sistem ini juga secara langsung berhubung dengan pangkalan data kerajaan sekali gus memastikan pengesahan yang sah dan dipercayai tanpa menyimpan sebarang maklumat peribadi di luar sistem yang selamat. Melalui MyDigital ID, kerajaan menawarkan satu platform pengesahan identiti cekap, selamat dan tidak menggantikan sistem MyKad sedia ada tetapi saling melengkapinya melalui perhubungan transaksi secara dalam talian (online).

apa itu mydigital id

Kepentingan Dan Manfaat Utama MyDigital ID

Untuk Individu:

  • Kemudahan Akses
    Dengan MyDigital ID, pengguna tidak perlu lagi menghafal pelbagai kata laluan atau membawa dokumen fizikal setiap kali ingin mengakses perkhidmatan kerajaan atau swasta. Segala urusan dalam talian menjadi lebih mudah dan pantas.
  • Keselamatan Terjamin
    Pengesahan dilakukan secara langsung ke pangkalan data kerajaan sekali gus memastikan identiti pengguna disahkan secara sah dan selamat tanpa risiko penipuan.
  • Pengurangan Kegagalan Pendaftaran
    Proses pendaftaran yang ringkas dan pantas memudahkan pengguna untuk mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian.

Untuk Perniagaan:

  • Pengalaman Pelanggan Lebih Baik
    Perniagaan dapat menawarkan proses pendaftaran dan pengesahan yang lebih pantas, selamat dan tanpa dokumen fizikal, meningkatkan kepuasan pelanggan.
  • Pengurangan Penipuan
    Sistem pengesahan membantu mengurangkan risiko penipuan identiti dalam talian.
  • Akses Mudah ke Perkhidmatan Kerajaan
    Perniagaan yang berurusan dengan kerajaan boleh memanfaatkan MyDigital ID untuk mempercepatkan proses transaksi dan permohonan.

kelebihan mydigital id

Kelebihan MyDigital ID

Selain daripada kemudahan dan keselamatan, MyDigital ID menawarkan pelbagai kelebihan lain yang menjadikannya satu inovasi penting dalam ekosistem digital Malaysia.

  • Pengesahan diri yang sah dan selamat
    Menggunakan teknologi terkini memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
  • Menghapuskan keperluan pelbagai kaedah pengenalan diri
    Tidak perlu lagi bergantung kepada pelbagai dokumen atau kaedah pengesahan yang kompleks atau merumitkan.
  • Mengurangkan risiko penipuan identiti
    Sistem pengesahan dan berintegrasi dengan pangkalan data kerajaan memastikan identiti pengguna tidak mudah dipalsukan.
  • Kemudahan log masuk tunggal
    Pengguna hanya perlu satu kata laluan untuk mengakses pelbagai aplikasi dan portal.
  • Transaksi dalam talian yang selamat, pantas dan mudah
    Memberikan pengalaman pengguna lebih lancar dan bebas tekanan.

penggunaan mydigital id

Penggunaan MyDigital ID

  • Dalam Talian
    Pengguna boleh log masuk ke mana-mana aplikasi menyokong log masuk MyDigital ID dengan hanya memasukkan kata laluan yang sah. Contohnya, di portal kerajaan, pengguna hanya perlu membuka aplikasi MyDigital ID, imbas kod QR yang tertera di laman log masuk dan masukkan kata laluan.
  • Di Pelayar Mudah Alih
    Melalui pelayar mudah alih, pengguna boleh klik pada kod QR di halaman log masuk, imbas dan masukkan kata laluan serterusnya secara automatik akan dilog masuk ke portal tersebut.
  • Di Kios Fizikal
    Bagi pendaftaran secara fizikal, terdapat kios MyDigital ID berhampiran boleh dikunjungi. Pastikan membawa MyKad/MyTentera serta peranti mudah alih berinternet, kemudian ikuti langkah-langkah dipaparkan di kios.

MyDigital ID Tidak Ganti MyKad

Walaupun MyDigital ID menawarkan kemudahan dalam transaksi dalam talian, ia tidak menggantikan fungsi MyKad yang digunakan untuk urusan fizikal di kaunter kerajaan atau institusi lain. Ia hanya berfungsi sebagai pengenalan diri digital bagi urusan dalam talian, memastikan integrasi teknologi yang selamat tanpa menjejaskan keperluan dokumen fizikal sedia ada.

Cara Dan Panduan Pendaftaran MyDigital ID Online

Jika anda belum lagi mendaftar akaun MyDigital ID, anda boleh dengan mudah melakukannya melalui aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda. Ikuti panduan langkah demi langkah ini untuk memulakan perjalanan digital anda dengan lancar.

  1. Muat Turun Aplikasi Melalui Pautan Rasmi
    Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memuat turun aplikasi MyDigital ID dari pautan rasmi yang disediakan. Sila layari https://www.digital-id.my/download menggunakan telefon pintar anda.
  2. Buka Aplikasi dan Akses Menu Utama
    Setelah selesai memuat turun dan memasang aplikasi, buka aplikasi tersebut. Pada paparan utama, anda akan melihat ikon 3 Baris yang terletak di bahagian kiri atas aplikasi. Tekan ikon tersebut untuk membuka menu utama. Ini adalah langkah pertama untuk mengakses fungsi daftar dan pengenalan diri.
  3. Pilih Menu Daftar Online atau Penjawat Awam
    Setiap pengguna perlu memilih menu yang sesuai dengan status mereka:
    – Untuk orang awam, pilih Daftar Online.
    – Bagi kakitangan kerajaan atau penjawat awam, pilih Penjawat Awam.
    Pilihan ini penting agar proses pendaftaran berjalan lancar dan data anda dikendalikan mengikut kategori yang betul.
  4. Pengesahan Melalui Email Rasmi
    Masukkan alamat email rasmi dan sah anda. Pastikan email yang didaftarkan adalah betul kerana semua maklumat penting seperti OTP akan dihantar ke email ini. Tekan SETERUSNYA untuk meneruskan proses.
  5. Pengesahan Melalui OTP
    Setelah memasukkan email, sistem akan menghantar kod OTP 6 digit ke email tersebut. Semak inbox email anda dan masukkan kod OTP yang diterima ke dalam ruangan yang disediakan. Tekan SETERUSNYA untuk langkah seterusnya. Pastikan anda memasukkan OTP dengan tepat dalam tempoh masa ditetapkan.
  6. Isikan Maklumat Peribadi
    Seterusnya, anda dikehendaki memasukkan maklumat peribadi termasuk:
    – Nama Penuh
    – Nombor Kad Pengenalan
    Tekan SETERUSNYA selepas maklumat lengkap diisi. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sama seperti yang tertera di kad pengenalan.
  7. Benarkan Aplikasi Menggunakan Kamera
    Aplikasi MyDigital ID akan memohon kebenaran untuk menggunakan kamera telefon anda. Ini penting bagi proses pengimbasan MyKad dan pengenalan wajah. Sila benarkan akses kamera untuk memudahkan proses pengesahan diri.
  8. Ambil Gambar MyKad
    Ambil gambar bahagian depan MyKad anda dan tekan SAHKAN. Pastikan gambar yang diambil jelas dan terang supaya maklumat di kad dapat dibaca dengan sempurna.
  9. Ambil Gambar Belakang MyKad
    Seterusnya, lakukan perkara yang sama untuk bahagian belakang MyKad. Pastikan gambar yang diambil adalah jelas dan tidak kabur.
  10. Pengimbasan Wajah untuk Proses eKYC
    Aplikasi akan mengambil gambar wajah anda secara automatik untuk proses eKYC (electronic Know Your Customer). Pastikan anda berada di tempat yang cerah dan tidak bergerak semasa proses pengimbasan ini berlangsung. Ini bagi memastikan pengenalan wajah berjalan lancar dan tepat.
  11. Tetapkan Kata Laluan
    Akhir sekali, tetapkan kata laluan atau password yang selamat dan mudah diingati sebagai kunci akses ke aplikasi MyDigital ID. Masukkan password tersebut dan tekan OK. Pastikan password yang dipilih adalah unik dan tidak mudah diteka untuk memastikan keselamatan data anda.

Video Bimbingan Pendaftaran MyDigital ID

Proses pendaftaran aplikasi MyDigital ID adalah sangat mudah dan mesra pengguna. Sebarang maklumat lanjut sila layari halaman utama Portal Rasmi MyDigital ID dipautan: https://www.digital-id.my

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."