Gegar Vaganza (GV) kembali lagi! Setelah menjadi pilihan utama penonton dan peminat muzik tanah air selama bertahun-tahun, musim ke-12 program realiti nyanyian ini sekali lagi menghangatkan suasana malam minggu di kaca TV Astro. GV12 memperkenalkan konsep baharu yang dinamakan GV-Verse iaitu sebuah dimensi eksklusif diinspirasikan daripada aura dan keunikan setiap bintang yang menyertai musim ini.
Peminat setia dan penonton baharu, pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pertarungan suara dan kehebatan seni dari barisan peserta hebat yang bakal memeriahkan pentas GV12 bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Gegar Vaganza 12: Dimensi Baharu GV-Verse
GV12 tampil dengan konsep GV-Verse eksklusif yang meraikan kehebatan dan keunikan bintang-bintang GV12 dari era 80-an hingga ke 2000-an. Konsep ini bertujuan menyatukan pelbagai generasi dan latar muzik, membina satu platform yang memperlihatkan kepelbagaian muzik tempatan dan serantau.
Sejak diperkenalkan, Gegar Vaganza kekal sebagai pertandingan nyanyian realiti nombor satu di Malaysia dan boleh dirumuskan sebagai satu platform untuk meraikan legasi dan perjalanan muzik artis-artis lagenda serta yang telah lama menghilang dari perhatian.

Barisan Peserta Gegar Vaganza 2025/26
GV12 menampilkan barisan peserta berbakat dan mempunyai cerita serta keunikan tersendiri. Dari Malaysia, Indonesia dan Singapura masing-masing bakal memperlihatkan kekuatan vokal dan karisma mereka. Lebih menarik, kehadiran peserta wildcard musim ini, SHY8 turut mencuri perhatian dengan membawa kelainan dan kejutan yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Peserta Malaysia
- Dato’ Elaine Kang
- Krisya
- Mell Sakura
- Korie
- Rahmat Ekamatra
- Mark Adam
- Nubhan
- Ejie dan Shima (Freshies)
- SHY8 (Usop Wilcha)
Peserta Indonesia
- Shae
- Ruri Repvblik
- Pungky, Sasha dan Diana (Mendua)
Peserta Singapura
- Iskandar Ismail

Pengacara Dan Juri Gegar Vaganza 12
Duo pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sekali lagi mengemudi pentas GV12 di mana kebolehan dan kreativiti mereka dalam menghidupkan suasana debaran persaingan GV setiap minggu.
Di pihak juri pula, Dato’ Ramli MS dipilih sebagai ketua juri tetap, disokong oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang. Setiap minggu, juri jemputan khas akan diundang untuk memberikan perspektif dan penilaian yang berbeza menjadikan setiap konsert lebih dinamik dan menarik.
Ini memberikan peluang kepada peminat untuk melihat pelbagai gaya penilaian dan pendekatan yang berbeza dalam menilai persembahan peserta.
Format Pemarkahan Dan Hadiah GV12
Musim ini masih mengekalkan format yang telah dilaksanakan pada musim-musim sebelumnya, di mana juri profesional ditugaskan untuk menilai persembahan peserta berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan iaitu 100% markah diberikan oleh juri profesional manakala peserta yang mendapat peratus markah terendah akan melalui penyingkiran yang diumumkan pada akhir konsert.
GV12 menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada peserta dengan juara membawa pulang RM100,000, naib juara RM50,000 dan tempat ketiga akan diberi RM30,000. Manakala, peserta yang berada di tempat keempat hingga keenam akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 pada konsert akhir GV12.

Live Streaming Gegar Vaganza 2025 Konsert Mingguan
Konsert Gegar Vaganza musim ke-12 akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu bermula pada 2 November 2025, setiap hari Ahad dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Selain itu, Gegar Vaganza turut disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran Astro Ria (104) bermula jam 9:00 malam.
Perincian Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza GV12
Selain siaran langsung di kaca TV Astro, persembahan peserta Gegar Vaganza 12 pada setiap konsert mingguan boleh di tonton dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Astro.
- Gegar Vaganza Musim Ke-12 (2025/26).
- Tarikh Mula: 2 November 2025.
- Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam.
- Hari & Masa: Setiap Ahad, 9:00 Malam.
- Siaran Langsung: Astro Ria (Saluran 104) dan AstroGo.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka.my.




