Di Malaysia, program realiti komedi sentiasa menjadi pilihan utama penonton kerana kemampuannya untuk menceriakan suasana, menghiburkan hati dan pada masa yang sama menyampaikan mesej penting secara santai dengan aksi penuh kelucuan.
Tidak dinafikan bahawa program seperti ini mampu memberi impak positif kepada penonton melalui elemen hiburan segar dan penuh kreativiti. Kali ini, Muzikal Lawak Superstar (MLS) kembali bagi musim ke-5 pasti akan menghidupkan lagi dunia komedi tempatan dengan konsep lebih unik dan berbeza berbanding sebelumnya.
Clash of Empire Tema Muzikal Lawak Super 2025
MLS musim kelima membawa tema Clash of Empire. Tema ini mengadaptasi kisah epik dan keagungan empayar-empayar dunia ke dalam dunia lawak dan muzikal. Ia memberi peluang kepada penonton menyelami kisah kehebatan tokoh-tokoh legenda yang diolah secara kreatif dan lucu selain memberi pengajaran dan inspirasi.

Cabaran Mingguan Muzikal Lawak Superstar 5
Berbeza dengan musim-musim sebelumnya, MLS5 memperkenalkan konsep di mana setiap peserta diibaratkan sebagai pahlawan dari pelbagai empire dunia. Mereka berentap dalam perjuangan untuk menegakkan maruah dan kehebatan empayar mereka di atas pentas. Tagline Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw menggambarkan suasana persaingan penuh semangat, kreatif beserta gabungan elemen muzik, lakonan dan komedi.
Setiap minggu, peserta akan menghadapi cabaran berbeza di mana memerlukan mereka menampilkan kreativiti dalam menggabungkan elemen muzik dan lakonan kreatif. Cabaran ini menguji kecekapan peserta dan keupayaan mereka mencipta persembahan yang mampu mencuit hati penonton dan juri. Melalui pendekatan ini, MLS5 juga memperlihatkan keupayaan peserta menyampaikan mesej bermakna melalui gabungan muzikal.

Kumpulan Peserta Muzikal Lawak Superstar 2025
MLS5 menampilkan 10 kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta setiap kumpulan, di mana latar belakang mereka berbeza-beza. Ada yang berasal dari dunia seni lakon, nyanyian, pelawak malah pempengaruh media sosial. Kehadiran nama-nama baharu menambahkan lagi variasi pada musim ini. Setiap kumpulan membawa gaya tersendiri dan pendekatan unik pastinya mampu memikat hati penonton dan juri.
Berikut adalah senarai penuh kumpulan dan peserta MLS5:
- Saiko (Dinasti Ming): Amma, Azhar Jalil, Aishah Azman
- Nanas (Dinasti Ottoman): Achey, Shashic, Namie
- Fiona (Ayutthaya): Chiwan, Man, Farid Along
- Roda (Roman): Naqiu, Sharif, Fad
- Jozon (Kedah Tua): Joey Daud, Norreen Iman, Zul Huzaimy
- Genzi (Mongol): Aziz M Osman, Ilham, Acong
- Kimbab (Joseon): Zulin Aziz, Maryam Kimchi, Nasz Sally
- Puteh (Mughal): Ali Puteh, Mamak Puteh, Ieda Moin
- Bahyim (Egypt): Nizam Jentik Jentik, Ayim Razak, Zahid
- Lompat (British): Mark Warn, Ayan Rahman, Danny Aidid
Barisan Bintang Dan Legenda Muzikal Lawak Superstar
Tidak lengkap rasanya jika MLS5 tanpa kehadiran bintang-bintang ternama. Program ini turut menampilkan barisan pelawak terkenal. Kehadiran mereka sebagai pesaing memberi dimensi baru dalam program ini serta menambah lagi persaingan. Lebih menarik lagi, MLS5 turut menampilkan barisan legenda dan otai-otai.
Pengacara Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2025
Program ini dikendalikan oleh Dato’ AC Mizal. Beliau pastinya mampu menyuntik semangat dan kreativiti kepada peserta serta memastikan program berjalan lancar.
Barisan juri pula tidak kurang hebatnya dengan kehadiran tiga wajah ikonik yang akan menilai kreativiti peserta. Mereka adalah Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), pelawak terkenal Zizan Razak dan penyanyi serta pelakon popular Bella Astillah. Gabungan pengalaman dan gaya penilaian mereka dijangka akan menghasilkan penilaian yang seimbang dan berkualiti sekali gus memberi motivasi kepada peserta untuk memberi yang terbaik.
Keputusan Kumpulan Tersingkir Muzikal Lawak Superstar 2025
Muzikal Lawak Superstar musim kelima menggabungkan elemen muzik, lakonan, jenaka dalam satu platform yang penuh inovatif dan menghiburkan. Penyertaan barisan peserta berbakat, bintang terkenal, legenda serta penjurian yang profesional, MLS5 pastinya akan menjadi medan persaingan sengit.
Jadi, ikuti keputusan Muzikal Lawak Superstar musim ke-5 bermula 11 Oktober 2025 yang akan dikemaskini setiap minggu bagi mengetahui kumpulan mana tersingkir dan berjaya melangkah ke minggu persaingan seterusnya.
Kedudukan Akhir MSL Musim Ke-5
| No. | Peserta | Keputusan | Hadiah |
|---|---|---|---|
| 1 | Nanas | Juara | RM150,000 |
| 2 | Roda | Naib Juara | RM75,000 |
| 3 | Kimbab | Tempat Ke-3 | RM50,000 |
| 4 | Puteh | Tempat Ke-4 | RM25,000 |
| 5 | Bahyim | Tersingkir minggu separuh akhir | |
| 6 | Lompat | ||
| 7 | Jozon | Tersingkir minggu suku akhir | |
| 8 | Genzi | ||
| 9 | Fiona | Tersingkir minggu ke-4 | |
| 10 | Saiko | Tersingkir minggu ke-3 | |
Keputusan MLS5 Minggu 8 Final
- Tarikh Disiarkan: 29 November 2025
- Tema: Lokasi Semasa & Tempat Tumpuan Pelancong
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 8
- Superstar of The Week: Namie (Nanas)
Pengumuman Keputusan Akhir
- Juara: Kumpulan Nanas
- Naib Juara: Kumpulan Roda
- Tempat Ke-3: Kumpulan Kimbab
- Tempat Ke-4: Kumpulan Puteh
Keputusan MLS5 Minggu 7 Separuh Akhir

- Tarikh Disiarkan: 22 November 2025
- Tema: Tempat Bertanding & 2 Lokasi 1 Cerita
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 7
- Superstar of The Week: Kumpulan Nanas
- Kumpulan Tersingkir: Lompat & Bahyim
Kumpulan Mara Ke Final
- Nanas
- Kimbab
- Roda
- Puteh
Keputusan MLS5 Minggu 6 Suku Akhir

- Tarikh Disiarkan: 15 November 2025
- Tema: Tempat Bersalji
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 6
- Superstar of The Week: Kumpulan Kimbab
- Kumpulan Tersingkir: Jozon & Genzi
Undian Terendah
- Puteh
- Genzi
- Bahyim
- Jozon
- Lompat
Keputusan MLS5 Minggu 5

- Tarikh Disiarkan: 8 November 2025
- Tema: Lokasi Aktiviti Sukan
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 5
- Superstar of The Week: Kumpulan Nanas
- Kumpulan Tersingkir: Jozon (Diselamatkan oleh Imuniti)
Undian Terendah
- Jozon
- Genzi
- Bahyim
- Lompat
- Puteh
Keputusan MLS5 Minggu 4

- Tarikh Disiarkan: 1 November 2025
- Tema: Kampung Masing-Masing
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 4
- Superstar of The Week: Kumpulan Puteh
- Kumpulan Tersingkir: Fiona
Undian Terendah
- Genzi
- Lompat
- Nanas
- Fiona
- Jozon
Keputusan MLS5 Minggu 3

- Tarikh Disiarkan: 25 Oktober 2025
- Tema: Ibu Negara
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 3
- Superstar of The Week: Kumpulan Jozon
- Kumpulan Tersingkir: Saiko
Undian Terendah
- Genzi
- Puteh
- Saiko
- Fiona
- Bahyim
Keputusan MLS5 Minggu 2

- Tarikh Disiarkan: 18 Oktober 2025
- Tema: Tempat Healing
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 2
- Superstar of The Week: Kumpulan Roda
- Kumpulan Tersingkir: Tiada Penyingkiran
Undian Terendah
- Saiko
- Jozon
- Lompat
- Puteh
- Kimbab
Keputusan MLS5 Minggu 1

- Tarikh Disiarkan: 11 Oktober 2025
- Tema: Destinasi Impian
- Tonton: Video Highlights Penuh Muzikal Lawak Superstar 5: Minggu 1
- Superstar of The Week: Kumpulan Roda
- Kumpulan Tersingkir: Tiada Penyingkiran
Undian Terendah
- Kimbab
- Fiona
- Lompat
- Jozon
- Saiko


