Anugerah Juara Lagu (AJL) mengiktiraf lagu terbaik ciptaan komposer, penulis lirik dan penyanyi. Setelah melalui penilaian dan peringkat saringan, AJL 40 kini tiba di malam kemuncak iaitu pentas akhir membabitkan sepuluh finalis berentap merebut gelaran Juara Lagu ke-40.
10 Lagu Finalis AJL40
Sepuluh lagu terpilih berentap di pentas akhir AJL 40 menampilkan pelbagai genre menarik dan kreativiti. Setiap finalis membawa keunikan dan cerita tersendiri yang dapat menyentuh hati pendengar.
Berikut merupakan senarai penyanyi bersama 10 buah lagu finalis di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40.
- Tiwikarma – K.O.I
Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
Penulis lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam - Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis lirik: Ryenald Guntabid - Kamu – Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul - Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh - Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam - Tak Adil – Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno, Radi
Penulis lirik: Aisha Retno - Nurcinta – Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
Penulis lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim - Lemah – Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis lirik: Hael Husaini - Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
Komposer: Marsha MilanPenulis lirik: Hazama - Semacam Pandora – Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
Penulis lirik: Zel Hadauan

Persiapan Finalis AJL40
Setiap finalis telah merancang dengan teliti bagi memastikan penampilan mereka tidak hanya berkisar kepada nyanyian semata-mata tetapi juga melibatkan kreativiti.
Antara finalis mencuri tumpuan adalah penyanyi yang telah membuktikan bakat mereka di pentas muzik tempatan. Dari penyanyi baru yang sedang meningkat naik hingga kepada nama-nama besar dalam industri, setiap orang mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri sekali gus menjadikan persaingan lebih menarik.
Senarai Pemenang, Keputusan Juara AJL 2026
Juri-juri profesional yang menilai lagu-lagu ini terdiri daripada individu-individu mempunyai pengalaman luas dalam industri muzik dengan memberi jaminan bahawa keputusan diambil adalah adil dan berdasarkan kepada kualiti muzik sebenar.
Berikut adalah keputusan senarai pemenang beserta hadiah dimenangi. Sebagai makluman, keputusan Anugerah Juara Lagu ke-40 dikemaskini secara langsung sebaik sahaja ia diumumkan.
Juara AJL 40
- Pemenang: K.O.I
- Lagu: Tiwikarma
- Hadiah: RM100,000 & Trofi
Naib Juara
- Pemenang: Aisha Retno
- Lagu: Tak Adil
- Hadiah: RM50,000 & Trofi
Tempat Ketiga
- Pemenang: Ryenald Guntabid
- Lagu: Lumangad Oku Dika
- Hadiah: RM30,000 & Trofi
Vokal Terbaik
- Pemenang: Marsha Milan
- Lagu: Tangisan Seorang Pendosa
- Hadiah: RM12,000 & Trofi
Persembahan Terbaik
- Pemenang: Aina Abdul
- Lagu: Kamu
- Hadiah: RM12,000 & Trofi
Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee
- Pemenang: Aina Abdul
- Lagu: Kamu
- Hadiah: RM50,000



