Keputusan Big Stage Rocketfuel 2026 Minggu 4

Big Stage merupakan program realiti nyanyi yang memberi peluang kepada bakat muda menunjukkan bakat sebenar mereka dan mengasah kreativiti. Program ini turut memberi impak positif kepada industri hiburan tanah air dengan memperkenalkan konsep lebih terbuka dan inovatif dalam pencarian bakat.

Big Stage Rocketfuel 2026

Big Stage Rocketfuel memperkenalkan konsep lebih segar dan inovatif. Kerjasama strategik dengan Rocketfuel Entertainment membuka ruang lebih luas buat peserta membina kerjaya selepas tirai pertandingan dilabuhkan.

Ia adalah satu langkah berstrategi bagi memastikan bakat-bakat yang muncul mempunyai peluang berkembang dan berjaya dalam industri hiburan yang kompetitif ini.

Bersiaran selama lapan minggu kesemua peserta berentap mempamerkan keupayaan vokal, kreativiti serta keunikan masing-masing. Setiap mereka hadir dengan matlamat tersendiri sekali gus membawa harapan dan impian menawan hati juri dan peminat.

big stage rocketfuel 2026

Barisan Peserta Big Stage Rocketfuel 2026

11 peserta akan berentap mempamerkan keupayaan vokal, kreativiti serta keunikan masing-masing untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah ditawarkan.

Berikut adalah senarai penuh sepuluh peserta berbakat bakal bersaing secara sengit dalam pertandingan realiti nyanyian Big Stage Rocketfuel.

Senarai Peserta Big Stage 2026 Rocket fuel 
PesertaNama PentasUmurAsal
Aqil Azfar Mohd AzriQilo21Kuala Lumpur
Muhammad Yazid MuazYad-Z28Kuala Lumpur
Farranisha Shazwany Mohd FaizulRanisha26Labuan
Adam Malek & Nazmie MalekAdam & Nazmie30 & 25Petaling Jaya, Selangor
Muhammad Ariff Danial KifliDanial Kifli23Muar, Johor
Sufia Arissya SuhaimiSufie Rose25Kuala Lumpur
Muhamad Alif AbdullahRieffa18Sungai Besi, Kuala Lumpur
Wan Alisya Sabrina Wan Mohamad ShamsudinSabrina24Kuala Rompin, Pahang
Muhammad Aliff Hakimiey YuswadeyAliff Kimiey23Kota Bharu, Kelantan
Muhammad Alif Danial IsmailDanny24Port Dickson, Negeri Sembilan
Hussain Jamilul HayatHussain23Ipoh, Perak

Hadiah Big Stage Rocketfuel 2026

Salah satu keistimewaan musim ini adalah hadiah utama yang cukup berbaloi iaitu Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000. Hadiah tersebut merangkumi penghasilan single, video muzik, pembangunan imej, latihan vokal, pengurusan media sosial serta peluang promosi secara merentas platform Astro.

Lebih menarik lagi, tiga bintang terbaik yang berjaya menonjol akan dipilih menerusi gabungan undian penonton di pentas akhir.

Kedudukan Hadiah Big Stage 2026 Rocket fuel 
KedudukanHadiah
JuaraRM30,000 + Trofi
Naib JuaraRM20,000 + Trofi
Tempat KetigaRM10,000 + Trofi
Tempat KeempatRM5,000 + Trofi
Tempat KelimaRM5,000 + Trofi
Tempat KeenamRM5,000 + Trofi
Tempat KetujuhRM3,000 + Trofi

Sistem Pemarkahan, Pengacara Dan Juri Big Stage Rocket Fuel

Sistem Pemarkahan dan Penyingkiran Big Stage Rocketfuel melibatkan penilaian daripada juri profesional dan undian peminat secara langsung.

Peserta dinilai berdasarkan persembahan setiap minggu dengan yang terbaik memperoleh markah tertinggi. Tiga peserta dengan markah terendah berada dalam kedudukan bahaya dan berkemungkinan tersingkir tetapi keputusan akhir bergantung kepada undian peminat melalui platform digital.

Musim baru Big Stage Rocketfuel 2026 menampilkan juri tetap berpengaruh iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno disokong juri jemputan setiap minggu untuk penilaian menyeluruh.

Penjurian dilakukan sepenuhnya oleh juri profesional sekali gus memberi cabaran dan peluang kepada peserta. Nabil Ahmad dipilih sebagai hos utama bersama pengacara jemputan yang akan diumumkan.

big stage keputusan

Keputusan Big Stage 2026 Peserta Juara Mingguan Dan Peserta Tersingkir

Peserta dinilai berdasarkan persembahan mereka setiap minggu di mana persembahan terbaik akan memperoleh markah tertinggi. Tiga peserta dengan markah terendah akan berada dalam kedudukan bahaya dan berkemungkinan tersingkir.

Berikut adalah keputusan pemarkahan serta penyingkiran peserta Big Stage Rocketfuel 2026.

konsert big stage 2026 minggu 4

Konsert Big Stage 2026 Minggu 4

Kedudukan Peserta Dan Keputusan Big Stage 2026 Minggu 4
NoPesertaLagu Tugasan
(Penyanyi Asal)
Purata
Markah
1RanishaNak Dara Rindu
(Dayang Nurfaizah)
74.67%
2DannySampai Mati
(Hazama)
70.67%
3Adam & NazmieNurcinta
(Amir Masdi)
70.00%
4HussainHussain
(Mahakarya Cinta)
69.67%
5QiloTunggu Sekejap
(Tan Sri P. Ramlee)
68.67%
6Danial KifliAwan Nano
(Hafiz Suip)
68.00%
7Yad-ZHening Rindu
(Marsha Milan)
65.67%
8Aliff KimieyFavorite Girl
(Justin Bieber)
65.33%
9RieffaTerakhir
(Sufian Suhaimi)
65.00%
Tarikh Disiarkan: 19 Julai 2026
Tonton: Video Highlights Penuh Big Stage Rocketfuel – Minggu 4
Tema: Love Tune
Rocket Star Of The Week: Hussain
Peserta Tersingkir: Rieffa

konsert big stage 2026 minggu 3

Konsert Big Stage 2026 Minggu 3

Kedudukan Peserta Dan Keputusan Big Stage 2026 Minggu 3
NoPesertaLagu Tugasan
(Penyanyi Asal)
Purata
Markah
1Adam & NazmieRaikan Cinta
(Dato’ M. Nasir)
74.33%
2RanishaAgainst All Odds
(Mariah Carey ft. Westlife)
73.00%
3QiloGenerasiku
(OAG)
69.67%
4HussainHere Without You
(3 Doors Down)
68.33%
5Danial KifliBukan Cinta Biasa
(Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
67.00%
6Aliff KimieyDambaan Pilu
(Khai Wahi)
65.67%
7DannyBintang
(Budak Kacamata)
65.33%
8RieffaHanya Kau Yang Mampu
(Aizat Amdan)
65.00%
9Yad-ZRindu Serindu Rindunya
(Spoon)
64.00%
10SabrinaKe Hujung Dunia
(Siti Sarah Raissuddin)
59.00%
Tarikh Disiarkan: 12 Julai 2026
Tonton: Video Highlights Penuh Big Stage Rocketfuel – Minggu 3
Tema: Timecode
Rocket Star Of The Week: Hussain
Peserta Tersingkir: Sabrina

konsert big stage 2026 minggu 2

Konsert Big Stage 2026 Minggu 2

Kedudukan Peserta Dan Keputusan Big Stage 2026 Minggu 2
NoPesertaLagu Tugasan
(Penyanyi Asal)
Purata
Markah
1HussainHutang
(Floor 88)
72.00%
2RanishaI Will Show You
(Ailee)
71.67%
3Adam & NazmieC.H.R.I.S.Y.E
(Diskoria, Laleilmanino & Eva Celia)
70.00%
4Yad-ZTreasure
(Bruno Mars)
69.33%
5RieffaGelato
(ALPHA)
69.33%
6DannySuka Sama Kamu
(D’Bagindas)
67.00%
7QiloJanji Manis
(Kugiran Masdo)
65.33%
8SabrinaProblem
(Ariana Grande ft. Iggy Azalea)
62.00%
9Aliff KimieyGila Bayang
(Ammar Haikal)
61.67%
10Danial KifliHarapalsu
(Arghpiez ft. Mus Satira)
61.33%
11Sufie RosePanas
(De Fam)
57.33%
Tarikh Disiarkan: 5 Julai 2026
Tonton: Video Highlight Penuh Big Stage Rocketfuel – Minggu 2
Tema: Amplify
Rocket Star Of The Week: Hussain
Peserta Tersingkir: Sufie Rose

big stage 2026 konsert minggu 1

Konsert Big Stage 2026 Minggu 1

Kedudukan Peserta Dan Keputusan Big Stage 2026 Minggu 1
NoPesertaLagu Tugasan
(Penyanyi Asal)
Purata
Markah
1QiloIf I Ain’t Got You
(Alicia Keys)
85.00%
2Yad-ZBukan Dia Tapi Aku
(Judika)
82.00%
3RanishaBukan Lagi Kita
(Nadeera Zaini)
81.00%
4HussainLelaki Ini
(Anuar Zain)
79.67%
5RieffaAmalina
(Santesh)
78.33%
6Adam & NazmieBabak Pertama
(Drama Band)
76.00%
7Danial KifliPergilah Cinta
(Danial Kifli)
75.33%
8DannyPotret
(Akim & The Majistret)
71.67%
9Aliff KimieyDi Balik Petanda
(Kaleb J)
69.67%
10SabrinaCanggung
(Wany Hasrita)
66.00%
11Sufie RosePulang
(Insomniacks)
59.33%
Tarikh Disiarkan: 28 Jun 2026
Tonton: Video Highlight Penuh Big Stage Rocketfuel – Minggu 1
Tema: Signature Wave
Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."