Ujian Malaysian University English Test (MUET) merupakan penilaian penting pelajar melanjutkan pengajian ke universiti. Bagi calon-calon yang telah menduduki ujian MUET Sesi 3 tahun 2025 anda boleh membuat semakan keputusan atau result masing-masing bermula pada tarikh diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Malaysian University English Test
MUET diperkenalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai usaha menilai kecekapan bahasa Inggeris pelajar secara objektif dan menyeluruh. Ia diiktiraf sebagai satu standard yang mesti dipenuhi oleh pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Melalui sistem ini, pihak universiti dapat menilai tahap kemahiran bahasa Inggeris calon. Ini penting kerana bahasa Inggeris merupakan medium utama pengajaran dan pembelajaran di kebanyakan IPT di Malaysia terutamanya universiti awam.
Tarikh Keputusan Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2025 Diumumkan
Keputusan Ujian MUET Sesi 3 tahun 2025 akan diumumkan pada hari Selasa, 27 Januari 2026 bermula jam 10.00 pagi.
- Tarikh: 27 Januari 2026.
- Masa: Jam 10 Pagi.

Panduan Semakan Keputusan MUET 2025 Sesi 3
Calon-calon boleh membuat semakan keputusan ujian MUET sesi 3 tahun 2025 melalui dua kaedah utama iaitu:
- Semakan Secara Online
Sistem semakan MUET akan diaktifkan bermula pada tarikh dan waktu atau masa sepertimana ditetapkan. Calon boleh melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Untuk membuat semakan, sila klik pautan: https://mecea.mpm.edu.my/MUETR. Seterusnya sila ikuti arahan bagi membuat semakan. - Semakan Secara SMS
Keputusan MUET juga boleh disemak melalui SMS. Sila rujuk kepada format penghantaran SMS seperti berikut:
- Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
- Contoh: MUET RESULT 931029084444 sms ke 15888
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan
Sekiranya anda kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima, MPM membenarkan calon untuk memohon rayuan semakan semula.
- Sila layari pautan: https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss untuk maklumat lebih lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan MUET.
- Tarikh Buka: 27 Januari 2026 (10 Pagi).
- Tarikh Tutup: 31 Januari 2026 (11:30 Malam).
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan sebarang maklumat lebih lanjut mengenai semakan keputusan MUET Sesi 3, calon digalakkan melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Menerusi portal tersebut, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna mengenai peperiksaan, prosedur permohonan dan juga panduan untuk calon.


