Semakan Keputusan STPM 2025-26 Semester 3 Online, SMS

Calon-calon peperiksaan STPM Semester 3 (S3) Tahun 2025 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula pada tarikh yang akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh Keputusan STPM Semester 3 Tahun 2025 Diumumkan

Berdasarkan maklumat tahun-tahun sebelumnya, pengumuman keputusan biasanya dibuat pada hari bekerja sekitar jam 10 pagi. Pengumuman ini diumumkan melalui pelbagai saluran rasmi MPM bagi memastikan maklumat sampai kepada semua calon.

Calon-calon disarankan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada MPM. Hal ini penting kerana sebarang perubahan tarikh, masa atau maklumat tambahan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi MPM dan saluran komunikasi rasmi lain.

  • Tarikh: Mei 2026.
  • Masa: Jam 10 Pagi.

Kaedah Semakan Keputusan

Terdapat dua kaedah utama yang disediakan oleh MPM kepada calon-calon membuat semakan keputusan peperiksaan Semester STPM mereka iaitu:

Semakan Secara Online
Kaedah ini adalah yang paling mudah dan fleksibel kerana membolehkan calon menyemak keputusan mereka di mana sahaja asalkan mempunyai capaian internet yang stabil. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan secara online:

  • Layari laman web rasmi MPM di https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTS3
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran dalam ruangan disediakan.
  • Pastikan maklumat dimasukkan adalah betul sebelum menekan butang Hantar.
  • Keputusan peperiksaan akan dipaparkan.

Nota Penting: Pada hari pertama sistem dibuka, kemungkinan laman web akan mengalami kesesakan trafik yang tinggi. Bagi mengelakkan masalah capaian, calon disarankan melayari laman tersebut pada waktu bukan puncak seperti awal pagi atau lewat malam.

Semakan Melalui Perkhidmatan SMS
MPM turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan melalui SMS. Berikut adalah panduan penggunaannya:

  • Taip : STPM (jarak) RESULTS3 (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
  • Contoh : STPM RESULTS3 980224136414 Dan Hantar Ke 15888

Pastikan nombor kad pengenalan lengkap dan betul untuk memastikan keputusan dapat diterima tanpa masalah.

Maklumat Lanjut

Calon-calon digalakkan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Segala maklumat penting termasuk tarikh pengumuman rasmi, panduan semakan serta maklumat lain yang berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Selain itu, calon juga boleh mengikuti media sosial rasmi MPM yang disediakan untuk memastikan mereka tidak terlepas sebarang maklumat penting ataupun pengumuman terbaharu.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."