Industri hiburan tanah air sekali lagi dirancakkan dengan kehadiran program realiti Big Stage. Program terkenal dengan pencarian bakat-bakat berbakat ini kembali dengan konsep lebih segar, menarik dan berpotensi mencetuskan gelombang baharu dalam industri muzik tempatan.
Big Stage 2026 Rocketfuel
Big Stage Rocketfuel memperkenalkan sebuah misi besar berobjektif melahirkan generasi hiburan masa depan yang berkaliber dan berpotensi membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Big Stage musim ketujuh merupakan hasil kerjasama bersama Rocketfuel Entertainment iaitu sebuah syarikat pengurusan dan pembangunan bakat yang terkenal dengan pendekatan inovatif dan komprehensif dalam membentuk kerjaya artis muda.
Apa yang menarik tentang Big Stage Rocketfuel adalah semua peserta tidak terikat dengan sebarang label rakaman. Ini memberi mereka kebebasan penuh membentuk identiti dan kerjaya seni sejak dari awal lagi.
Pendekatan ini selari dengan matlamat utama program untuk melahirkan artis benar-benar berjiwa bebas, berpotensi dan mampu menyesuaikan diri dalam industri hiburan yang semakin kompetitif.

Senarai Penuh Peserta Big Stage Rocketfuel 2026
Berikut adalah senarai lengkap 10 orang peserta berbakat bakal bersaing secara sengit dalam pertandingan realiti nyanyian Big Stage Rocketfuel.
Mereka akan menunjukkan kehebatan bakat, kreativiti dan keunikan serta kelebihan masing-masing untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah ditawarkan.
| Peserta | Nama Pentas | Umur | Asal |
|---|---|---|---|
| Aqil Azfar | Qilo | 21 | Kuala Lumpur |
| Yazid Muaz | Yad-Z | 28 | Kuala Lumpur |
| Farranisha Shazwany | Ranisha | 26 | Labuan |
| Adam Malek & Nazmie Malek | Adam & Nazmie | 30 & 25 | Petaling Jaya, Selangor |
| Muhammad Ariff Danial Kifli | Danial Kifli | 26 | Muar, Johor |
| Sufia Arissya Suhaimi | Sufie Rose | 25 | Kuala Lumpur |
| Muhamad Alif Abdullah | Rieffa | 18 | Sungai Besi, Kuala Lumpur |
| Wan Alisya Sabrina | Sabrina | 24 | Kuala Rompin, Pahang |
| Muhammad Aliff Hakimiey Yuswadey | Aliff Kimiey | 23 | Kota Bharu, Kelantan |
| Muhammad Alif Danial Ismail | Danny | 24 | Port Dickson, Negeri Sembilan |
| Hussain Jamilulhayat | Hussain | 23 | Ipoh, Perak |

Peserta Big Stage Rocket fuel Menjadi Tumpuan
Pemenang utama musim ini mendapat peluang membina kerjaya seni. Mereka akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 merangkumi penghasilan single, video muzik, pembangunan imej, latihan vokal, pengurusan media sosial dan peluang promosi merentas platform Astro.
Lebih menarik lagi, tiga peserta terbaik akan dipilih menerusi gabungan undian penonton dan penjurian profesional di pentas akhir. Ini memastikan penilaian yang adil dan seimbang di mana penglibatan penonton menjadi penentu utama dalam menentukan siapa bakal bergelar juara.
Barisan Juri Dan Pengacara Big Stage Rocketfuel
Musim baharu ini menampilkan barisan juri tetap yang berpengaruh dan berpengalaman iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno. Mereka akan disokong oleh juri jemputan dari minggu ke minggu sekali gus memberikan pandangan dan penilaian yang menyeluruh terhadap persembahan peserta.
Penjurian sepenuhnya dilakukan oleh juri profesional. Kehadiran mereka pasti akan memberikan cabaran serta peluang kepada peserta menunjukkan bakat terbaik mereka di pentas ini.
Selain itu, bagi memastikan acara ini berjalan lancar, Nabil Ahmad dipilih sebagai hos bersama-sama seorang lagi rakan pengacara yang bakal diumumkan kelak untuk bergandingan sebagai pengacara utama bagi program Big Stage Rocketfuel 2026.
Pengalaman Nabil Ahmad yang luas dalam bidang pengacaraan serta keperibadian ceria mereka dan bersahaja pastinya mampu menceriakan suasana dan memberi semangat kepada semua yang terlibat dari peserta sehinggalah penonton di rumah.
Sistem Pemarkahan Dan Penyingkiran
Penilaian Big Stage Rocketfuel dilakukan melalui dua komponen utama iaitu markah yang diperoleh daripada juri profesional serta undian secara langsung daripada peminat setia. Setiap minggu, para peserta dinilai berdasarkan persembahan mereka.
Peserta yang menunjukkan persembahan terbaik akan memperoleh markah tertinggi manakala tiga peserta memperoleh markah terendah daripada juri ditempatkan pada kedudukan bahaya sekali gus berhadapan kemungkinan tersingkir dari persaingan.
Namun begitu, keputusan akhir mengenai siapa yang akan tersingkir dan meninggalkan pentas pertandingan ini bergantung sepenuhnya kepada undian peminat yang dilakukan secara langsung melalui platform digital.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Big Stage 2026 Rocketfuel
Big Stage Rocketfuel 2026 bersiaran secara langsung selama 8 minggu berturut-turut dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula pada 28 Jun 2026.
Big Stage Rocketfuel berlangsung setiap hari Ahad, jam 9 malam, disiarkan secara siaran langsung di Astro Ria. Selain itu, peminat boleh juga menonton siaran ini secara live streaming melalui platform Astro GO dan Sooka.
- Big Stage Rocketfuel 2026.
- Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam.
- Hari & Masa: Setiap Ahad, 9:00 Malam.
- Siaran Langsung: Astro Ria dan AstroGo.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka.my.
Tonton Stage Rocket fuel 2026 Minggu 1 Hingga Final
Sila Layari: Saluran Youtube Rasmi Astro Gempak



